-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Tuesday, March 2, 2010

FASAL 4: MENTAATI RASULULLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم


FASAL 4 : 
 KEWAJIPAN MENTAATI RASULULLAH صلى الله عليه وآله وسلم DAN MEYAKINI BAHAWA BAGINDA  ADALAH NABI  DAN RASUL TERAKHIR صلى الله عليه وآله وسلم

Pendahuluan.

     Akhir-akhir ini kita sering dikejutkan oleh gelombang tsunami ajaran akidah yang sesat yang dibawa oleh mereka yang tak bertanggungjawab, yang mengakui menjadi Nabi atau Rasul. Bencana yang maha dahsyat ini tidak lepas dari mengenai Negara kita Malaysia yang tercinta, seperti pengakuan Kahar yang mengaku menjadi Nabi dan golongan anti hadith Kassim Ahmad yang mula menular dewasa ini. Oleh itu dikesempatan yang terhad ini, saya cuba  untuk memetik buah-buahan yang ranum dari kata-kata  ulama Sunni kita mengenai kewajipan meyakini bahawa Nabi kita Sayyidina Muhammad adalah Rasul terakhir dan kedudukan hadith Nabi di dalam Syariat Islam. Wabillahi al taufiq
…………


a)Taat Rasulullah, Sunnah sebagai sumber perundangan Islam ke-2

Berkata Sayyid Ahmad al Marzuqi رضي الله عنه di dalam Manzumah Aqidah al Awwam:
وكل ما أتى به الرسول × فحقه التسليم والقبول


Ertinya:  segala yang dibawa oleh Rasulullah   صلى الله عليه وآله وسلم, maka wajiblah atas tiap mukallaf tunduk dan patuh menerimanya

  • Syarah:

Antara kewajipan bagi setiap mukallaf setelah sampai kepadanya apa yang dibawa  oleh Rasulullah , hendaklah dia beramal dengannya, tunduk, patuh dan menerimanya kerana ia merupakan sumber perundangan agama yang kedua selepas Kalam Allah (Al Quran.)

  • Dalil Dari al Quran

FirmanNya:


‘‘Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang  dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.’’ (al Hasr: 7.)


FASAL 3 (b): RINGKASAN SIRAH SAYYIDINA MUHAMMAD

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم



SIRAH SAYYIDINA MUHAMMAD 
صلى الله عليه وآله وسلم


Payah Getir Dakwah al Muhammadiah

     Ketika mana Islam mula tersebar dan berkembang, kaum Quraisy mendatangi ayah saudara Nabi صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Abu Talib bagi mengadu apa yang mereka dengar dari perbuatan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  seperti penghinaan tuhan-tuhan sembahan mereka dan celaan terhadap agama mereka. Mereka sering berulang alik menemui Abu Talib (dengan tujuan agar Nabi menghentikan dakwahnya.) Tetapi  Saidina Abu Talib memelihara Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dari ancaman Quraisy.

    Rasulullah   صلى الله عليه وآله وسلم  terus mengibarkan bendera Islam dan dengan terang-terangan mengajak kepada penyembahan Tuhan Yang Esa (Tauhid.) kaum Quraisy lalu  melakukan perhimpunan untuk menyebarkan fitnah ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم , dengan tuduhan bahawa Baginda adalah seorang tukang sihir. Hal berlarutan, sehingga pada musim haji, mereka duduk di jalan-jalan laluan orang awam dari dalam dan luar Makkah bagi menakut-nakutkan orang asing  tentang Baginda dengan berkata: ‘ini adalah tukang sihir’. Mereka telah berjaya menyebarkan propaganda ini, sehingga ia menjadi buah mulut orang awam. Ketika ini, Kafir Quraisy mula melakukan kezaliman dan penindasan  ke atas Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan orang Islam.
      Mereka juga meminta Nabi mendatangkan bukti Kenabian Baginda صلى الله عليه وآله وسلم . Lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menunjukkan mereka mukjizat membelah bulan menjadi dua.  Seperti mana bertambahnya keimanan iman orang mukmin begitu juga semakin bertambah kekufurun dan kezaliman kaum kafir Quraisy.


RINGKASAN SIRAH SAYYIDINA MUHAMMAD RASULULLAH (BIL.1) صلى الله عليه وآله وسلم

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

FASAL 3 :
SIRAH RASULULLAH صلى الله عليه وآله وسلم (BIL.1)




Pendahuluan. 

     Pada fasal ini saya cuba berkongsi Sejarah Hidup Nabi mengikut kronologi waktu dan masa. Saya memetiknya dari kitab al Fadhail al Muhammadiah karangan alim yang masyhur al Allamah Syeikh Yusuf al Nabhani. Saya beristikharah untuk  menggunakan bahasa termudah bagi menterjemahkannya selain saya tinggalkan bab dan cerita yang terlalu dalam perinciannya. Saya memohon keampunan kepada pengarang jika ada kata-kata yang tidak menepati maksud sebenar. Moga Allah memanfatkan kita denganya seperti asalnya… Penulis.   
- al Allamah Syeikh Yusuf bin Ismail al Nabhani -
…………

Nasab

Bagindalah Rasul kita:
Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم
Ibn Abdullah ibn Abdul Muttalib ibn Hashim ibn Abdu Manaf ibn Qusai ibn Kilab ibn Murrah ibn Kaab ibn Luai ibn Ghalib ibn Fihr ibn Malik ibn al Nadhr ibn Kinanah ibn Khuzaimah ibn Mudrikah ibn Ilyas ibn Mudhar ibn Nizar ibn Maad ibn Adnan.  
     Inilah kumlan nasab Rasulullah yang telah disepakati para ulama’. Imam Malik رضي الله عنه telah menghukumkan makruh memanjangkan nasab ini ke Nabi Adam عليه السلام kerana kebenarannya tidak kuat.


About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan