-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Saturday, December 26, 2009

Kenali ulama’mu: al Muhaddith al Musnid al Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki al Rembawi رضي الله عنه


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله

Himmah Menuntut Ilmu
Kenali ulama’mu:
al Muhaddith al Musnid  al Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin 
al Maliki al Rembawi
رضي الله عنه




    Pada 16 September 1974, kampung Chenong dihiasai cahaya bergemerlapan dengan kelahirannya. Hingga ke pekan Rembau bau-bauan wangian berita kelahirannya telah tersebar keseluruh anggota keluarga sanak saudara serta masyarakat setempat.  Tiada khabar lebih bermakna dari kelahiran satu-satunya anak lelaki dari 5 orang adik-beradik bagi ayahanda bonda Haji Kamaluddin Mahat dan Hajah Zainab Mahmud, yang diharap akan menjadi tonggak keluarga suatu hari nanti.

    Anak kecil ini makin membesar, dan  harapan keluarga tak dipersia begitu sahaja. Seawal usia 8 tahun, beliau sudah mula berjinak—jinak dengan majlis-majlis zikir dan sering menghadiri majlis tersebut yang dipimpin oleh Tuan Haji Rasyid bin Syeikh Haji Muhammad Sa’id di kampungnya. Dengan bimbingannya, beliau telah mengambil ijazah daripada gurunya itu hingga pentarbiahan tasawwuf telah sebati dalam darah dagingnya.

    Semasa berusia semuda ini juga, beliau telah meminta bapanya menghantar beliau belajar di pondok-pondok engajian agama pada musim cuti sekolah. Oleh itu, pada musim cuti sekolah, beliau telah dihantar oleh bapanya ke pondok al Nuriyyah Sungai Udang, Melaka, untuk belajar agama dan Bahasa Arab. Sekalipun ketika itu usia beliau masih terlalu muda, beliau telah menunjukkan contoh yang baik sama ada dari aspek kelimuan mahupun akhlak kepada murid-murid lain yang kebanyakannya lebih tua daripadanya.

    Aktiviti persekolahan tidak menjejaskan aktiviti keilmuan dan kerohaniannya, malah menjadikan sekolah sebagai tempat untuk mengasah bakat berpidato hingga berjaya meraih Naib Johan Pidato Islam ketika di peringkat menengah. Dua tahun terkemudian pula dihabiskan untuk menuntut di Maahad Ahmadi, satu-satunya sekolah Negeri Sembilan yang menyediakan pengajian Thanawi, yang akan melayakkannya ke Universiti al Al Azhar, Mesir.   

    Merasai ilmu di dada masih belum memadai, lalu beliau berpindah ke Madrasah al Nahdah al Hasanah, Kedah untuk lebih mendalami pengajian Agama dan Bahasa Arab dengan guru-guru pondok di sana. Syeikhnya al Marhum Dato’ Mursyid Diraja al ‘Allamah Syeikh Hj. Tajuddin yang merupakan bekas Pengerusi Ahli Majlis Fatwa Malaysia, amat berbangga dengan pemuda ini, hinggakan surat yang dikirimkannya dari al Azhar dibacakan di khalayak ramai untuk menjadikan beliau roll model bagi pelajar yang lain.

    Keberangkatannya ke al Azhar dilakukan sebaik sahaja menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA), iaitu ketika berumur 19 tahun. Adat ulama’ salaf meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu adalah lumrah daie dalam menyempurnakan misi hidupnya. Kata Ibnu al Wardi:

حبّك الأوطان عجز ظاهر ۞ فاغترب تَلْقَ عن الأهل بدل

Keinginanmu tinggal di kampung merupakan suatu kelemahan yang ketara. Oleh itu pergilah merantau mencari ilmu pasti kau temukan ganti dari keluarga yang ditinggalkan.

    Ini mengingatkan kita pada kepada perjuangan salafus soleh yang sanggup berkorban, menghadapi kesusahan dan meninggalkan keluarga, harta dan tanah air. Antaranya Saidina Jabir bin Abdullah yang bermusafir selama sebulan untuk menemui Abdullah bin Unais semata-mata untuk meriwayatkan satu hadih daripadanya.
  
    Semangatnya semakin berkobar-kobar selari usia mudanya. Walaupun begitu beliau, tidak seperti anak muda lain, tidak sedikitpun waktunya dibazirkan pada perkara-perkara yang melalaikan dan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan menuntut ilmu seperti berniaga, hiburan yang melampau dan sebagainya.  

    Beliau sibuk bertungkus-lumus memenuhi hidupnya dengan ilmu dan amalan rohani. Lantaran cemburukan ketinggian ilmu ulama’ lampau yang terkenal dengan kepakaran dan keilmuannya yang tinggi, beliau berhasrat untuk  menjejaki cara-cara mereka dalam pembelajaran iaitu antaranya dengan bertalaqqi. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana, itulah rutin pengajian beliau bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari.

    Katanya : "Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid," kata pemuda yang yang amat memuliakan kesemua gurunya."

     Walaupun tidak melazimi pengkuliahan al Azhar, tetapi kerana kepercayaan orangg ramai terhadap ilmunya, beliau telah diminta untuk membuka tusyen bagi  para pelajar walaupun berlainan kursus darinya.

    Sebagaimana beliau amat mencintai dan menyayangi guru-gurunya, seperti itu juga para Syeikhnya juga mengasihinya. Kata beliau lagi: "Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan seterusnya memulakan kelas pengajian di situ."

    Begitulah keakraban yang amat jelas dipaparkan, hasil kasih sayang antara dua insan murid dan guru yang menatijahkan keberkatan dan kefahaman yang sohih tentang ilmu.
 
Antara guru-gurunya    رضي الله عنهم  di Mesir ialah:
Syeikh Abdul Ghani al Jaafari, Syeikh Toriqat Ahmadiah Jaafariah
 

-    Syeikh Abdullah al Syura. Kitab yang dipelajari Tuhfatul Murid a’la Jauharah al Tauhid, Syarh Ibn Aqil dan Kifayatul Mukhtar.
-    Syeikh Mahmud al Adawi, Imam Besar Masjid Syeikhah Sobah di Tonto. Kitab yang dipelajari Iqaz al Himam fo Syarh Hikam, Qalyubi wa al Humairah Hawi lil Fatawa dll.
-    Syeikh Dr Ali Juma’ah, Mufti Mesir. Kitab yang dipelajari Sohih Muslim dan Jam’u al Jawami’  
-    Syeikh Abdul Ghani bin Soleh al Ja’fari. Beliau telah mengijazahkan pemuda ini Tariqat al Ja'fariah al Ahmadiah al Muhammadiah dan sanad ayahandanya Imam Besar Masjid al Azhar Syeikh Soleh bin Muhammad al Ja’fari.

    Seperti mana yang kita sedia maklum al Azhar adalah lubuk para ilmu dan pengetahuan, destinasi terakhir orang yang dahagakan makrifat, dimana lahir daripada barisan ulama; selaku kader-kader untuk membenteng agama Allah ini dari serangan musuh. Walau bagaimanpun sifat ingin tahunya meronta-ronta memujuk untuk terbang ke tanah Hijaz untuk menuntut ilmu terus dari guru utamanya serta murabbinya kini dan selama-lamanya al Mufassir al Muhaddith al Allamah al Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki.


Biarlah pasangan kekasih ini menceritakan detik-detik indah, dua pandangan mata bertemu, lalu terputiklah cinta…

(di Madrasah al Taufiqiah al Husainiah, Kg Chenong, 
Chengkau, Rembau N. Sembilan. 2003M)

    "Pertemuan pertama saya dengan beliau ialah ketika saya berada di bawah pentarbiahan Syeikh Abdul Ghani Soleh al Ja’fari. Ketika itu saya menghadiri majlis hadarah (bacaan qasidah dan nasyid memuji Allah dan Rasul) yang diadakan di Dirasat Kaherah, Mesir. Ketika bacaan madih (nasyid memuji Allah dan Rasul) dialunkan, semua orang bingkas bangun. Bacaan madih diberhentikan dan ditukar dengan bacaan madih ‘‘Ahlan wa Sahlan binnabiyy,’’  seolah-olah ada orang besar dan hebat hadir dalam majlis tersebut.

    Tiba-tiba saya melihat seorang yang begitu hebat dan bercahaya wajahnya, masuk ke dalam majlis tersebut. Beliau disambut dengan penuh penghormatan oleh semua hadirin. Kemudian Syeikh Abdul Ghani memperkenalkan bahawa beliau ialah Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki رضي الله عنه , seorang ulama’ dan imam besar dari Hijaz.

    Semenjak hari bersejarah dan besar maknanya itu, perasaan kasih kepadanya mula tertanam di dalam hati ini dan dari hari ke hari hati saya meruntun untuk bertemu dengannya lagi. Malah setiap kali saya pergi mengerjakan umrah, saya tidak sesekali melepaskan peluang menziarahi beliau di rumahnya di Rusaifah, Mekah."


    Setiap kali ke Mekah al Mukarramah majlis Sayyid Muhammad adalah tujuan yang utama selepas menunaikan umrah. Bagi pemuda ini, adalah menjadi suatu kenikmatan apabila dapat bersama para ulama, apatah lagi apabila mereka menuturkan mutiara hadith-hadith Nabawi serta menyulaminya dengan syarahan dengan gubahan makna yang indah dan mendalam.

    Diantara kitab yang dipelajari dari Muhaddith Tanah Haram ini ialah Sohih Bukhari, Sunan Abu Daud, Tafsir Ibnu Kathir, Zad al Maad, Fath al Mughith dan al Nasoih al Diniyah.

    Merasai dirinya terlalu kerdil apabila bersama dengan salah satu kebesaran Allah ini- ulama’ rabbani, dihati kecil beliau berdoa dengan yakin agar dapat dikumpulkan dengan Sayyid Muhammad lebih rapat lagi.

Sabda Rasulullah: صلى الله عليه وآله وسلم 
تهادوا وتحابوا

Ertinya: sentiasalah kamu bertukar-tukar hadiah, maka kamu akan saling kasih mengasihi.

    Atas dasar inilah akhirnya pada tarikh 15 Syawal 1423 Hijrah, dengan taufiq dan nikmat Allah, al Muhaddith Sayyid Muhammad  telah menjejakkan kakinya yang mulia di Madrasah al Taufiqiah al Husainiah, Rembau, Negeri Sembilan.

    Buat kali pertamanya, beliau tidak segan silu duduk bersama-sama kami orang kebanyakan a'jam, melupakan darjat dan ketinggiannya sebagai seorang alim  dari Mekah yang berketurunan Saidina Hasan, duduk memberikan seribu satu ilmu dan hikmah.

    Dalam majlis yang amat meriah dan barakah itu, dengan penuh kasih sayang beliau telah berkenan  menyambungkan sanad keilmuannya yang berantaian dengan penghulu-penghulu ahli ilmu, dengan  mengijazahkan semua hadirin ijazah beliau serta Hadith Musalsal  bi al Awwaliyat, Hadith Musalsal bil Mahabbah dan talqin zikir serta mengijazahkan Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah.

    Alam makin disinari cahaya, walau siang dah lama menutup tirainya. Pada ketika itu juga Sayyid Muhammad telah menganugerahkan khirqah kepada pemuda ini. Dengan ini termeterinya ikatan antara dua kekasih , terutama selepas Abuya (ayahanda) Sayyid Muhammad telah menggelarkan Ustaz Muhammad Fuad dengan nisbah keluarganya ‘al Maliki.’  Sesungguhnya tiadalah keseronokan dan kenikmatan yang lebih tertinggi daripada dapat bersama para ulama’ dan solihin رضي الله عنهم . Berkata al Arif Billah Syeikh Abu Madyan al Gauthi :

ما لذة العيش ٳلا صحبة الفقراء ۞ هم السلاطين والسادت والأمراء
Ertinya; tiadalah kelazatan hidup di dunia ini melainkan dengan bertemu,bersahabat dan mengambil manfaat dari al fuqara' (iaitu ulama yang kenal Allah), merekalah (pada hakikatnya) sultan-sultan, penghulu-penghulu dan pemerintah-pemerintah.


    Begitulah kehidupan pemuda ini saban waktu dan hari hidup dengan azam dan suntikan yang baru, hasil rembesan lautan ilmu dan berkat guru-gurunya terutama Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki. Ketika ini ku terimbau kata-katanya tentang kesunggguhan menuntut ilmu:


    "Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna baginya," katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi.

    Dalam menuntut ilmu beliau pernah mengkhabarkan bagaimana beliau mahu menjadikan Imam Nawawi sebagai idola dalam menuntut ilmu, dimana Imam Nawawi menggunakan seharian waktunya untuk belajar 12 subjek beserta syarah dan kupasan. Hasilnya beliau berjaya juga menuntut sebanyak 6 subjek sehari semalam dengan masyaikh-masyaikh  dengan mengunjungi rumah-rumah mereka, tiang-tiang masjid dan sebagainya. Maha suci Allah yang menciptakan insan-insan yang mengorbankan segalanya atas jalan makrifahNya!

    Beliau amat mementingkan izzah iaitu penampilan yang kemas. Baginya selaku penuntut ilmu tidak harus bagi mereka untuk menunjukkan rupa yang selekeh pada masyarakat umum, kerana ia bukan sahaja menunjukkan imej yang kurang sihat terhadap individu itu, malah mungkin menjatuhkan maruah agama yang dipegang oleh penuntut tersebut.

    Justeru permakaian anak-anak didiknya amat dijaga rapi, bersih, tidak berbau dan sentiasa melazimi kopiah walau dimana berada walaupun berada di tengah bandar. Hal ini tidak lebih tidak kurang sama seperti pentarbiyahan Abuya Sayyid Muhammad al Maliki kepada anak-anaknya.

    Sayyid Muhammad seperti mana yang diceritakan oleh Syeikh Fuad sendiri, pada suatu hari telah didatangi oleh anak muridnya di Masjid al Haram untuk belajar darinya, tetapi dengan pakaian yang koyak. Dengan serta merta Abuya mengoyakkan pakaian tersebut seraya berkata :
 "kamu berpakaian sebegini seolah-olah untuk meminta kepada orang ramai berilah aku duit."
Selepas itu beliau memberi pelajar tersebut pakaian yang baru.     

    Berkaitan dengan pakaian lagi, beliau pernah menceritakan perihal dirinya sendiri, antaranya sewaktu di Maahad al Ahmadi, Gemenceh, beliau akan membasuh dua helai pakaian sehari, supaya pakainnya sentiasa bersih dan beliau tak perlu memperuntukkan waktu yang panjang khusus untuk membasuh, kerana sibuk dengan mengulang kaji ilmu  .

    Mengingati tentang cara beliau menyusun waktu, sesungguhnya ilmu adalah waktunya! Kenapa tidak hatta di dalam tandas sekalipun beliau sanggup membuka kaset al Quran dari  luar bilik air, kerena baginya membiarkan watu tersebut tanpa melakukan perkara-perkara keilmuan adalah mensia-siakan satu nikmat Allah!  Natijahnya beliau telah menghafaz al Quran, ketika masih menuntut di Maahad al Ahmadi lagi.

    Beliau menegaskan tidak harus bagi anak-anak muridnya yang dianggap seperti anaknya sendiri, bersuka ria sewaktu orang lain bersuka ria, serta tidak sepatutnya anak muridnya leka ketika orang lain leka. Sesungguhnya bagi penuntut ilmu kerja-kerja dan homework yang banyak. Mereka perlu menghafaz al Quran, hadith-hadith Nabi, matan-matan ilmu serta permasalahan ulama dan lain-lain ilmu. Oleh itu beliau amat tidak bersetuju jika ada dikalangan anak muridnya yang  bercinta atau bekerja ketika menuntut ilmu kerana ia akan mengganggu perjalanan seorang penuntut, jika di benar-benar mahu menjadi alim yang sejati.

    Beliau ada menceritakan kaedahnya mengingati atau mengulang kaji ilmu. Katanya antara cara terbaik mengingati  dan mengukuhkannya dihati ialah dengan mengamalkan muhasabah. Caranya ialah dengan membayangkan sebelum tidur setiap lembaran-lembaran kitab atau al Quran, lalu dibaca dengan hati

Penutup
    Inilah secara ringkas yang amat sangat, tentang realiti kehidupan al Daie ila Allah Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, berkaitan semangatnya dalam menuntut ilmu  pada kacamata hamba yang dhaif ini. Inilah yang mampu kusampaikan pada waktu yang singkat ini. hakikatnya, hanya yang Esa bisa mengibaratkan ketinggian kemuliaannya, moha Allah merahmatinya. Hakikatnya ada kata yang tak mampu disampaikan lantaran lemahlah diri serta kurangnya ilmu untuk menterjemahkannya ke bahasa lisan, dan janan tetapi memadailah aku katakan bahawa dialah contoh anak yang soleh, pelajar yang cemerlang, guru yang  alim, suami yang penyayang, alim yang beramal denagan ilmunya, insan termulia yang patut kau dampingi .

    Hari ini beliau ada dihadapan kita, berkata-kata memberikan petunjuk dan nasihat. Justeru rebutlah waktu yang ada perkemaskanlah langkah dan niatmu untuk mendatangi kuliah-kuliahnya, menyusuri denai lautan kitab-kitab tulisannya. Takut-takut, esok siapa tahu qadha Ilahi, jika esok adalah waktunya, tangismu tak berguna apa-apa lagi.

Ingatlah pesan al Arif Billah al Suhrawardi dalam suruhan mengikut ulama’
فتشبهوا ٳن لم تكونوا مثلهم ۞ ٳن التشبه بالكرام فلاح

Serupailah mereka (para ulama dan solihin) walaupun kamu bukanlah dari golongan mereka.
 ۞ Sesungguhnya dengan menyerupai mereka (dalam berakhlak, menuntut ilmu , berpakaian dan lain-lain) adalah suatu kejayaan dan kemuliaan yang besar disisi Allah!

Moga-moga Allah panjangkan umurmu dalam ketaatan! Cucurilah rahmat ke atasnya dengan seluas-luas rahmat. Kurniakanlah kami al taufiq dan hidayah untuk mengikutinya yang berjalan diatas manhaj salaf soleh, secara jaga dan bersendirian. Amin Amin!!

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله. 


16 ‎كانون الأول, ‎2009, ‏‎06:52:47 م



Ahlu al Haq


Biarlah apa yang orang katakan • tetapi engkau tetap disana menegak keadilan
tak takut menghadapi bencana• walau didalam sangkar singa
tak gentar hadapi taufan • walau kau disana berseorangan
demi Allah kau tak bersendiri (dalam menegakkan al haq) •
malah bersamamu penghulu2 dan sultan2 (solihin & para ulama)
benarlah dan telah terbuktilah sabda Baginda pada dirimu • kaulah sebaik-baik teman dan rakan

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرة على الحق حتى يأتي أمر الله، لا يضرهم من خذلهم
رواه البخاري ومسلم والترميذي

‘‘ Sentiasalah wujud sebuah kumpulan dari kalangan umatku yang menzahirkan hak kebenaran yang betul-betul sohih hinggalah datang perintah Allah, mereka tidak dapat dimudharatkan oleh musuh-musuh mereka. ’’



Kata Syeikh Abu Madyan al Ghausi رحمه الله 
ما لذة العيش ٳلا صحبة الفقرا ۞ هم السلاطين والسادات والأمراء
‘‘Tiadalah keseronokan dunia melainkan dengan berdamping dengan al fuqara’ ۞ merekalah (pada hakikatnya) sultan-sultan penghulu-penghulu dan raja-raja’

Hijrahkan nafsumu dari dirimu!

    Sesungguhnya peristiwa HIJRAH menyimpan terlalu banyak makna dan rahsia. Mengenali kisah hijrah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan sahabat menyingkap betapa besar dan pentingnya pengorbanannya yang telah mereka lakukan hingga hari ini kita dapat menikmati nikmat terbesar; Islam, Iman dan Ihsan.

    Sesungguhnya HIJRAH merupakan kebangkitan menumpaskan kesyirikan dan kaum musyrikin yang berusaha menghancurkan aqidah Islam.

    Sesungguhnya  HIJRAH bertalian rapat dengan soal keimanan, dan ia tidak boleh dihalang oleh apa-apa samada ibu bapa, anak, isteri mahupun keluarga. Allah Taala berfirman;



" Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu , anak-anak kamu , saudara-saudara kamu , isteri-isteri (atau suami-suami) kamu , kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu  cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan Keputusan NYA (azabNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka.)"

    Kisah HIJRAH merupakan kisah keimanan yang sebati di dalam hati, kisah aqidah yang menjadi darah daging dalam diri para sahabat terdahulu hingga sanggup mempertahankan agama dengan segala yang mereka miliki hingga tertegaknya Islam sehingga dapat kita kecapi hari ini.   

    HIJRAH Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ke Madinah bukan melarikan diri atau pun takut, tetapi membuka gerbang kebaikan dan keberkatan kaum Muslimin.

    HIJRAH adalah kebangkitan melawan  & menumpaskan  kemusyrikan. Ketika itu Muslimin yang merupakan golongan minoriti di Mekah sering ditindas, maka perjalanan HIJRAH  ini adalah strategi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menyelamatkan mereka dari disiksa.   

    HIJRAH adalah pelajaran yang penting untuk menguatkan aqidah membesarkan jiwa dan meneguhkan keimanan dijalan memperjuangkan agama Allah, meninggikan kalimahNya dan menyebarkan dakwah dan risalah Islam.  Hasilnya setelah HIJRAH, umat Islam semakin berkembang, tentera Islam semakin menyerlah dan bendera Islam semakin kencang berkibar.  

    Dakwah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ini, telah meniggalkan kesan kedalam hati para sahabat sehingga mereka sanggup meninggalkan kampung halaman yang mereka cintai (Mekah.) Padahal, perpisahan dengan kampung halaman adalah sesuatu yang amat memedihkan, lebih-lebih lagi peluang untuk kembali terlalu sukar hinggalah ajal menjemput mereka.

    Namun ternyata perpisahan itu lebih mereka sukai daripada dunia dan segala kenikmatannya. Mereka lebih mengutamakan agama daripada dunia dan tidak peduli dengan kehilangannya. Mereka tidak mengendahkan semuanya itu tetapi terus melarikan diri dari satu kota ke satu kota demi menjaga agama mereka daripada fitnah.

    Seolah-olah mereka diciptakan untuk akhirat, maka jadilah dunia berkhidmat untuk mereka. Orang-orang tua, kanak-kanak kecil, kaum lelaki dan wanita berhijrah dari Habsyah, lalu ke Madinah al Munawwarah.

    Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah meluaskan  pengertian HIJRAH, iaitu berhijrah daripada apa yang dilarang oleh Allah dengan meninggalkan maksiat.

    HIJRAH bukan barangan antik untuk tatapan semata-mata seperti hikayat-hikayat atau sejarah-sejarah biasa. Tetapi lebih dari itu, ia mesti dihayati dan diteladani semua umat Islam. HIJRAH yang sebenar ialah HIJRAH dari
  
- keilmuan kepada kejahilan
- cinta makhluk kepada cinta Khaliq (Allah Taala).
- rakus dunia kepada rakus akhirat.
- bakhil kepada dermawan

    Kerana HIJRAH  adalah kisah keimanan,penyatuan dan pengorban, marilah kita bersama-sama memperjuangkan agama yang benar ini hingga sampai ke matlamatnya. Syeikh Ibn Atoillah al Sakandari berkata
لا ترحل من كون ٳلى كون فتكون كحمار الرحى يسير، والمكان الذي ارتحل ٳليه هو الذي ارتحل منه، ولكن ارحل من الأكوان ٳلى المكوّن، وأن ٳلى ربك المنتهى.

 "Janganlah kamu bergerak dari satu alam hanya ke satu alam, maka jadilah kamu seperti keldai pengisar yang berjalan di sekitar pengisarnya sahaja; ia berjalan menuju ke tempat tujuannya dan tiba semula di tempat ia bermula. Tetapi berjalanlah dari semua alam kepada Pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kemuncak segala tujuan".

(( Ringkasan dari- perutusan Maal HIJRAH Masjid Darul Ehsan. Muharram 1431/Desember 2009))

AHLAN WA SAHLAN YA MUHARRAM!!

   
   Alhamdulillah, kita diizinkan Allah SWT untuk memasuki tahun hijrah yang baru. Umat Islam menyambutnya dengan cara yang berbeza. Ada yang hanya menyedari ketibaannya kerana ia ditentukan sebagai cuti umum.

    Ramai juga yang menyambutnya dengan mengatur pelbagai majlis dan acara termasuk berkumpul di masjid dan surau dengan pengisian seperti bacaan doa akhir dan awal tahun, bacaan al-Quran, selawat dan tazkirah.

    Tanpa menafikan kepentingan dimensi luaran peristiwa ini, adalah perlu diinsafi bahawa hijrah luaran dan fizikal ini tidak akan berhasil dan bermakna tanpa disertai hijrah rohani dalam hati dan jiwa umat.

    Hakikat ini ditegaskan dalam sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam hadis yang masyhur mengenai niat dan amalan, "Sesungguhnya amalan itu ditentukan oleh niat, dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kepada dunia yang ingin diperolehinya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya adalah kepada apa yang menjadi maksud hijrahnya".

    Sangat jelas dalam hadis ini yang merupakan antara induk segala hadis bahawa sebesar mana pun amalan agama seseorang itu, penentunya adalah niat dan maksud dalaman di sebalik amalan tersebut.

    Sheikh Ibnu ‘Atoillah al-Sakandari رضي الله عنه menegaskan perlunya berlaku hijrah dalam diri kita keluar daripada keterikatan dengan alam-alam (kawn/ akwan) menuju kepada Sang Pencipta alam (Al-Mukawwin).

Beliau berkata:
لا ترحل من كون ٳلى كون فتكون كحمار الرحى يسير، والمكان الذي ارتحل ٳليه هو الذي ارتحل منه، ولكن ارحل من الأكوان ٳلى المكوّن، وأن ٳلى ربك المنتهى.

 "Janganlah kamu bergerak dari satu alam hanya ke satu alam yang lain maka jadilah kamu seperti keldai pengisar yang berjalan di sekitar pengisarnya sahaja; tempat tujuan perjalanannya sama dengan tempat asal perjalanannya.

"Tetapi hendaklah kamu bergerak (berpindah) dari semua alam kepada Sang Pencipta alam. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah puncak segala tujuan".

Perhatikanlah sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , "Dan sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya …(hingga akhir hadis)"

Inti kepada peringatan Sheikh Ibnu ‘Atoillah al-Sakandari رضي الله عنه ini adalah

  1. - Agar kita membulatkan keikhlasan kita kepada Allah Taala dalam segala amalan kebaikan kita.
  2. - Tumpuan hati kita dalam beribadat adalah keredaan Allah Taala semata-mata.
  3. -  Hendaklah dielakkan ingatan kepada yang selain Dia hatta terhadap soal perhatian dan pandangan mulia oleh makhluk, karamah, ganjaran pahala, mahligai atau bidadari syurga walaupun ini adalah sunnah Ilahi bagi mereka yang bertakwa.

    Kesemua perkara ini hakikatnya masih merupakan alam dan makhluk. Kita masih belum berhijrah menuju Allah Taala dengan sebenar-benarnya jika masih terikat tumpuan kepada alam dan makhluk.

    Harus diingat bahawa sesungguhnya Allah Taala itu amat cemburu. Dia tidak suka dan reda jika seseorang yang menuntut-Nya turut mencari sesuatu yang selain Dia di samping-Nya.

    Oleh itu, tidak akan sampai kepada-Nya seseorang yang masih terdapat di hatinya keinginan hawa nafsunya.

    Hijrah dalam erti kata ini juga bolehlah dirumuskan sebagai berpindah dari tiga negeri kepada tiga negeri iaitu:

-    Dari negeri maksiat ke negeri taat.

-    Dari negeri kelalaian ke negeri kesedaran.

-    Dari alam asybah (jasad) ke alam arwah (roh).

    Sheikh Ibnu ‘Ajibah رضي الله عنه juga meriwayatkan pesanan gurunya رضي الله عنه bahawa jika kita hendak menilai sama ada kita sedang benar-benar berpindah dari alam dunia menuju alam malakut atau tidak, kita hendaklah membentangkan segala keinginan dan kecenderungan kita satu persatu.

    Jika kita mendapati bahawa kita telah meninggalkannya dan perasaan kasih terhadap kesemuanya telah keluar daripada hati kita maka barulah kita boleh bergembira.

    Mengeluarkan kecintaan dan keinginan terhadap selain Allah SWT bukanlah suatu yang mudah dan akan terjadi dengan sendiri. Ia menuntut keazaman, kesungguhan, perancangan, panduan dan bimbingan.

    Satu perkara yang tidak harus luput daripada perhatian kita dalam merenungi hijrah adalah bagaimana peristiwa tersebut menagih perancangan, keperitan dan pengorbanan yang tinggi daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan generasi awal Islam yang merupakan generasi para kekasih Allah رضي الله عنهم .

    Jika mereka yang paling dikasihi Allah ini pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban dan berjerit-payah jika kita benar-benar serius dengan agama kita.

(Rujukan utama: Kitab Cahaya yang Lurus: Syarah Hikam Sheikh Ibnu ‘Atoillah al-Sakandari oleh Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki رضي الله عنهم (Kuala Lumpur, Sofa Production, 2007)

Lambaian Zulhijjah

       Aku mencari-cari arah dalam detik-detik akhir bulanmu Zulhijjah… arah yang tepat untuk kubidikkan panah fikiran yang disulami amalan, dalam menterjemahkan pengorbanan yang hakiki kepadaMu ya Allah! Pada itu aku disedarkan. Ya disana ada pintu pengorbanan..

      Korban-melakukan sesuatu yang bersalahan kehendak hati malah  kadangkala waras akal insan yang sempurna, tetapi kerana mengikut arahan Kekasih, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan.

      Itulah yang berlaku pada imbauan sejarah Nabi Ibrahim dan putera kesayangannya. Bayangkan anak yang baik budi pekertinya, tampan lagi soleh; takkan tergamak seorang ayah untuk membunuhnya tanpa apa-apa sebab yang jelas.

       Tetapi orang-orang yang benar itu, Allah tetapkan hati mereka dijalan yang tepat dan tidak berganjak sesekali. Walaupun tidak diketahui hikmahnya, dan tidak berhajat untuk mengetahuinya; tetapi hati telah benar-benar jazam bahawa ada hikmah disebalik cerita dan Dia bukanlah penzalim terhadap hambaNya.

      Dalam keadaan redha Baginda mula memulakan penyembelihan, seperti itu juga tenang hati anaknya Nabi Ismail menyahut seruan Tuhannya menjadi korban untuk Yang Maha Esa.    

    Pasti ia adalah permainan minda, emosi diikuti amalan jasmani yang membuktikan pengabdian yang total kepadaNya. Bukanlah sekadar cakap-cakap lantang seseorang pemimpin di atas dewan atau tempikan-tempikan peniaga di tengah-tengah pekan.  

      Moga-moga Allah mentaufiqkan kita untuk memahami yang tersurat, menyelami lautan makna-makna yang tersirat dari kisah yang pendek ini, lalu dapat diadaptasi dalam amalan  seharian.

ٳن الذكر تنفع المؤمنين

‘Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang-orang yang beriman.’

‎05 ‎كانون الأول, ‎2009, ‏‎10:59:22 م

Wednesday, November 25, 2009

Syair Rindu...



(dalam kenangan...al Muhaddith Al Allamah Dr al Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki sewaktu kedatangan kali keduanya ke Madrasah al Taufiqiah al Husainiah, Negeri Sembilan, yang kini dikenali  dengan nama Sekolah Tinggi Agama al Sofa (STIAS). Disebelah kanannya anak murid kesayangannya al Fadhil al Allamah Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, pengasas Madrasah tersebut. ) 



قَصيْدَةٌ غَزَليَّةٌ
Qasidah Rindu…


                عَذَلَ العَازِلُوْنَ فِيْكَ وَلاَمُوا۞ 
كُلُّ لَوْمٍ عَلَى الْمُحِبِّ حَرَامُ
Sentiasalah orang-orang yang asing  dari jalan ini menghamburkan cercaan  terhadapmu 
(lantaran kejahilan mereka)   
۞sedangkan kejian terhadap kekasih (iaitu RASULULLAH) adalah haram.


               ۞ يَا مَلِيْحاً قَدْ حَوَى الجْمَالَ جَمِيْعاً 
وَجَمِيْلاً جَمَالُهُ لاَ يُسَامُ
Wahai insan yang indah,  sungguh dia yang telah menghimpun segala kecantikan-kecantikan di dunia ini ۞   dan takkan jemu orang yang melihat kehebatan keindahan kecantikannya !


                لَكَ طَرْفٌ مُكَحَّلٌ لاَ بِكُحْلٍ۞
وَجَبِيْنٌ يَزُوْلُ مِنْهُ الظَّلاَمُ

Engkau mempunyai mata yang indah seolah-olah bercelak ۞  serta dahi yang dengannya hilanglah dan binasalah  segala kegelapan kesesatan.



                لَكَ وَجْهٌ كُلُّ الْمَلاَحَةِ فِيْهِ۞
فِيْهِ نُوْرٌ وَبَهْجَةٌ وَاحْتِشَامُ

Engkau mempunyai wajah yang mempunyai semua aspek ketampanan ۞   terpancar padanya sinaran cahaya,  keelokan  paras rupa  dan rasa malu.   


                لَكَ فَمٌ حَوَى الْفَصَاحَةِ حُسْناً۞
فِيْهِ شَهْدٌ وَسُكَّرٌ وَمُدَامُ
Engkau mempunyai mulut fasih yang menuturkan kalimah-kalimah yang mulia۞  padanya penyaksian, manisan dan keenakan mudam


                لك صدر كلام ربك فِيْهِ۞
فِيْهِ علم وحكمة واحتكام
Engkau mempunyai dada yang padanya terpahat Kalam Tuhanmu ۞ (al Quran)  padanya ilmu, hikmah dan hukum-hakam.


                لك قلب مطهر ونقي۞
لك في الليل يقظة وقيام

Engkau mempunyai hati yang bersih lagi suci ۞   ketika malam, engkau sentiasa jaga bertahajjud kepadaNya.



                لك مشي على الرمال خفي۞
لك في الليل قبلة ومقام
Derapan kakimu terhadap pepasir tidak meninggalkan kesan  ۞  sesungguhnya engkau adalah qiblat (tumpuan) ingatan  para pencintamu dikala malam yang kelam.


                لك شَعر مدعج ذا سواد۞
أينما سرت ظللتك الغمام
Engkau mempunyai rambut yang tidak kerinting lagi berwarna hitam pekat ۞  awan-awanan akan memayungimu dimana-mana sahaja kau lalu dan pergi.


                لك حوض يوم القيامة رُوى۞
منه قوم مصدِّقون كرام

Engkau mempunyai telaga pada Hari Kiamat yang diminum ۞  oleh orang-orang yang siddiqin (benar) lagi mulia.


                عليك من المولَى الكريمِ تحيةٌ۞
مباركةٌ معلومةٌ وسلامُ  

Keatasmu Ya Rasulallah ucapan Tahiyyat  serta salam yang diberkati dari Tuhan Yang Maha Mulia .


(Sayyid Muhammad al Maliki banyak memberikan rangsangan dalam konteks kerohanian, ilmu dan material atas jalan menegakkan sekolah-sekolah Sunnah di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Moga-moga Allah mengurniakan setinggi-tinggi kemuliaan keatasnya, amin.)



556pm 211109 ujang1230

Usik-usik petang... apakah dia syarat bertunang?




    Seorang lelaki telah datang ke rumah keluarga kekasihnya untuk tujuan pertunangan. Lengkap dengan sut serba biru, selepas dipanggil ibunya,dengan tenang dia melangkah masuk ke rumah bakal bapa mertuanya. Tiada langsung rasa gementar dimukanya. Dah bersedia lah katakan.

 Selepas beberapa ketika, tuan rumah mula berkata kepada lelaki itu:
    'Pak cik tengok kamu ni bukan dari kalangan orang-orang kebanyakan macam kami ni. Pakaian kamu, kereta, jam dan cara kamu bercakap membuktikan kata pakcik ni. Kalau nak diikutkan pak cik sebenarnya tak keberatan untuk mengizinkan pertunangan ni. Cuma pakcik ada satu soalan sahaja. Jika anak dapat jawab soalan ini dengan tenang, mudah dan tanpa buat-buat, pak cik terus akan izinkannya tanpa banyak soal lagi.'

    Lelaki itu terus setuju dengan permintaan tuan rumah, sedikit senyuman jelas kelihatan dimuka. Tuan rumah berkata: ' baiklah nak soalannya: dimanakah Allah?'

    Anak dengan tersenyum sinis, sempat mengerling kewajah ibu bapanya, lalu berkata dengan pantas : kat atas langit, pakcik.’

    Sambil berdiri pak cik sedikit  tersenyum, agak dibuat-buat lalu berkata:  minta maaflah nak, pakcik rasa hari dah makin gelap tak elok duduk lama-lama dekat sini. Nanti kena gigit nyamuk kamu juga yang susah.'

'Maksud pakcik apa?' kata pemuda itu.

Pakcik diam membisu.

Pemuda sedikit tertekan, walaupun begitu dia cuba mahu mencari jalan penyelesaian

    Dia berkata lagi : ‘habistu takkanlah pertunangan ini habis begitu sahaja dengan satu soalan sahaja? saya bukanlah mahu berbangga dengan kemewahan yang Allah anugerah pada saya, tapi saya pasti mampu membahagiakan anak pakcik dengan duit yang saya ada......’ dia menyebut kemewahannya.

    ‘ Fasal soalan itu saya akan betulkan jawapannya. Baiklah Allah berada di arasy. betulkan? pakcik...’

    Pakcik menjawab: ‘maaflah nak. Aku berbangga ada orang melayu yang berjaya seperti kau. Kau ada semua yang kau hajatkan dari barang-barang  dunia yang canggih ini. Betul duit itu menyelamatkan dari kemiskinan, tapi akidah itu menyelamatkan kau dari seksa neraka yang berpanjangan! Manakah yang lagi utama kau rasakan? .’

    ‘ Maaf tapi aku terpaksa cakap; kejahilan kau dalam akidah ini amat merunsingkan aku. Bagaimana kau kata kau boleh bahagiakan anakku tu , tapi akidah kau sebegini rupa? Bagaimana kau mampu mendidik anak-anaknya  pula dikemudian hari?

    Bagaimana pula hal-hal ibadatmu?  Bagaimanakah dengan dirimu sendiri? Adakah kau  menyangka wang adalah penyelesaiannya? Oh tidak sesekali, malah pada sesuatu keadaan ia adalah musuh utama kau. Ya nak, sesungguhnya bahagia itu dengan iman yang benar, bukan harta! Baliklah dahulu nak, betulkan peganganmu . Moga kau akan dirahmati Allah’  

    Pakcik memandang tepat ke arahnya memegang kedua-dua bahu pemuda seraya berkata dengan sungguh-sungguh; 'Tuhan itu wujud tanpa memerlukan tempat dan waktu yang tertentu. Bukan diatas bukan di bawah bukan di kiri kanan dsb. Inilah antara pokok-pokok asas akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah pegangan kita semua. Wajib kita mengimaninya, dan tidak harus bagi yang tidak mengetahuinya berlengah-lengah dalam mempelajarinya.’

    ‘Ingatlah nak.pesan pakcik betulkan akidahmu kau akan berjaya. Belajarlah dengan ustaz-ustaz yang bertauliah dan bukan dengan pembacaan semata-mata. Bila sampai waktu kau akan faham apa yang aku kata.’

    Dengan muka yang sugul mahu tak mahu dia terpaksa pulang dengan hati yang hampa. Walaupun begitu dia telah mendapat sesuatu ilmu yang amat berharga. Ada betulnya kata-kata pakcik itu. Dia  tak pernah memikirkan pra-pentingnya akidah dalam konteks dirinya sendiri apatah lagi dalam konteks berkeluarga. Dulu dia hanya leka dengan kerja-kerjanya di pejabat serta berhibur bersama sahabat handai . Kini dia sudah ada azam yang baru untuk hari-hari berikutnya. Ya belajar akidah!  

WAHABI 2

                    بسم الله الرحمن الرحيم  
            وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله
                    ………………………..

PERINGATAN: AGAMAMU DALAM ANCAMAN WAHABI

    Setelah beberapa waktu, rasanya para pembaca sudah bersedia untuk bersama-sama saya menyoroti beberapa lagi permasalahan-permasalahan yang dipropagandakan  oleh puak yang disepakati kesesatannya oleh Imam Mazhab yang empat: WAHABI.

    Melalui lisan Syeikh Haji Muhammad bin Nasib, bekas Qadhi Besar Seremban, marilah kita sama-sama meneliti penyelewangan yang dilakukan mereka, disamping mengetahui jalan-jalan yang diakui  oleh ulama’ Ahli Sunnah dalam menjawab setiap persoalan tersebut.

    Justeru dihadapan pembaca adalah ringkasan dari mutiara kalam-kalam beliau dari kitab KEBATILAN KAUM MUDA, yang membincangkan dalil-dalil penolakan pendapat mereka yang salah ini,  berlandaskan I’tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah pada I’tiqad dan mazhab Syafie pada hukum fekahnya . Masalah-masalah tersebut ialah:  

Penolakan terhadap wahabi yang:
-    Mengingkari Lafaz niat sebelum solat.
-    Mengingkari Qunut Subuh
-    Mengingkari Qadha Solat.
-    Menetapkan keberadaan Allah di atas Arasy
-     Mengingkari talqin mayat.
-    Menolak ulama’ mazhab dan kitab-kitab mereka.
-    Menolak bacaan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم  dan Marhaban.
-    Menetapkan anggota-anggota bagi Allah Taala.  

    Permasalahan qadha solat tidak disebut disini kerana ia telah dibincangkan pada perbahasan yang dahulu. Manakala masalah Qunut Subuh akan ditunda pada perbincangan akan datang untuk meringkaskan teks.

    Moga-moga Allah memudahkan urasan kamu dan saya dalam memahami fahaman yang sesat ini dan In Sya Allah akan menolaknya dengan kefahaman yang benar-benar jazam (yakin)  berlandaskan dalil-dalil yang qot’ie (muktamad) dan tsabit (wujud) disisi al Quran dan al Sunnah, bukan sekadar ikut-ikutan.

     Yakinlah wahai mukminin inilah I’tiqad ulama’-ulama’ kita semenjak zaman salaf al soleh hinggalah hari dibangkitkan kelak, tanpa syak lagi. Moga ia menjadi pegangan kita, keluarga kita, saudara kita, rakan-rakan dan seluruh muslimin muslimat hingga bila-bila.
………………….



1>    Wahabi mengingkari  menyebut lafaz niat untuk solat.

Dalil penolakan:

Rasulullah telah melafazkan niat pada ibadat haji.

Jabir bin Abdullah al Ansori berkata:
‘‘Adalah aku pada tahun Hajjatul Wada’ manakala Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah mandi di Zul Hulaifah (tempat miqat jemaah haji yang datang dari arah Madinah) maka Baginda naik ke atas untanya maka aku mendengarnya mengucap:
                    اللهم  ٳني أريد الحج فيسره لي

Ertinya : ya Allah, sesungguhnya aku hendak mengerjakan haji, maka permudahkannya bagiku.’’

Meskipun Nabi  berlafaz dengan niat haji, ia juga diqiaskan dengan ibadat lain-lain. 

                    خذوا عني مناسككم

Ertinya:  ambillah dariku cara mengerjakan hajiku.

    Dari segi bahasa, nusuk (haji) iu adalah ibadat, apabila nusuk itu maknanya ibadah, maka ia boleh diqiaskan dengan  ibadah lain seperti sembahyang.
………………………

2>    Penolakan terhadap Wahabi yang mengatakan Allah bertakhta di atas arasy kerana hanya mengambil makna zahir ayat :

                    الرحمن على العرش استوى

ertinya: al Rahman (Allah Taala) bersemayam di atas Arasy. Toha:5

Dalil penolakan:

    Maha  Tinggi Allah Taala itu daripada perkara yang disifatkan mereka itu. Kerana makna Istiwa  itu pada pandangan ulama’ khalaf (yang hidup selepas kurun 3H): memerintah dan menguasai Allah atas ArasyNya.

    Jika digunakan istawa itu dengan makna  tetap dan duduk seperti sangkaan mereka yang rosak itu nescaya Nabi tidak akan bersabda :
                ٳذا كان أحدكم يصلي فلا يبصقْ قبل وجهه، فٳن الله قبل وجهه

Ertinya: apabila seseorang kamu sembahyang maka janganlah meludah ke arah hadapan muka kerana Allah itu di hadapan mukanya.

Maka jika Allah itu duduk di atas Arasy maka sudah tentu Nabi tidak menegah kelakuan tersebut.  

                ............................................

3>    Wahabi Mengingkari talqin mayat.

Dalil penolakan:

    Disunatkan talkin mayat yang mukallaf selepas mayat ditanam berdasarkan hadith warid yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Umamah رضي الله عنه , katanya:


ٳذا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقال: ٳذا مات أحد من ٳخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم عند رأس قبره ثم ليقل: يافلان ابن فلانة...... (حتى قوله) :
 فليقل:  أذكر ما خرجت عليه من الدنيا، شهادة أن لا ٳله الله وأن محمدا عبده ورسوله، وأنك رضيت بالله ربا، وبالٳسلام دينا، وبمحمد نبيا، وبالقرآن ٳماما. فٳن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول:  انطلق بنا ما نقعد عند من قد لقّن حجته....الخ

Ertinya: apabila aku telah meniggal dunia, maka uruskanlah jenazahku sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi   صلى الله عليه وآله وسلم. Maka Baginda bersabda :

'' Apabila meninggal dunia salah seorang daripada saudara kamu (di dalam Islam) dan setelah diratai tanah di atas kuburnya, maka hendaklah salah seorang daripada kamu berdiri setentang dengan kepala mayat, kemudian hendaklah mengucapkan:
Wahai Fulan bin Fulanah… (hingga katanya):

Kemudian katakan lagi:
Ingatlah kamu setelah kamu dikeluarkan dari dunia ini akan pengakuan bahawa:
‘‘Tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu hamba dan RasulNya, dan bahawa kamu meredhai  bahawa Allah  sebagai Tuhan kamu, Islam agamamu, Muhammad Nabimu, dan al Quran imammu
.’’
Ketika itu malaikat Munkar dan Nakir saling berpegang tangan dan berkata:  kita kembali sahaja, kerana apa gunanya lagi di hadapan orang yang telah ditalqinkan jawapannya…'' (hingga akhir hadith). 

    Kata Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, pensyarah kitab ini: hadith ini dinaqalkan oleh pengarang kitab fekah di dalam kitab-kitab mereka.

    Antaranya Imam Ramli, Imam Nawawi, Imam Khatib Syarbini dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa Nabi memerintahkan supaya mentalqinkan orang yang telah meninggalkan dunia, yang merupakan peringatan kepada mereka tentang perkara-perkara penting berkaitan I’tiqad, keTuhanan dan lain-lain.    

Inilah dalil yang menjadi sandaran ulama’ Mazhab Syafie dalam masalah talqin.


4>    Wahabi Menolak dan Mengingkari para ulama’, mazhab dan kitab-kitab mereka.

Dalil penolakan:

Berkata pengarang kitab Hasyiah I’anah al Tolibin (1) :
    Tiap-tiap daripada Imam yang empat (Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad ibn Hanbal) di atas jalan yang benar. Dan wajib taqlid pada mazhab salah seorang dari mereka  

Daripada Ibnu Abbas berkata: sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :  pada doanya:

    اللهم ارحم خلفائي. قلنا يا رسول الله ومن خلفاؤك؟ قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:  الذين يأتون من بعدي يروون أحادثي ويعلمونها الناس.      

Ertinya : Ya Allah Rahmatilah khalifahku. Kami berkata: Ya Rasulallah, siapakah khalifahmu? Sabda Rasulullah:  Iaitu mereka yang datang (hidup) selepas kewafatanku yang meriwayatkan hadith-hadithku dan mengajarkannya kepada manusia (para ulama’).
Riwayat al Tabrani di dalam al Ausot.

    Tidak syak lagi bahawa menyampakan hadith kepada muslimin sebagai nasihat bagi mereka adalah perbuatan para Anbiya’. Maka orang-orang yang melakukan perbuatan ini  (para ulama') adalah khalifah  (penganti) bagi penyampai hadith dan nasihat tersebut (iaitu Rasulullah.)
    
Dan Sabda Nabi:
            عليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهتدين من بعدي، عضوا عليها بالنواجذ 

Ertinya :Lazimilah Sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk dari Allah, gigitlah (peganglah kuat-kuat) ia dengan gerahammu.    

Saya berkata (2): ini adalah dalil yang amat ampuh lagi kuat bagi menunjukkan kewajipan mengikut mazhab para ulama yersebut, tanpa syak lagi.
                .........................................

5>    Wahabi Mengingkari Maulid Nabi.

Dalil penolakan:

Berikut adalah fatwa al Hafiz al Suyuti (3)  dalam bab al walimah:
                جرت العادة أن الناس ٳذا سمعوا ذكر وضعه يقومون تعظيما له

Ertinya:  telah menjadi adat, bahawasanya manusia apabila mendengar kisah detik-detik kelahiran Rasulullah, mereka berdiri untuk membesarkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم  .

                .................................................

6>    Wahabi menetapkan rupa badan bagi zat Allah, kerana berpegang dengan zahir al Quran dan Hadith semata-mata.

Mereka ini tidak lain termasuk di dalam sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم :

            أخوف ما أخاف على أمتي رجل متأول للقرآن يضعه في غير موضعه.


Ertinya:  perkara yang paling aku takut berlaku  ke atas umatku adalah lelaki yang mentakwilkan al Quran dengan pentakwilan yang salah.

    Puak beraliran kiri ini (WAHABI) telah menetapkan sifat–sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk yang zahir pada al Quran dan Hadith seperti bertangan, duduk dan lain-lain (Maha Suci Allah dari bersifat sedemikian.)

Saya berkata (4): Mereka telah menafikan  kaedah ahli al Haq dalam memahaminya iaitu sama ada :

    - Dengan cara Ahli Salaf: Menyerahkan maknanya kepada Allah tanpa langsung mentakwil atau     membatalkan atau menerimanya secara zahir makna.

    -Dengan cara Ahli Khalaf : yang mentakwilkan maknanya kepada makna yang layak bagi     Keagungan dan Kebesaran Allah.


    Kedua-dua cara ini adalah kaedah yang sohih mengikut cara Ahli Sunnah wal Jamaah. Mengikut konteks Malaysia sekarang ini, yang majoritinya tidak memahami bahasa arab, adalah lebih selamat untuk mereka memahami al Quran dengan terjemahan Ahli Khalaf iaitu dengan pentakwilan. 

Berikut adalah contoh ayat-ayat mutasyabihat beserta takwilannya yang tepat.
1)                ويبقى وجه ربك ذو الجلال والٳكرام

Ertinya: dan kekallah Wajah  Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

    Dalam konteks ayat ini, yang dikehendaki dengan wajah  itu adalah zat, bukan muka. Oleh itu maknanya:   dan kekallah Zat Tuhan engkau, ya Muhammad, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
  

2)                    بل يداه مبسوطتان

Ertinya: bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka.

Ulama’ telah berselisih pendapat tentang menentukan makna (يداه) atas dua pendapat.

I.    Pendapat salaf dan ulama’ Ahli Sunnah serta sebahagian Mutakallimin (ulama’ usuluddin). Kata mereka:
Bahawasanya Tangan Allah   itu satu sifat dari beberapa sifat ZatNya, seperti Sama’ (mendengar), Basar (melihat) dan muka. Maka wajib beriman dengannya dan menetapkan sifat ini bagi Allah tanpa kaifiyat dan tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk).   

II.    Pendapat Jumhur Mutakallimin dan Ahli Takwil.
Bahawasanya mereka mengatakan bahawa Tangan Allah itu telah diertikan dengan banyak maksud;  anggota dan nikmat dan qudrat (kekuatan) dan mulk (kerajaan dan kekuasaan.)
Adapun (sesiapa yang menafsirkan) makna  Tangan Allah itu anggota jasad, maka ia ternafi dengan saksi-saksi dari aqal dan naqal (al Quran dan Hadith.) Maha suci Allah seperti sangkaan mereka yang sesat lagi menyesatkan itu.

      Maka makna (يداه ) tangan  yang tepat disisi jamaah ulama ini ialah  nikmat dan qudrat (kekuatan) dan mulk (kerajaan dan kekuasaan), bukannya anggota badan.



3)                    واصبر لحكم ربك فٳنك بأعيننا  

Ertinya: sabarlah wahai Muhammad bagi hukum Tuhanmu, kerana bahawasanya engkau itu di dalam peliharaan kami (yang mana maksud lahiriahnya ialah pada mata-mata kami). Maksudnya : dengan sekira-kira kami lihat akan dikau.   

    Maka tidaklah Allah itu bermata seperti sangkaan mereka itu yang fasid kerana makna (أعين) itu peliharaan.
 


                    .....................................

End Note

(1) Hasyiah Ianah al Tolibin Jilid 1, H:29
(2) iaitu penulis blog ini.
(3) Perlulah diketahui bahawa al Hafiz al Suyuti bukanlah calang-calang ulama’, dan seharusnya fatwanya menjadi ikutan setiap yang mengetahuinya. Beliau seorang imam besar pengarang kitab-kitab yang masyhur antaranya Tafsir al Jalalain,lahir pada 849H/1445M dan wafat pada 911M/1505M. Merupakan al Hafiz iaitu ulama’ yang telah menghafaz dan menguasai ratusan  ribu hadith beserta sanad dan matan.

    Antara kehebatannya seperti yang disebut oleh beliau sendiri lantaran menyebut nikmat-nikmat Allah ke atasnya: ''al Hafiz Ibn Hajar telah menghafaz hampir 200 ribu hadith, Syeikh Uthman al Dimi mengafaz sebanyak 20 ribu hadith, manakala aku telah menghafaz sebanyak 200 ribu hadith. Sekiranya ada orang yang lebih banyak menghafaz dari itu, pasti aku akan menghafaz lebih daripadanya.''

    al Laknawi pula menyifatkan beliau sebagai  Mujaddid (pembaharu agama) kurun ke-9 dan  penutup ahli Hafiz. Lihat Imam Suyuti karangan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki. Cetakan Abnak Production. Mac 2001 
(4) iaitu penulis blog ini.     


ujang1230
23.11.09









Friday, November 13, 2009

Anti-Wahabi

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلي وسلّم على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وصحبه
أما بعد

Wahabi itu sesat jadi…



    Sejak dari dulu lagi para ulama’ nusantara terutamanya Malaysia yang tercinta ini telah bertungkus lumus membenteras jenayah akidah dari meluru masuk kebenak hati-hati umat Islam di negara ini. Namun dewasa ini, nampaknya puak-puak beraliran kiri ini masih tidak jemu-jemu untuk menyesatkan umat dengan bertopengkan dakwah, ukhuwah, persatuan dan lain-lain lagi.  Berbekalkan sebaris dua ayat al Quran, dan dengan kefahaman cetek mereka terhadap maksud tersurat apatah lagi yang tersirat, mereka telah berjaya meracuni pemikiran umat dari peringkat  orang awam  hingga ke golongan elit, lalu menyebabkan perpecahan dan perbalahan antara muslimin, yang pasti  tidak diredhai Allah dan RasulNya. Tidak lain tidak bukan itulah musuh dalam selimut kita; 


WAHABI @ SALAFI @ MUHAMMADIAH ( di Indonesia ) @   KAUM MUDA (nama lama) !!!


    Hari ini kita tak perlu gentar untuk menyelar fahaman sesat ini. Semudah mudah dalil untuk menunjukkan KESESATAN mereka ialah penolakan mereka terhadap taqlid mazhab yang empat dan penolakan mereka kepada ijma’ ulama.

    Adakah wajar kita berdiam diri tunduk takut dan seolah-olah redha terhadap orang yang telah menghina dan merendah-rendahkan institusi ulama’ silam yang terkenal dengan gedung-gedung ilmunya?
    Adakah dengan berbekalkan segulung ijazah kedoktoran  mereka layak untuk mengkritik dan meletakkan nama-nama tuan-tuan guru kita di tempat yang tidak selayaknya? Apakah terdapat doktor-doktor dan cerdik pandai yang mampu melakukan seperti mana yang dilakukan  oleh Syeikh al Islam Ibnu Hajar al Asqalani dan al Imam Nawawi dalam khidmat mereka terhadap Sunnah Rasulullah? (1)

    Mungkin inilah zaman yang diminta Rasulullah agar dijauhkan daripada berlakunya:
Dari  Sahl bin Saad al Sai’di berkata Rasulullah bersabda: ya Allah jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti  lagi dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi . Hati mereka seperti hati orang ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah  orang Arab (pada fasihnya). Hadith riwayat Ahmad. (2)

    Rasanya tak perlu aku memanjangkan bicara kerana waktu itu amat berharga. Disini biarlah Syeikh Muhammad Syafie ibn Abdullah Rengkol Lengkih Fatani pensyarah kitab Ta’lim al Mutaa’llim yang masyhur sendiri memjawab fenomena yang telah pun berlaku sejak zaman beliau sendiri.

    Tulisan asal adalah dengan tulisan jawi lama dan dengan bahasa melayu lama, tetapi saya akan cuba untuk memudahkan bahasa untuk kemudahan kita semua. Jika perlu, sila rujuk semula kitab asal ‘Pelita Penuntut’ ms 11-14, cetakan al Maarif Snd Bhd. 

………………………………


Kata Syeikh Muhammad Syafie al Fathani  رحمه الله  :

    Demikian lagi (terdapat sebuah kumpulan) yang sangat-sangat  karut  dan sangat-sangat sesat lagi menyesatkan orang awam ialah satu puak yang banyak timbul pada zaman sekarang yang bergelar KAUM MUDA (WAHABI).

Sifat-sifat.

    Antara sifat-sifatnya ialah memegang  zahir (makna luaran) Hadith dan ayat al Quran semata-mata, tanpa takwil dan tanpa dikerjakan muqayyad mutlaqnya, khas dan a’m dan nasikh dan mansukhnya. Mereka hanya mengambil mana-mana ayat atau hadith lalu menjadikannya dalil tanpa berfikir dengan lebih dalam dan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.
    Selain itu mereka menafikan apa-apa hukum yang tidak terdapat pada zahir Al Quran dan   Sunnah,  dengan itu mereka menafikan ijma’ ulama’ dan qias dan taqlid mazhab yang empat.  Oleh itu mereka membatalkan kaedah-kaedah semua ulama’ mazhab tersebut, dan mereka membatalkan hukum yang tsabit dengan ijtihad dan qias.
     Dengan cara ini mereka telah mencerca talqin mayat, fidyah puasa, fidyah sembahyang, lafaz berniat solat dan lain-lain lagi. (3)

 Panah beracun

    Mereka menghafaz pelbagai hadis dan ayat al Quran supaya ia menjadi hujjah terhadap orang awam, menipu daya orang ramai untuk meyakinkan bahawa mereka adalah dijalan yang benar.  Mereka juga mengakui diri mereka sebagai mujtahid yang mampu mengeluarkan hukum dari ayat dan hadith dengan sendiri, serta mengaku bahawa perjalanannya seharian  mengikuti sunnah Rasulullah.
    Malang sekali kebanyakan mereka tak pernah dilihat dalam pengajian (4)  (ilmu-ilmu agama hingga melayakkan mereka untuk berijtihad seperti )  Usul Fiqh dan Mustolah Hadith dan majaz istia’rah dan lain-lain ilmu alat.  Lebih memalukan, ilmu alat  paling asas  iaitu Nahu dan Sorof serta perbendaharaan Bahasa Arab juga masih belum dikuasai (maka bagaimanakah mereka berkata dengan mudahnya mampu memahami lantas mengeluarkan hukum terus dari al Quran dan Hadith?!). Selain itu mereka juga tidak menjaga maruah dan kedudukan sebagai penuntut ilmu (yang melayakkan mereka digelar mujtahid) seperti makan di kedai-kedai, menjauhi serban (5) ; maka beginikah  orang yang mengaku diri sebagai mujtahid dan mengikut sunnah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  ?!

Adakah ini kelakuan seorang mujtahid?!

    Berkata Syeikh Abdul Rahman Mufti Hadramaut  di dalam Bughyah al Mustarsyidin: 
‘Masalah pertama:  (pada zaman ini terdapat) golongan yang banyak menuntut ilmu, dan mentelaah serta mengkaji kitab-kitab samada tafsir, hadith dan feqah. Dengan sedikit kecerdikan mereka berangapan bahawa mereka telah  memahami dan menguasai apa yang dibacanya  malah mereka mempunyai tanggapan  yang keras (fanatik) terhadap pandangan mereka.

    Kebanyakan mereka itu amat sesat dan menyesatkan usul-usul agama dan jalan Sunnah Penghulu Segala  Rasul  صلى الله عليه وآله وسلم  . Maka jalan mereka adalah dengan menolak karangan-karangan ahli ilmu ,tidak terikat pada mazhab tertentu malah cenderung kearah berijtihad. Mereka menyangka mampu mengistinbatkan hukum dari Al Quran dan Hadith walhal tidak mempunyai syarat-syarat ijtihad yang mu’tabar disisi ahli ilmu (ulama’).

    Tidak cukup dengan itu, mereka menyuruh orang awam untuk mengikuti suruhan-suruhannya dan berpegang dengan idea-ideanya serta mengikutinya kerana beranggapan dirinya sudah menjadi seorang mujtahid.

    Maka orang yang mengaku ‘mujtahid’ ini wajib bertaubat
dan kembali kepada jalan yang benar, dan meninggalkan dakwaan-dakwaan salahnya itu.

    Sudah terang lagi bersuluh, apabila mereka melontarkan (menolak pendapat) karangan-karangan ulama’ muktabar, maka dengan apakah mereka berpegang, sedangkan mereka tidak sekali-kali pernah berjumpa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan juga tidak pernah bertemu dengan walau seorang dari para sahabat Baginda رضوان الله عليهم .

    Kalau ada  pada ilmu walau sebesar kuku sekalipun maka itu semuanya dicedok dari karangan-karangan  ulama malah dari kata-kata ulama’ itu sendiri. Jika ulama’-ulama’ ini sesat dan buku-bukunya menyeleweng, maka dari manakah mereka bertemu dengan hak (kebenaran) yang betul? Maka katakanlah!.’

    Hal ini amat dipersetujui oleh Syeikh Muhammad Syafie dan menambah perbahasan dengan katanya :
Tidak harus bagi orang yang berakal menyalahi para ulama terutama Imam Mazhab yang empat رضوان الله عليهم  kerana kebanyakan kata-kata mereka diambil dari Al Quran dan Hadith, maka bagaimanakah mereka boleh menyalahinya?!

Permasalahan Ijtihad.

    Adapun mengenai ijtihad dizaman ini, maka ia amat jauh dari realiti kehidupan zaman kini. Berkata Syaikhan begitu juga  Fakhru al Razi : seolah-olah telah ijma’ ulama’ bahawa tidak akan ada mujtahid (mutlak seperti zaman ulama’ dahulu kala.)

    Dinaqalkan oleh Ibn Hajar daripada sebahagian ulama Usul Fiqh bahawa; selepas zaman Imam kita al Syafi’e, tidak ada lagi mujtahid (mustaqil). Selesai kata Imam Ibn Hajar.

    Dengan (masalah-masalah yang telah diutarakan) ini maka nyatalah bahawasanya puak yang digelar Kaum Muda (wahabi/salafi dizaman moden ini), sesat lagi menyesatkan dan amat jauh dari kebenaran. Mereka itu bukanlah bertujuan mencari jalan untuk mendirikan agama atau  beramal dengan amalan akhirat, tetapi semua itu dilakukan untuk menunjukkan seolah-olah mempunyai kelebihan daripada ulama’ yang alim lagi mu’tabar. Malah mereka mahu dianggap lebih mulia, betul dan alim dari para ulama’ dahulu termasuk Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah رضي الله عنهما dan lain-lain .

    Sebab mereka tidak lain tidak adalah supaya disanjung oleh masyarakat, dimuliakan kaumnya, disamping kemewahan duniawi berbentuk pakaian, makanan dan tempat tinggal, bukan untuk keredhaan Maha Pencipta. Semua ini hakikatnya meruntuhkan institusi amalan dan agama itu sendiri.

    Merekalah insan-insan yang telah tertipu dengan tipu daya syaitan musuh kita, musuh Allah dan RasulNya selama-lamanya.

Taqlid Mazhab Ulama’

Bagaimanakah kita boleh membetulkan I’tiqad mereka sedangkan mereka sejak awal lagi
1)    Tidak membenarkan qawaid Ulama’
2)    Menegah taqlid Ulama’
3)    Menghina mazhab-mazhab dan ijtihad para Ulama’nya termasuk Imam Syafie?!


Oleh itu wajib kita mengingkari mereka dan mendustakan fahaman mereka, kerana terlalu banyak dalil-dalil yang menyuruh kita mengikut dan bertaqlid dengan ulama’.

Antaranya Sabda Nabi  صلى الله عليه وآله وسلم yang ertinya :
    Belajarlah ilmu kerana ia (membawa kepada) takut Allah dan menuntut ilmu itu ibadah…hingga sabdanya: Allah telah  mengangkat kemuliaan sebahagian kaum dengan ilmu yang dimilikinya, dan dengan ilmu ini mereka menjadi ikutan, penyampai dan imam dalam melakukan kebaikan, justeru kesan-kesan sejarah mereka diceritakan dan perbuatan-perbuatan hingga pemikiran serta pandangan mereka itu diikuti (lihat perkataan  kesan-kesan sejarah mereka diceritakan dan perbuatan hingga pemikiran serta pandangan mereka diikuti.)

Hadith ini diriwayatkan daripada Muaz oleh Ibn  Abdul Bar, katanya: hadith ini Hasan.


Dalil yang lain ialah sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :

أفضل الناس المؤمن العالم الذي ٳن احتيج ٳليه نفع وٳن استغن عنه أغنى نفسه.

Ertinya: seafdhal-afdhal manusia ialah mukmin yang alim; jika dihajatkan maka dia akan memberi manfaat, jika tidak maka dia terus dengan pekerjaan hariannya dan tidak menyusahkan orang lain.
Riwayat  oleh al Baihaqi.

    Kedua-dua hadith ini terang menunjukkan suruhan mengikut ulama’-ulama’ mazhab, ia soreh (nyata) pada hadith yang pertama dan secara mafhum bagi hadis kedua, kerana tiada manfaat bagi orang alim melainkan untuk diikuti dan ditaqlid. Oleh itu bagaimanakan puak yang menyimpang ini mengharamkan taqlid, maka sudah tentu tidak sah dakwaan tersebut.

    Maka jika mereka berdalih dan berkata:  ‘‘bukan yang kami maksudkan dengan tak boleh ikut ulama dan taqlid itu secara mutlak (total),  hanya tidak boleh mengikut mereka pada hal-hal yang menyalahi al Quran dan Hadith. Jika ia muafakat (bertepatan) dengan Al Quran dan Sunnah maka dibolehkan taqlid.’’    

     Maka dalam kata-kata mereka ini ada duri dalam daging, iaitu kesalahan yang perlu dikupas perlahan-lahan, kesalahannya ialah:

1)    Menyalahi zahir hadith  yang pertama
2)    Tidak dinamakan taqlid jika sudah tahu akan dalil-dalilnya.
3)    Kenyataan   ulama’ itu adalah pendapat dan ijtihad mereka yang tidak bersalahan dan tidak bertentangan dengan al Quran dan Hadith. Hukum-hukum ini  didapati dengan kemampuan mereka mengistinbatkan hukum dari kefahaman secara umum terhadap al Quran, yang mana hukum-hukum ini  tidak terdapat dalam nas al Quran dan hadith  yang soreh (jelas). Hal ini terjadi kerana mereka lebih memahami makna ayat tersebut lebih mendalam, sedangkan akal KAUM MUDA itu terlalu senteng untuk memahaminya dan apatah lagi untuk menyelaminya.


Gesaan Mengikut Imam al Syafie رضي الله عنه  dan mazhabnya.

    Selain itu telah tsabit (tetap) hadith suruhan mengikut taqlid ini, dan tak pernah pula sekali-kali wujud hadith yang melarangnya, terutama suruhan mengikut Imam kita al Syafie.

    Hal ini kerana telah tsabit bahawa beliau adalah berbangsa Quraisy, kerana beliau anak Idris bin al Abbas bin Uthman bin Syani’ bin al Saib bin Abdullah bin Abd Yazid  bin Hasyim bin al Muttalib bin Abd al Manaf  bin Qusai hingga akhirnya. Nabi kita Sayyidina Muhammad صلى الله عليه  وآله وسلم  pula anak Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abd al Manaf  bin Qusai hingga akhirnya. Maka nasab keturunan  imam kita bertemu dengan nasab keturunan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pada nenda kedua-duanya Abd al Manaf.

    Oleh sebab  Imam Syafie itu pasti dari kaum Quraisy maka termasuklah beliau dalam golongan aimmah (imam-imam) yang disabdakan Rasulullah:

الأئمة من قريش

Ertinya:  imam-imam itu dari bangsa Quraisy. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maksud imam-imam ialah orang-orang yang menjadi ikutan.

Tersebut pada Sohih Muslim daripada Jabir berkata:  sabda Nabi

الناس تبع لقريش في الخير والشر

Ertinya : manusia itu mengikut Quraisy dalam kebaikan dan kejahatannya.

Sada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم lagi:

ٳن عالم قريش يملأ طباق الأرض علما

Ertinya: bahawasanya ada seorang alim  Quraisy akan memenuhi  muka bumi dengan ilmunya. 
Maksud yang alim yang ditentukan di dalam hadith tadi ialah Imam kita al Syafie.

    Penentuan ini jatuh ke atas Imam Syafie. Ini  kerana pada zaman sahabat fatwa dan hukum hakam tidak terlalu banyak dan terhad pada yang telah jatuh hukumnya. Para ulama yang mengikuti zaman selepas itu daripada pengarang kitab-kitab pula tidak berbangsa Quraisy sehingga kelahiran Imam Syafie. Dan tidak ada seorangpun dulu dan masa yang terkemudian yang bersifat dengan sifat-sifat ini, maka tsabitlah dan tetaplah bahawa yang dikehendaki dengan yang alim itu ialah Imam al Syafie.

    Sesungguhnya dalil yang amat kuat tentang suruhan mengikut Imam Syafie dan pujian tehadapnya amatlah jelas, maka bagaimanakah taqlid ini dapat diingkarkan?!. Jika benar tidak boleh ikut ulama’ dan haram taqlid, sudah tentu Nabi kita tidak bersabda sedemikian rupa, kerana Nabi itu penghulu sekelian Rasul-rasul dan Anbiya’ serta sekelian makhluk; yang amat suci  daripada jahil kekurangan pada akal dan syara’. Tiada seorang pun yang  mengingkarkannya melainkan orang yang jahil atau zalim yang a’suf (membuta tuli)!

Tahlil Arwah(6)

    Antara lain yang menjadi medan perbahasan kaum muda adalah pengingkaran mereka terhadap sampainya pahala kenduri tahlil kepada si mati. Termasuk dalam skop ini, niat bersedekah untuk diniatkan pahalanya bagi arwah.

    Mereka berpendapat amalan ini tidak sampai kepada si mati dan tidak bermanfaat. Tetapi kata-kata yang rapuh ini mudah sahaj dihancurkan dengan dalil-dali. Antaranya:

    Setengah dari khabar Saad bin Ubadah, katanya:  ya Rasulallah bahawasanya ibuku sudah mati, maka adakah boleh aku bersedekah daripadanya (untuk dihadiahkan pahalanya kepada ibuku?). Sabda Baginda صلى الله عليه وآله وسلم : bahkan. Berkata Saad lagi:  apakah sedekah yang terafdhal? Sabda Baginda lagi  صلى الله عليه وآله وسلم memberi minum air.
Diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain.

Dalil yang lain ialah sabda Rasulullah :

ٳن الله تعالى يرفع درجة العبد في الجنة باستغفار ولده

Ertinya : sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم : sesungguhnya Allah Taala mengangkat kedudukan hamba di dalam syurga dengan istighfar anaknya.
Hadith riwayat Muslim.

Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم :

ٳذا مات ابن آدم انقطع عمله ٳلا من ثلاث صدقة جارية  وعلم ينتفع به  وولد صالح يدعو له.
Ertinya: apabila mati  anak Adam maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara: sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

    Kesemua dalil-dali ini mununjukkan sampai pahala dan manfaat amalan orang hidup terhadap orang yang sudah mati.(7) 

Dalil golongan kiri.

Mereka bersandar pada ayat:
وأن ليس للٳنسان ٳلا ما سعى
Ertinya: dan bahawa sesungguhnya tiada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.
 Al Najm: 39

Kata Syeikh Muhammad Syafie رضي الله عنه;
    Ayat ini umum dan ia telah ditakhsiskan dengan hadith-hadith tadi. (Ertinya semua manusia mendapat belasan nikmat mahupun sebaliknya bergantung dengan amalan yang dilakukannya sendiri didunia, tetapi dalam waktu yang sama juga mendapat balasan dengan bacaan doa kepadanya atau amalan-amalan soleh yang dihadiahkan pahalanya kepadanya.) Pendapat yang lemah (qil) pula menyatakan; ia mansukhah atau ditanggungkan atas perkara maksiat.

Penutup

    Selain ini ada banyak lagi perkara-perkara yang diingkari oleh kaum muda dengan pelbagai dakwaan batil dan tohmahan ke atas amalan tersebut. Serta banyak lagi perkara-perkara yang menunjukkan kesesatan mereka ini. Tetapi memadailah sekadar ini bagi  orang yang berakal fikiran, moga-moga kita tidak tumpang sekaki sesat bersama dengan orang-orang yang sesat ini dan terlepas dari kesesatan dan tipu daya mereka (Wahabi.) Wallahu A’lam.

    Rujukan bahas ini saya (Syeikh Muhammad Syafie al Fathani رضي الله عنه ) ambil dari kitab Ihya’ Ulum al Din oleh Imam al Ghazali dan  kitab al Majmu’ oleh Imam al Nawawi serta beberapa kitab-kitab fekah yang muktabar.
…………………………………….

Harapanku...

    Moga Allah merahmati penulis Syeikh Muhammad Syafie ibn Abdullah al Fathani serta menjaga iman kita, keluarga dan para pemimpin diikuti seluruh muslimin dan muslimat, yang seterusnya menjanjikan tertegaknya akidah yang benar ini di Malaysia khususnya dan diseluruh dunia amnya, sampai bila-bila.

Sesungguhnya kepadaNya sahaja aku berserah dan hanya Dialah tempat terhadap pergantunganku pada segenap urusanku.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم 


والحمد لله رب العالمين


.......................................................................................................................................................


End Note

(1) Imam Abu Hasan al Asya’ri, oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki ms: 29

(2) 40 Hadith Peristiwa Akhir  Zaman oleh Syeikh Fahmi Zam Zam ms : 73

(3) Sangat banyak propaganda yang dicanangkan mazhab ini, tiada lain melainkan untuk mendapat populariti dan  sebab berlakunya ialah kefahaman yang salah dalam agama. Moga Allah menghentikan niat keji mrereka. Antaranya ;
-    Menhina Allah dengan menyamakanNya dengan makhluk
-    Menghina Rasulullah dengan menyamakannya dengan orang biasa, kata mereka seperti posmen yang menyampaikan ‘surat’ al Quran lalu mati seperti orang biasa.
-    Menghina ulama yang tak sealiran dengan mereka hingga tahap mengkafirkan kebanyakan mereka, seperti memanggil Imam Abu Hanifah dengan Abu Jifah (bapa bangkai) dan banyak lagi!

(4) Inilah hakikat ‘pengajian‘ mereka. Berasa cukup dengan sekadar membaca tanpa memerlukan bimbingan guru  , lalu memahamkannya dengan kefahaman mereka yang senteng, akhirnya menubuhkan idea-idea yang bertentangan langsung dengan I’tiqad sbenar Ahli Sunnah.

(5) Jika dilihat ditimur tengah, puak ini hanya memakai egal dan meninggalkan serban dan kopiah yang lebih dekat dengan Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  .

(6) Ini juga masalah yang kerap ditimbulkan oleh pentaksub ajaran  ini, hingga menyebabkan perbalahan; bermula antara  adik-beradik hingga ke peringkat orang awam  di sesebuah kampung. Perkara  furu’/kecil dalam agama ini tidak seharusnya menghalalkan caci maki antara mereka, hasad dengki dan permusuhan yang berlarutan. Moga-moga Allah menghentikan niat buruk mereka  dan menjaga hal ehwal kita.

(7) Telah ijma’ ahli al haq tentang keharusan  bacaan al Quran kepada mayat (bagi orang yang hidup sama ada anak atau orang yang tidak ada pertalian darah dengannya). Kata  Imam al Syafie: jika mereka membaca di atas kuburnya beberapa ayat dari ayat-ayat al Quran, maka ia adalah baik. Jikalau mereka membaca keseluruhan al Quran, ia adalah lebih baik.  Ini di naqalkan oleh Imam al Nawawi di dalam Riadh al Solihin. Lihat Aqidah Islam, Aqidah Yang Diakui Fakulti Usuluddin Universti al Azhar, terjemahan Syeikh Muhammmad Fuad. Ms 68-69



150am 5.11.09 ujang1230

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan