-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Thursday, July 1, 2010

Doa bulan Rejab

بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيد المرسلين سيدنا محمد وعلى آله أجمعين

     

Pendahuluan

            Sesungguhnya Rejab adalah bulan  yang digalakkan oleh para salaf soleh terdahulu untuk memperbanyakkan istighfar padanya. Justeru ramai sekali para ulama yang telah menyusun zikir-zikir tertentu untuk dijadikan amalan umat Islam, yang terus diamalkan zaman berzaman hingga ke hari ini.

              Rasanya masih tidak terlewat lagi bagi kita untuk bersama-sama mengetahui amalan mereka tersebut, seterusnya mengamalkan sebagai amalan seharian. Moga-moga kita diberikan pembukaan yang luas dan kelazatan beramalnya, seperti mana yang dikurniakan kepada mereka-para solihin. Amin .
..........
               Dihadapan anda sekarang adalah beberapa doa ma'thur dari salaf soleh yang amat elok diamalkan pada bulan Rejab al Mubarak. Memandangkan bulan Rejab adalah bulan istighfar, maka ada eloknya kita menggunakan sedikit ruang dalam rutin seharian kita bagi diluangkan untuk memohon keampunanNya ,terutama pada bulan yang penuh berkah ini.  Istighfar tersebut ialah:

Mengharapkan Keampunan Allah dan Tidak Berputus Asa


بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم


                      Ustaz Abu Ali al-Banjari al-Nadwi (Ahmad Fahmi Zam-Zam) seorang murid rapat al-Marhum Shaykh Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani dan penulis biografi al-Marhum, telah memetik sebuah hadith di dalam bukunya ‘Empat Puluh Hadis Penawar Hati’ yang berbunyi:

“Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. pada satu riwayat yang Baginda meriwayatkan daripada Allah S.W.T. (ertinya dalam hadis qudsi) sabdanya:  
                      “Apabila seseorang hamba itu melakukan dosa lalu ia berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosaku” maka Allah S.W.T. berfirman baginya: “Hambaku melakukan sesuatu yang berdosa lalu ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosanya atau boleh juga menjatuhkan hukuman dengan sebab adanya dosa itu.” Kemudian apabila hamba itu kembali berbuat dosa lalu ia berdoa pula: “Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku,” maka Allah S.W.T. berfirman: “Hambaku telah melakukan dosa dan ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni segala dosa atau boleh pula menyiksa dengan sebab dosa itu.” Kemudian hamba itu sekali lagi berbuat dosa maka ia lalu berkata: “Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku”, maka Allah S.W.T. berfirman kepadanya: “Hambaku berbuat dosa dan ia menyedari bahawa baginya ada Tuhan yang mengampuni segala dosa dan boleh menyiksa dengan sebab dosa itu. Sesungguhnya Aku mengampuni segala dosa hambaKu, maka hendaklah ia berbuat sesuka hatinya.”
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan