-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Monday, January 9, 2012

Khutbah terakhir Khalifah Umar bin Abdul Aziz bin Umar al Khattab.


في آخر خطبة خطبها عمر بن عبد العزيز خليفة المسلمين وأمير المؤمنين و الملقب بخامس الخلفاء الراشدين من منبر الجامع الكبير في دمشق



قال: إنكم لم تُخلقوا عبثاً ولن تتركوا سُدى ،
وإن لكم معاداً ينزل الله فيه للفصل بين عباده ،
فقد خاب وخسر من خرج من رحمة الله التي وسعت كل شيء وحرم جنة عرضها السموات والأرض .

ألا ترون أنكم في أسلاب الهالكين ، وسيرثها بعدكم الباقون ،
كذلك حتى ترد إلى خير الوارثين ،

وفي كل يوم تشيعون غادياً ورائحاً إلى الله ، قد قضى نحبه ، وانقضى أجله ،
فتُوَدِّعُونَهُ وتدعونه في صَدْعٍ من الأرض غير مُوَسَّد ولا ممهد ،
قد خلع الأسباب ، وفارق الأحباب ، وسكن التراب ، وواجه الحساب ،
غنياً عما خلف ، فقيراً إلى ما أسلف ،

فاتقوا الله عباد الله قبل نزول الموت وانقضاء مواقيته ،
وأني لأقول لكم هذه المقالة وما أعلم عند أحد من الذنوب أكثر مما أعلم عندي ،
ولكن أستغفر الله وأتوب إليه .

ثم رفع طرف ردائه وبكى حتى شهق ثم نزل فما عاد إلى المنبر بعدها حتى توفي.
Top of Form
Bottom of Form


Khutbah terakhir yang disampaikan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Khalifah muslimin, yang digelar Khalifah yang ke-5, yang disampaikan di mimbar Masjid al Jami’ al Kabir (al Umawi) di Damsyik.
Beliau berkata:

Kamu sekelian tidak diciptakan tanpa faedah dan kamu juga tidak ditinggalkan  sia-sia. Dan sesungguhnya kamu sekelian mempunyai tempat kembali, yang merupakan tempat menghukum dan membahagikan hamba-hambaNya.

Sesungguhnya telah  rugi dan  putuslah harapan  orang yang terkeluar dari rahmat Allah yang mana rahmatnya itu meliputi setiap sesuatu  dan telah rugilah orang yang diharamkan syurga yang mana keluasannya seluas langit-langit dan bumi.

Tidakkah kamu melihat bahawa kamu dilahirkan dari keturunan yang binasa (telah mati), yang mana begitu juga keturunan-keturunan selepasmu semuanya akan mati, begitu juga hingga kamu menjumpai sebaik-baik pewarismu.

Dan pada setiap hari kamu menghantar jenazah ke perkuburan pagi hari kerana Allah, telah matilah jenazah tersebut, telah luputlah ajalnya, lalu kamu meninggalkannya dan mendoakannya pada sebuah rekahan tanah (kubur) tanpa berbantal dan tanpa bertilam. Telah tercabutlah segala sebab-sebab (melakukan kebaikan dan kejahatan), dan telah terpisahlah dia dengan para kekasih, terus mendiami tanah, menghadap hari perhitungan (kiamat), tidak berhajat lagi kepada yang ditinggalkannya (harta-harta dunia) tetapi memerlukan kepada (amalan-amalan soleh) yang dahulunya ditinggalkan.

Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sebelum tiba waktu kita mati. Sesungguhnya aku berkata perkataan ini, sedangkan aku mengetahui tiada seorang pun yang mempunyai dosa lebih banyak dariku, tetapi aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat padaNya.

Kemudian beliau mengambil satu bahagian dari selendangnya lalu menangis hingga tersengguk-sengguk, lalu turun dari mimbar. Selepas itu, beliau tidak lagi kembali naik ke mimbar hinggalah wafat. Moga-moga Allah merahmatinya..   

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan