-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Tuesday, February 23, 2010

FASAL 2 : KELAHIRAN DAN NASAB KETURUNAN SERTA KELUARGA RASULULLAH صلى الله عليه وآله وسلم SECARA AM.


بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم



1)    Nasab Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
  • Keturunun Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم dari sebelah ayahanda;  Abdullah ibn Abdu Muttalib ibn Hashim ibn Abdu Manaf ibn Qusay. 
  • Keturunan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dari sebelah bonda; Aminah binti Wahab ibn Abdu Manaf ibn Zuhrah.
  • Nasab Abdullah bertemu dengan nasab Aminah pada Zuhrah dan Qusai, dimana ayah kedua-duanya ialah Kilab.  
 
Tertulis disini: Tanah perkuburan Maala di Mekah.di sana terdapat Kubah (yang dibawahnya maqam) Sayyidah Aminah dan Sayyidah Khadijah. Pada sebelah kirinya pula Kubah Saidina Abdul Muttalib dan Saidina Abu Talib serta lain-lain keturunan BaniHasyim (keluarga Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.)

Monday, February 22, 2010

Sekitar Maulid Nabawi yang Mulia صلى الله عليه وآله وسلم

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي جعل سيدنا محمد رحمة للعالمين وشفيع المذنبين وعلى آله الطاهرين الطيبين

Sekitar Maulid Nabawi yang Mulia



    Segala puji-pujian yang tertentu hanya kepadaMu, yang telah mengurniakan hamba-hambaNya dengan sebaik-baik rahmat dan setinggi-tinggi kurniaan Nabi Kita Saidina Muhammad. Sesungguhnya  Allah mengiayakan  Baginda sebagai rahmat alam ini dengan firman:


    Al Hakim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Baginda telah bersabda :
 إنما أنا رحمة مهداة
Aku adalah rahmat yang dikurniakan (kepada kamu).

    Maka wajiblah keatas kita mensyukuri rahmatNya ini, dengan sebenar-benar rasa syukur.  Persoalannya adakah kita telah dapat merasai nikmatnya  perutusan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ini? Adakah kita sanggup mengorbankan diri, keluarga harta malah segala-galanya kerana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم?
   
    Justeru marilah kita pada musim rabi’ yang mulia ini kita sama-sama meghisab dan menginsafi terhadap diri kita sendiri, dia atas kealpaan kita terhadap insan yang telah banyak berjasa dan hakikatnya lebih berharga daripada keluarga, harta benda dan pangkat didunia yang kita miliki.   

    Campakkan dirimu pada relung muhasabah dan fikirlah; dimanakah kita selama ini dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Di manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berbanding kecintaan kita terhadap makhluk yang lain? Adakah kita mencintai  Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Adalak kita mencinta Baginda صلى الله عليه وآله وسلم melebihi dari segala makhluk yang lain atau sebaliknya?

    Maka marilah bersama-sama mencari hakikat sebenar kecintaan terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , melalui nukilan para ulama’. Maka pada hari-hari yang mulia ini, saya persembahkan beberapa fasal yang diharap akan mengingatkan kita semula insan paling sempurna ini, lantas membangkitkan  kasih dan sayang kita terhadap Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan memperbaharui ikatan janji dengan Junjungan mulia صلى الله عليه وآله وسلم.

 9 Rabi'alAnwar 1431H, Al haqir
(rahimallah masyaikhahu)

Monday, February 8, 2010

Secebis Warkah Yang Berharga



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله بجميع محامده كلها ما علمت منها وما لم أعلم، عدد خلقه ما علمت منها وما لم أعلم،
أشهد أو لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله.
صلى الله وسلم عليه وعلى آله وصحبه أولي الفضل والكرم


 .
Ulama’- ulama’ yang menjadi pengikut 
Mazhab al Asya’irah.
    Sebagaimana yang dimaklumi dan diyakini, bahawa pengikut mazhab al Asya’ri terdiri dari saf-saf ulama’ berkaliber serta para ilmuan yang tidak asing lagi, dikalangan ahli Tafsir, ahli Hadith dan mujtahidin. 
Memadailah disebut beberapa orang dikalangan mereka iaitu:

1. Abu al Hasan al Bahili.
2. Abu Ishaq al Isfarayini.
3. al Hafiz Abu Nua’im al Asbahani.
4. al Qadhi Abdul Wahhab al Maliki
5. Syeikh Abu Muhammad al Juwaini.
6. Anaknya Syeikh Abu al Ma’ali (Imam al Haramain.)
7. Syeikh Abu Mansur Tamimi.
8. Imam al Baghdadi.
9. Al Hafiz al Ismai’li.
10. Al Hafiz al Baihaqi.
11. al Hafiz al Daraqutni.
12. al Hafiz al Khatib al Baghdadi.
13. al Ustaz Abu al Qasim al Qusyairi dan anaknya Abu Nasr.
14. Syeikh Abu Ishak Asy Syirazi.
15. Nasrul Muqaddisi.
16. Al Farawi.
17. Abu al Wafa’ bin Aqil al Hanbali.
18. Qadhi Besar ad Damighani al Hanafi.
19. Abu al Walid al Baji al Maliki.
20. Imam Sayyid Ahmad al Rifaie.
21. al Hafiz Abu Qasim ibn ‘Asakir.
22. Ibnu Sama’ni.
23. al Hafiz al Salafi.
24. Al Qadhi Iyadh al Yahsubi.
25. Imam al Nawawi.
26. Imam Fakhruddin al Razi.
27. Imam al ‘Iz bin Abdul Salam.
28. Syeikh Abu ‘Amru bin al Hajib al Maliki.
29. Imam Ibnu Daqiq al ‘Aid.
30. Imam Ala’uddin al Baji.
31. Qadhi Besar Taqiyuddin al Subki.
32. al Hafiz al ‘Alaie.
33. Al Hafiz Zainuddin al Iraqi.
34. al Hafiz Waliyuddin.
35. Penutup bagi segala Hafiz:  al Hafiz Ibnu Hajar al ‘Asqalani.
36. al Hafiz Murtadha al Zabidi al Hanafi.
37. Syeikh Islam Zakaria al Ansari.
38. Syeikh Bahauddin al Rawwas al Sufi.
39. Mufti Mekah Syeikh Ahmad Zaini Dahlan.
40. Musnid India Waliyullah al Dahlawi.
41. Mufti Mesir Syeikh Muhammad U’laisy al Maliki.
42. Syeikh Jami’ al Azhar: Syeikh Abdullah al Syarqawi.
43. Syeikh al Masyhur: Abu al Mahasin al Qauqaji.
44. Syeikh Husin al Jasr al Tharabilusi, pengarang itab Risalah al Hamidiah.
45. Syeikh Abdul Latif Fathullah, Mufti Beirut (Ibu Negara Lubnan.)
46. Qadhi Besar Ibnu Farhun al Maliki.
47. al Qadhi Abu Bakar Muhammad bin al Tayyib al Baqilani.
48. al Hafiz Ibnu Furak
49. Hujjatul Islam wa al Tasawwuf:
Imam Abu Hamid al Ghazali, pengarang Ihya’ yang masyhur.
50. Imam Abu Fath Asy Syarastani.
51. Imam Abu Bakar al Syasyi al Qaffal.
52. Imam Abu Ali al Diqaq al Naisaburi.
53. Imam al Hafiz al Hakim al Naisaburi, pengarang al Mustadrak.
54. Syeikh Muhammad  bin Mansur al Hudhudi.
55. Syeikh Abu Abdullah Muhammad al Sanusi.
56. Syeikh Muhammad bin ‘Allan al Siddiqi al Syafie.
57. al Allamah Alawi bin Tohir al Hadhrami al Haddad.
58. al Allamah al Mutafannin al Faqih al Muhaqqiq al Habib bin Husin bin Abdullah Balfaqih.

59. Semua pembesar dan ulama al Hadharami dari kalangan keluarga ‘Alawi, al Saqqaf, al Junaid, al ‘Aidarus.
60. Syeikh al Faqih al Muhaddith al Usuli: Abdullah al Harari.
 

    Inilah secebis warkah yang berharga, yang diuntai padanya nama-nama ulama yang tak asing lagi di medan agama dan dakwah semenjak zaman Imam Abu Hasan al Asyar'i  hinggalah ke hari ini. Nama-nama ini hakikatnya telalu sedikit jika dibandingkan jumlah sebenar jemaah ini, yang meliputi setiap ulama' pada setiap tempat dan zaman. Hal ini membenarkan hadith Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم yang berbunyi: 
TIDAK AKAN BERSATU UMATKU ATAS KESESATAN
    Sesungguhnya kejahilan kita terhadap sumbangan yang telah diberikan  mereka kepada umat adalah amat jelas dan terang seterang matahari dikala siang, yang tidak mampu dinafikan kewujudannya .Tidaklah  yang mengikuti mereka oang yang benar dan tidaklah yang mengingkarinya melainkan individu yang buta atau buat-buat buta.

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan