-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Wednesday, October 14, 2009

Diskusi: Qadha Solat

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين وصلّى الله وسلّم على سيدنا محمّد المبعوث رحمة للعالمين، وعلى آله الطاهرين، وأصحابه  الطيبين المكرمين. وبعد

 
Diskusi : qadha solat yang luput.

    Solat adalah tiang agama. Tanpanya runtuhlah keperibadian sesebuah intitusi insani yang membawa kepada kehancuran tamadun Islam yang suci.

    Qadha solat menjadi tajuk perbincangan pada kali ini kerana melihat pada para pentingnya disisi muslim dan kedapatan banyaknya salah faham tehadapnya  terutama dikalangan awam (1).

     Perkara ini didokong oleh ijma’ ulama’ seperti yang dinaqalkan oleh al-Syeikh Dr.  Abdul Aziz Al-Khatib رحمه الله di dalam U’mdah al-Mufti (2)  berkata;

    ‘Solat2 fardhu (yang tertinggal) hendaklah wajib diqadha’, terutama jika ia meninggalkan solat dengan  sengaja atau malas. Hal in kerana Rasulullah صلّى الله عليه وآله وسلّم telah mengarahkan orang yang meninggalkan solat kerana tidur atau lupa supaya mengerjakannya. Seperti hadis;

                من نام عن صلاة أو نسيها فليصلها اذا ذكرها     
Ertinya; barang siapa meninggalkan solat kerana tertidur atau lupa, maka solatlah ketika mengingatinya.

    Jika qada’ solat atas orang yang tertidur atau lupa wajib, maka  solat keatas orang yang malas dan sengaja meninggalkannya lebih utama dan lebih wajib diganti!

    Hukum ini (wajib qadha’ solat bagi yang sengaja tinggal atau malas) telah di dipersetujui dengan ittifaq (persetujuan) ulama-ulama’ Mazhab Empat (3) (dan mengolongkan orang yang meninggalkan solat ini sebagai muslim yang  berdosa besar) kecuali Mazhab Hanbali yang telah mengiktibarkan kufur bagi pelakunya. 

    Di nusantara, Syeikh Daud al Fathani رحمه الله contohnya telah mengarang kitab terperinci mengenai solat iaitu Munyatul Musalli. Berikut  antara kalamnya tentang qadha solat; ‘Manakala (orang yang ) luput akan dia sembahyang hendaklah diqadha’kan bersegera, kemudian  taubat ia daripada kembali kepada apa yang demikian itu (tinggal solat).' (4)

    Apa yang difahami dalam kata-kata beliau, bahawa wajib mengqadha’kan solat sama ada orang yang meninggalkannya itu terlupa atau tertidur lebih2 lagi orang yang malas dan sengaja meninggalkannya, berdasarkan mafhum mukhalafah dari hadis lalu.

    Begitu juga Syeikh Zainuddin al Malibari رحمه الله ;
                ويبادر من مرّ بفائت وجوباً، ان فات بلا عذر فليلزمه القضاء فوراً 

Ertinya; Barang siapa yang luput solatnya yang fardhu, yakni dengan syarat dia seorang muslim, mukallaf dan suci dari haid dan nifas; maka hendaklah bersegera qadha solat yang luput jika luput dengan ketiadaan uzur. (5) 

    Bekas Qadhi Besar Seremban Syeikh Haji Muhammad b. Nasib berdalil dengan  hadis yang hampir sama dengan hadis lalu; sabda Baginda صلّى الله عليه وآله وسلّم :

            من نام عن صلاة أو نسيها فليقضيها اذا ذكرها لأن الله يقول: وأقم الصلاة لذكري
Ertinya: barang siapa tidur daripada (menunaikan) sembahyang atau lupa ia akan dia, maka hendaklah qadha’ ia akan dia apabila ingat ia akan dia (solat), kerana Allah Taala  berfirman Ia : dan dirikanlah sembahyang kerana ingat akan Daku. (6)  

    Kata beliau lagi: dan difaham daripada hadis ini , apabila Nabi menyuruh dengan mengqadha’ sembahyang yang luput dengan terlupa atau tertidur, betapa jikalau  ditinggalkan dengan sengaja, maka terlebih sangat dituntut dengan qadha’nya, qias  awwaliayah . (7) 


Kesimpulan.
Setiap perkara yang wajib perlaksanaannya, maka jika ia tertinggal samada sengaja atau tidak maka WAJIB diganti, terutama solat2 fardhu.



Wassalam
15.05.09
  .............................................................................

End Note

(1) Dalam membahaskan masalah ini, sebahagian muslimin telah beranggapan dengan pendapat yang salah bahawa;

- Tidak perlu qadha’ solat bagi yang terlupa solat atau tidur atau gila.

- Perlu solat bagi yang meninggalnya dengan sengaja, jika tidak sengaja tak perlu qadha' solat.

- Tidak perlu solat hormat waktu di dalam perjalanan yang tidak sampai dua marhalah. Justeru katanya cukup solat dengan istinjak dengan stereng kereta dan solat seperti biasa tanpa perlu qadha sekali lagi dirumah.

- Justeru dalam diskusi ini penulis akan  cuba menerangkan masalah no1 dan no2. 

(2) al-Syeikh Dr.  Abdul Aziz Al-Khatib al-Dimasyqi. Umdah al-Mufti Fi al-Fiqh ala Mazhab al-Syafie. Tanpa tarikh.

(3) Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan  Mazhab Hanbali.

(4) Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.Munyatul Musalli.1242H.Mekah

(5) Syeikh  Zainuddin ibn Abdul Aziz al Malibari. Fathul Mu’in bi Syarh Qurratil A’in bi Muhimmat al Din.Hlm:7

(6) Hasyiah al Jalalain

(7) Syeikh Haji Muhammad bin Nasib. Kebatilan Kaum Muda ms:10-11.cetakan jun 2002 NRS Corp. 



Rujukan.

•    Al-Syeikh Dr.  Abdul Aziz Al-Khatib al-Dimasyqi. Umdah al-Mufti Fi al-Fiqh ala Mazhab al-Syafie.                Tanpa tarikh.
•    Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.Munyatul Musalli.1242H.Mekah
•    Syeikh Haji Muhammad bin Nasib. Kebatilan Kaum Muda ms:10-11.cetakan jun 2002 NRS Corp. 
 


Salam Mahabbah

Selamat Datang!Ahlan Wa Sahlan!


Assalamualaikum muslimin muslimat sekalian...

Ruangan ini adalah alternatif terkini pengarang untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang asas-asas pegangan Aqidah Ahli Sunnah sesuai dengan tajuk blog ini.


Hal ini disebabkan berlakunya banyak kecelaruan tentang masalah-masalah usul dalam agama (tauhid) hingga kepada furu'nya (fekah) yang melibatkan bukan sahaja pelajar jurusan akademik tetapi membabitkan juga pelajar berpendidikan agama, terutama dikalangan belia2 di Institut Pengajian Tinggi.



Apa yang menyedihkan sebahagian besar pelajar yang ingin mendalami jurusan Agama samada sedar atau tidak, telah terjerat dalam fahaman-fahaman yang menyeleweng yang diserapkan hampir ke seluruh IPT di Malaysia. Agaknya, bagaimanakah pula akidah pelajar2 yang selebihnya?


Justeru penulis terpanggil cuba untuk menyebarkan apa yang terdaya untuk dapat dikongsi oleh semua rakan2 sekalian berpegang dengan sabda Rasulullah :
 
Sampaikan (ilmu) dariku walaupun hanya sepotong ayat.

Usaha ini bukanlah sekadar untuk menjalinkan hubungan ukhuwwah sesama muslimin, tetapi yang paling penting ialah menjaga iman dan kepercayaan kita tentang hak-hak Allah dan Rasul yang wajib kita semua penuhi. Sesungguhnya hubungan tanpa iman itu terputus. Benarlah kata pensyair:


مَا دَامَ لله دَامَ وَاتَّصَلَ ۞ وَما دَامَ لِغَيْرِ اللهِ انْقَطَعَ وَانْفَصَلَ

Tiap-tiap sesuatu yang dilakukan kerana Allah maka ia kekal dan saling berhubungan.


Tetapi setiap sesuatu yang dilakukan bukan kerana Allah maka ia akan hilang dan terputus (faedahnya).”



Mengakui kelemahan dalam diri ini, pengarang menyedari bukanlah ahli yang berkelayakan untuk berbicara tentang masalah ini, tetapi sekadar menakalkan kalam2 ulama' muktabar untuk kebajikan bersama. Saya mengalu-alukan nasihat dan kritikan membina. Moga usaha yang kecil dipandang besar disisiNya.


Ujang1230
708pm 14.10.2009











About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan