-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Thursday, March 18, 2010

Fasal ketujuh: Nabi Muhammad عليه أفضل الصلاة والسلام وعلى آله pada pandangan cendiakawan barat yang jujur.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة السلام على سيد الأولين والآخرين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه الطاهرين أجمعين
.


Fasal ketujuh:
RASULULLAH
عليه أفضل الصلاة والسلام وعلى آله 
pada pandangan cendiakawan barat yang jujur.




Mukaddimah.

Pada fasal ini, saya meneruskan bicara tentang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  yang saya nakalkan dan ringkaskan dari kitab Ajarkan Anak-anakmu Cintakan Rasulullah, terjemahan karya al Allamah Dr Muhammad Abduh Yamani, salah seoang ulama’ hebat era ini. Moga-moga Allah memanfaatkan kita dengannya seperti kitab asalnya. Amin.
…………

Sejak perutusan Nabi Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم  para ahli fikir barat telah menumpukan perhatian mereka terhadap syaksiah Rasulullah  صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka cuba mencari segi-segi kebesaran Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  dan mengenal tanda-tanda kekuatan yang telah diberikan oleh Allah kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.

1)    Carlel (كارليل) .

Antaranya ialah Carlel, penulis Inggeris yang meminati cerita tentang keperwiraan.   

Beliau telah menyenaraikan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم  sebagai salah satu perwira hebat dalam bukunya yang bertajuk Para Perwira. Beliau juga mengingatkan tentang pendustaan yang dilemparkan  ke atas Islam dan Nabi Muhammad. Katanya;

‘Perutusan (agama Islam)  yang dibawa oleh Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم  telah menjadi pelita yang terang bagi jutaan umat manusia sejak empat belas kurun. Masukkah di akal, jika dikatakan perutusan ini yang telah diterima begitu ramai orang, (yang) mereka hidup dan  mati dengannya sebagai suatu dusta dan penipuan?!’

Kemudian beliau berkata lagi:
‘Pernahkah kamu berjumpa dengan seorang pendusta yang boleh mengatur suatu agama, dan terus menyebarkannya dalam bentuk seperti bentuk tersebarnya Islam?

Kemudian beliau berkata pula:
‘Perutusan yang dibawa oleh Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم itu tidak lain melainkan kebenaran…’ sehingga katanya:

‘Itulah kehendak Alah… dan itulah kurniaan Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakinya.’

Kemudian beliau telah bercerita tentang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, katanya:
‘Saya cintakan Muhammad kerana jiwanya suci dari riya’ dan pura-pura, tidak bersikap tamak haloba dan cintakan dunia. Beliau telah melapangkan dirinya yang mulia itu semata-mata untuk Pencipta alam  dan makhluk ini…’









‘Sebenarnya suara Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم  itu datang dari hati semulajadi padang pasir yang suci bersih. Oleh sebab itu ia masuk melalui telinga terus ke hati dan menetap di dalamnya. Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم tidak sombong atau lemah. Dia tidak suka kepada perkara-perkara yang dusta. Di tidak bergerak kerana takut kepada waham-waham yang palsu.


Daripada tempatnya (mungkin rumahnya) yang sederhana dan bajunya yang bertampal dia bercakap kepada raja dan maharaja, sebagai orang yang mengarah,  menunjuk dan memberi ingat. Dia tidak takut kemarahan sesiapapun di dalam menegakkan kebenaran. 

Dia tidak menerima apa yang hendak diberikan kepadanya daripada harta (sedekah), pangkat dan kekuasaan. Dia hidup secara zuhud, berpada dan bertumpu kepada Allah, mengembangkan agamaNya, tidak pedulikan sebarang rintangan yang menghadapinya, hinggalah Allah menguatkan kedudukan agama yang benar di muka bumi ini hingga tersebar luas.’        

2)    Lord Headly  (لورد هيدلي)

Beliau adalah salah seorang pengkaji Islam yang memuji agama ini dan Nabinya. Beliau berkata:
    ‘Saya bersyukur kepada Allah yang telah menunjuki saya jalan Islam yang telah menjadi suatu hakikat yang telah tertanam dalam hati saya.’

    Berbicara mengenai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  beliau  berkata:
Nabi yang berbangsa Arab ini mempunyai akhlak yang kukuh, syakhsiah yang tidak ada cacatnya (dengan) melihat kepada langkah dan tindak tanduknya. Oleh kerana kita memang memerlukan seorang manusia contoh dalam kehidupan ini maka Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم itulah contoh contoh yang mencukupi untuk keperluan kita.

‘Ini (Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم) mencerminkan kepada kita cara berfikir yang tinggi, murah hati dan berani, selalu mara ke hadapan, sabar serta sopan santun, tenang, pemaaf, tawadhu’ pemalu dan segala macam akhlak yang tinggi, yang dapat membentuk insan di dalam erti kata yan paling mulia. Semua itu dapat kita lihat dengan terang indah pada syaksiah Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.’ 

3)    Michael Hart (مأيكل هارت) .

Beliaulah penulis buku seratus tokoh kekal-yang paling besar Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Penyelidik Kristian yang jujur ini telah mengutamakan Nabi Muhammad dari 99 tokoh besar dunia yang banyak meninggalkan kesan sejarah kepada manusia. Ini merupakan pengakuan daripada barat terhadap keutamaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan Islam ke atas manusia dan tamadunnya.    

Katanya:‘sesungguhnya (Nabi) Muhammad itu adalah satu-satunya syaksiah di dalam sejarah yang telah berjaya secara mutlak di dalam lapangan agama dan dunia… walaupun sudah 13 kurun berlalu, tetapi kesannya sentiasa membaru.’

Beliau beserta orang-orang yang beriman dengan dakwah, mereka telah berjaya menegakkan sebuah empayar yang luas terbentang daripada sempadan negeri India hingga ke Laut Atlantik. Ini merupakan sebuah empayar yang terbesar di dalam sejarah hingga ke hari ini. Mereka telah menyebarkan Islam di dalam setiap negeri yang mereka masuki. Rasulullah Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah orang pertama yang bertanggungjawab di dalam menegakkan dasar Islam.. ’

4)    Dr. Genieh (د. جرنيه  )      

Kajiannya yang ikhlas memimpinnya menyahut sahutan Islam. Beliau berkata:
‘Saya telah masuk Islam kerana saya sungguh yakin  bahawa (Nabi) Muhammad telah membawa kebenaran yang terang sebelum kita di zaman sekarang ini  lebih seribu tahun dahulu. Saya berani memutuskan, bahawa sekiranya setiap orang (yang) mempunyai pelajaran atau ilmu, lalu membandingkannya dengan Al Quran -seperti yang saya buat- nescaya ia akan masuk Islam seperti saya, melainkan jika ia memang tidak mahu atau di dalam hatinya ada penyakit.’  

Benarlah  Al Quran ialah mukjizat Nabi Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم yang terulung!

5)    Renee Jinu ( رينيه جينو )

Beliau telah menghabiskan bertahun-tahun lamanya melakukan penyelidikan yang memenatkan, dan akhirnya keputusan penyelidikannya dengan berkata ‘saya tidak dapati (sebuah nas yang suci) seperti Al Quran al Karim.’

‘Dialah satu-satunya kitab yang telah memuaskan  saya dan menyahut apa yang tersemat dihati saya.’
‘Rasul Islam inilah Rasul yang saya cintai. Saya bahagia berjalan dibawah panji-panjinya. Saya telah diliputi oleh kebahagiaan dan ketenangan jiwa oleh kata-kata dan perbuatannya.

Kalau tidak kerana Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, nescaya manusia tenggelam di dalam lautan kebendaan, tidak bertuhan, hidup dalam kerosakan akhlak dan kehancuran kerohanian.’    

Kemudian beliau berkata tentang kebudayaan Islam dan kesannya di barat, katanya:
Sebenarnya kebudayaan dan ilmu-ilmu Islam merupakan punca cahaya dan kepimpinan. Kalaulah tidak kerana ulama’-ulama’ Islam dan ahli-ahli falsafahnya, orang-orang barat akan terus teraba-raba di dalam kejahilan dan kegelapan. ’



Penutup.

Hakikatnya sedar atau tidak orang yang menulis tentang riwayat hidup Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dikalangan masyarakat barat sudah tidak terkira banyaknya, apatah lagi jika dikumpulkan dengan Muslimin secara amnya yang berbilang-bilang bangsa, bahasa dan suku kata.
 Sebuah Majalah bernama al Muqtabas yang diterbitkan oleh Muhammad Kurdi Ali lebih 80 tahun dahulu, telah mencatitkan bahawa penulisan buk mengenai sirah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam bahasa eropah sahaja sudah mencapai 1300 buah buku. Maka bagaimana pula yang telah ditulis di dalam 80 tahun akhir ini, dengan pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab sendiri?

Tinggal lagi hidayah dan taufiq untuk menerima Iman itu terletak pada kuasa dan rahmat Ilahi. Apa yang penting hendaklah kita giat berusaha bagi kemaslahatan umum, lalu bertawakal kepadaNya.
عليه توكلت وإليه أنيب

وصلى الله على خير خلقه سيددنا محمد وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم
Rabi’ al Anwar 1431H
-Ujang-

 

0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan