-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Tuesday, August 24, 2010

Ayahanda Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki..dalam kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله بنعمته تتم الصالحات والصلاة والسلام على خير الكائنات سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
Mengenang  Ulang Tahun Kewafatan Ayahanda Kami Guru Yang Tercinta:
Prof. Dr Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki رضي الله عنه
          
 



             Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki ialah salah seorang ulama Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.

          Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulama yang menziarahi Makkah.
         Beliau adalah seorang alim besar berketurunan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Lahir pada tahun 1947. Beliau memperolehi ijazah Ph.D dari universiti al Azhar dalam usia 25 tahun (rakyat Saudi yang memperolehi ijazah kedoktoran dari al Azhar dalam usia paling muda) dalam bidang Hadith. 
          

          
                
(Sayyid Muhammad beserban hijau kiri) 
  
 
(Sayyid Muhammad dua dari kiri)




            Pada tahun 1970, beliau ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar sebagai Profesor Dirasah Islamiah (Pengajian Islam) di Universiti Ummul Qura, Mekkah. Setelah ayahandanya (Sayyid Alawi bin Sayyid Abbas al Maliki) meninggal dunia pada tahun 1971M, Sayyid Muhammad menggantikan ayahaandanya mengajar di Masjid al Haram, yang mana kuliah pengajiannya ini amat diminati oleh ribuan pelajar dari seluruh dunia khasnya dalam bidang Hadith dan Tasauf.   
         Setelah menerbitkan bukunya yang bertajuk Mafahim Yajib An Tusahhah  (Kefahaman-Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan) pada tahun 1983, yang telah mencabar kreadibiliti Ulama' Saudi yang menjadikan Wahabi sebagai mazhab rasmi kerajaan, beliau dihalang dari mengajar di Masjid al Haram dan dihalau sehingga beliau berpindah ke Rusaifah (10km dari Masjidil Haram) dan membina ribat atau pasantren (sekolah) persendirian bagi terus menyampaikan kefahaman Ahli Sunnah yang sebenar kepada murid-muridnya dari serata pelusuk dunia.   



        


           Mulai 1983, beliau menumpukan fikirannya untuk mengajar dan menulis, karyanya hampir seratus buah kitab yang diterbitkan di luar negara Arab Saudi. Dua buah kitab yang bertajuk Manhaj al Salaf Fi Fahm al Nusus dan Mafahim Yajib An Tusahhah  hampir lima puluh kali diulang cetak dan telah beredar di seluruh dunia. Suka cita dimaklumkan bahawa  kitab Mafahim Yajib An Tusahhah ini telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu, dibawah terbitan Sofa Production, no: 019 379 5577.
        
         Beliau kembali ke Rahmatillah pada 15 RAMADHAN AL MUBARAK 1425H, semoga Allah sentiasa mencucurkan rahmat ke atas rohnya, amin ya Rabbal Alamin.


.......
          Semoga kita dapat  menghayati perjalanan hidup beliau ini, seterusnya melayakkan kita  dihimpunkan kelak bersama mereka kelak amin..
Semoga kita dapat menerima  pandangan rahmatnya dari barzakh sana, sehingga menguatkan azam dan himmah kita untuk menjalani kehidupan yang amat mencabar ini..
         Semoga kita sentiasa mendapat pandangan kasih sayang dan doa khususnya, yang dengan ini merawat segala penyakit jiwa, memudahkan urusan, dan menguatkan kita untuk menaikkan bendera Sunnah yang suci ini....

Ya Allah gembirakanlah kami dengannya, dan gembirakanlah dia dengan kejayaan kami! 
Ya Allah dengan berkat Ramadhan, perkenankanlah doa kami...




Walau jasadmu tiada di mata tapi kamu sentiasa di hati kami... 
 
ألا يالله بنظرة من العين الرحيمة  ** 
تداوي كل ما فيه من أمراض سقيمة


Disesuaikan dari kitab Kajian Mendalam Ke Atas manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah.
Oleh Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki
Terjemahan Abu Mazaya al Hafiz 


 

Monday, August 16, 2010

Memahami status Nabi SAW


 

بسم الله الرحمن الرحيم 

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

           KITA telah membayangkan di siri yang lepas bagaimana ada sesetengah mereka yang keliru fahamannya cenderung menghukum sesat terhadap perbuatan memuliakan dan mengagungkan Nabi SAW. Seolah-olah perbuatan itu sudah mengkaburkan perbezaan antara Allah SWT sebagai Khaliq dan Nabi SAW sebagai makhluk.

            Maka pengarang kitab Mafahim menyambung bicaranya dengan memperjelaskan fahaman sebenar dalam soal ini. Beliau menegaskan bahawa pegangan kita adalah Baginda SAW juga adalah manusia yang harus ke atas Baginda SAW apa yang harus ke atas manusia yang lain seperti mengalami suatu hal yang mendatang dan ditimpa penyakit; yang tidak mengurangi kewibawaan Baginda SAW sebagai seorang Nabi SAW dan tidak melarikan orang daripadanya.

              Benarlah apa yang dikatakan oleh seorang ahli akidah: "Para Nabi harus pada hak mereka itu ditimpa suatu perkara yang lazim menimpa manusia biasa, dengan tidak mengurangi (kewibawaan mereka), seperti ditimpa sakit yang ringan." Nabi Muhammad SAW adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, mematikan atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SAW.

                Allah SWT berfirman: Katakanlah, Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al A'raaf: 188)

               Kita faham bahawa status Nabi SAW sebagai makhluk dan hamba. Malah Sifat ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat Baginda SAW. Oleh kerana itu, Baginda SAW sendiri berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah."

                Allah SWT telah menyifatkan Baginda SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi maqam (ketika Allah menceritakan anugerah Israk kepada Baginda SAW) sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya… (Al Israa': 1) Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan Jin) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al-Jin: 19)

                 Walaupun kita tahu Rasulullah SAW itu sifatnya manusia tetapi kita wajib membezakan Baginda SAW daripada manusia umum; dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.
 
                 Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka bersesuaian dan layak dengan maqam dan kedudukan mereka.

                  Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang-orang Jahiliah. 

                    Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Di antaranya, perkataan kaum Nabi Nuh AS mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah di dalam firman-Nya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya, "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami. (Hud: 27)

                      Ayat yang lain ialah perkataan kaum Nabi Musa dan Harun mengenai nabi mereka: Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya), "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israil) menjadi orang-orang suruhan kita?"  sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: (al-Mu'minun: 47). Hal yang sama berlaku pada Nabi Soleh dan Nabi Syu'aib (al-Syuaara: 154,185)

                       Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang-orang musyrik terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya memandang Baginda SAW sebagai manusia biasa (sedangkan Nabi itu adalah manusia terunggul dan paling istimewa), sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT dalam Kitab-Nya:
Dan mereka pula berkata, Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? (al-Furqaan, 7)

Ambilan: http://yayasansofa.blogsome.com/

..........................................................

- : قال إمام المداح البصبري رحمه الله

فمبلغ العلم فيه أنه بشر ** وأنه خير خلق الله كلهم

صلى الله وسلم عليك يا سيدي يا رسول الله

Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Membaca Surah al Fath Pada Malam Awal Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



من كتاب "كنز النجاح والسرور في الأدعية التي تشرح الصدور" تأليف الشيخ عبد الحميد محمد علي قدس المدرس والإمام بالمسجد الحرام.

"قال أبو بكر النيسابوري: سمعت محمد بن عبد الملك يقول: سمعت يزيد بن هارون يقول: سمعت المسعودي يقول: بلغني أن من قرأ سورة الفتح يعني {إنّا فتحنا لك فتحا مبينا} أول ليلة من شهر رمضان في صلاة التطوع حفظ ذلك العام.
وقال بعض العارفين :من قرأ سورة الفتح عند رؤية هلال رمضان في أول ليلة وسع الله رزقه في ذلك العام إلى آخره وفتح عليه جميع مغلقاته من خير الدنيا والآخرة وإذا قرأها الضعيف كثيرا قوى أو الذليل عز والمغلوب انتصر أو المعسر يسر الله اموره أو المديون قضي دينه أو المسجون خرج من سجنه أو المكروب رفعه الله تعالى بلطفه وكرمه وبأسرار هذه السورة الجليلة .
كيف تصلي:

تصلي ركعتين مثلا بعد ثبوت رؤية الهلال وتقرأ في الركعة الاولى الفاتحة وونصف سورة الفتح ثم فيي الركعة الثانية الفاتحة والباقي من الفتح

Tersebut di dalam Kitab Kanz al Najah wa al Surur  Fi Ad’iah Allati Tasyrah al Sudur, karangan Syeikh Abdul Hamid Muhammad Ali Quds, salah seorang tenaga pengajar dan Imam di Masjid al Haram:

Telah berkata Abu Bakar al Naisaburi: saya mendengar Muhammad bin Abdul Malik berkata: saya mendengar Yazid bin Harun berkata:saya mendengar al Naisaburi berkata:

         ‘‘Telah disampaikan kepadaku, bahawa sesiapa yang membaca Surah al Fath iaitu surah yang dimulai dengan ayat {إنّا فتحنا لك فتحا مبينا} pada malam pertama Ramadhan di dalam solat, dia akan berada di dalam penjagaan Allah untuk tahun tersebut.’’ 

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan