MAAHAD AS SOFA merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang dikelolakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (No.Pen.0202/04/9). Maahad ini memberikan penekanan kepada pengajian ilmu agama dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan ayat-ayat al Quran.
Bagi mencapai matlamat tersebut, maahad ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi ulama’ yang belajar secara menghafaz matan-matan ilmu dan ayat-ayat al Quran. Di samping itu juga, para pelajar turut diajar dengan mata pelajaran akademik oleh guru-guru yang berkelulusan dan berpengalaman.
Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai ilmu agama dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran Maahad ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli profesional Islam yang hebat.
FALSAFAH : “Membentuk llmuwan Islam Yang Profesional, Bertaqwa dan Terbilang” Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai ilmu agama dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran Maahad ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli profesional Islam yang hebat.
OBJEKTIF :· Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama’ silam
· Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil
· Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
· Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar dengan al Quran dan Sunnah
· Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuan Islam yang profesional dan berwawasan.
PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN :
1. TINGKATAN 1 / I’DADI
2. TINGKATAN 4 / THANAWI 1
2. TINGKATAN 4 / THANAWI 1
( dan seterusnya mengikut perubahan sesi persekolahan bagi tahun baru )
SUBJEK YANG DITAWARKAN :
TING | HIFZ AL QURAN | AKADEMIK | I’DADI / THANAWI |
TING 1 / I’DADI 1 | Juzu’ 1 hingga 6 | ·Bahasa Melayu ·Bahasa Inggeris ·Bahasa Arab ·Pendidikan Islam ·Sains ·Matematik ·Kemahiran Hidup ·Sejarah ·Geografi | ·Nahu (Matan al Ajrumiyyah) ·Tauhid (Aqidah al Awam) ·Hadith (Arba’un al Nawawiyyah) ·Feqah (Safinah al Najah) ·Sirah (Nur al Uyun) ·Insya’ ·Mutala’ah |
TING 4 / THANAWI 1 | Juzu’ 1 hingga 7 | SPM · Bahasa Melayu · Bahasa Inggeris · Bahasa Arab Tinggi · Pendidikan al Quran dan Sunnah · Pendidikan Syariah Islamiah · Sains · Matematik · Sejarah | · Tauhid (Jala’ al Afham) · Tafsir (Sofwah al Tafasir) · Feqah (Nail al Raja’) · (Tasawwuf) Bidayah al Hidayah · Sirah (Nur al Uyun) · Hadith (Syarh Arba’in al Nawawiyyah) · Ulum Hadith (al Qawaid al Asasiyyah fi Mustolah al Hadith) · Ulum al Quran (al Qawaid al Asasiyyah fi Ulum al Quran) · Usul Fiqh (Syarh Manzumah al Waraqaat fi Usul al Fiqh) · Nahu dan Saraf (Tuhfah al Saniyyah) · Insya’ dan Mutala’ah |
TINGKATAN 1 / I’DADI · Sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR
· Berminat dan mampu menghafaz al Quran
· Mahir membaca al Quran dan menulis jawi
TINGKATAN 4 / THANAWI 1
· Memiliki asas Bahasa Arab
· Mahir membaca al Quran dan menulis jawi
· Berminat dan mampu menghafaz al Quran
KELEBIHAN YANG DISEDIAKAN
Sistem pengajian bersanad. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian kitab yang disediakan akan dianugerahkan sanad dan ijazah. Pengambilan ilmu secara talaqqi. Berpeluang mengikuti Majlis Khatam Sohih al Bukhari pada setiap bulan Rejab.
· Hafiz al Quran
Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz di bawah bimbingan guru al Quran yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri.
Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz di bawah bimbingan guru al Quran yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri.
· Kemahiran Berbahasa
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
· Penterjemahan
Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku.
Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku.
· Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri serta berpengalaman
Tenaga pengajar yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri serta berpengalaman
· Program Bersama Ulama’ Dunia Islam
Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari Timur Tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke madrasah ini.
Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari Timur Tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke madrasah ini.
· Sistem Pentarbiahan Mengikut Salafussoleh
Pelajar ditarbiah membudayakan akhlak salafussoleh dan mempraktikkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan wirid secara konsisten dan sistematik.
Pelajar ditarbiah membudayakan akhlak salafussoleh dan mempraktikkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan wirid secara konsisten dan sistematik.
· Biasiswa
Pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan bersungguh-sungguh. Diberi keutamaan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan bersungguh-sungguh. Diberi keutamaan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
· Perpustakaan
Kemudahan perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan.
Kemudahan perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan.
· Kelas Komputer
Pelajar berpeluang mengikuti kelas komputer dan mempelajari kemahiran yang disediakan.
Pelajar berpeluang mengikuti kelas komputer dan mempelajari kemahiran yang disediakan.
· Kemudahan Penginapan
Penginapan yang selesa dan mempunyai panorama yang indah.
Penginapan yang selesa dan mempunyai panorama yang indah.
· Penyediaan silibus berdasarkan KBSM Kementerian Pelajaran Malaysia dan pengajian Islam tambahan disusun berdasarkan idea dan seliaan pakar-pakar berikut :
- Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki (Pakar Hadith dari Makkah al Mukarramah)- Al Mufassir Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki (Pakar Tafsir dari Makkah al Mukarramah)
- Al Muhaddith Sayyid Muhammad Abdul Ba’ith ibn Ibrahim al Kitani (Pakar Hadith Mesir)
- Al Usuli Dr. Umar Kamil (Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam di Arab Saudi dan Wakil Hubungan Antara Maahad as Sofa dan Universiti al Azhar)
- Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan).
SENARAI YURAN DAN KEPERLUAN SEKOLAH SESI 2009
A. Bayaran Yuran Persekolahan
Jenis Yuran | Bulanan (RM) | Tahunan (RM) | Keseluruhan (RM) | Jumlah (hari pendaftaran ) |
Pendaftaran | 300.00 | 300.00 | ||
Persekolahan | 120.00 | 120.00 | ||
Makan | 225.00 | 225.00 | ||
Asrama | 45.00 | 45.00 | ||
Komputer | 10.00 | 10.00 | ||
Hemat Diri | 100.00 | 100.00 | ||
Cagaran | 200.00 | 200.00 | ||
Jumlah | 400.00 | 300.00 (1X) | 300.00 (1X) | 1000.00 |
BIL. | PERKARA | TING. 1 | TING. 4 |
1 | Buku Kerja Akademik 1.1 Bahasa Melayu 1.2 Bahasa Inggeris 1.3 Mathematics 1.4 Science 1.5 Sejarah 1.6 Geografi 1.7 KH (Perdagangan) 1.8 Pendidikan Islam 1.9 Pend. Syariah Islamiah 1.10 Pend. Al Quran & Sunnah 1.11 Buku Kerja Bahasa Arab 1.12 Buku Kerja Bahasa Arab Tinggi | RM4.20 RM4.20 RM4.20 RM7.95 RM4.20 RM4.20 RM6.90 RM5.00 RM7.90 | RM4.50 RM4.50 RM4.50 RM7.95 RM4.50 RM5.00 RM5.00 RM8.50 |
2 | Buku Tulis ( 20 buah x RM0.70 ) | RM14.00 | RM14.00 |
3 | Buku Amali / Nota ( 5 buah x RM1.80 ) | RM9.00 | RM9.00 |
4 | Exam. Pad A4 ( 2 x RM2.00 ) | RM4.00 | RM4.00 |
5 | Buku Peraturan Sekolah | RM5.00 | RM5.00 |
6 | Buku Peraturan Asrama | RM3.00 | RM3.00 |
7 | Rekod Kemajuan Hafazan Pelajar | RM8.00 | RM8.00 |
8 | Kad Perpustakaan | RM2.00 | RM2.00 |
9 | Kad Makmal Komputer | RM2.00 | RM2.00 |
10 | Baju Rasmi ( lelaki ) | RM40.00 | RM40.00 |
11 | Baju Rasmi ( perempuan ) | RM45.00 | RM45.00 |
12 | Set Cadar Sekolah | RM35.00 | RM35.00 |
13 | Ahli Koperasi Sekolah | RM5.00 | RM5.00 |
14 | Yuran Peperiksaan | RM10.00 | RM10.00 |
15. | Kad Matik Pelajar | ||
16 | Baju ‘T’ Sekolah Lengan Panjang (P) | ||
17 | Baju ‘T’ Sekolah (L) | ||
18 | Kopiah Rasmi | ||
19 | Samping Maahad | ||
20 | Track Bottom Maahad | ||
Jumlah ( lelaki ) ( perempuan) | RM185.75 RM190.75 | RM181.45 RM186.45 |
“MEMBENTUK ILMUAN ISLAM YANG PROFESIONAL, BERTAQWA & TERBILANG”
(AZDIYAH BT. OTHMAN)
Pengetua
Maahad As Sofa.
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH :
Pelajar Lelaki
· Baju Melayu Moden warna Kelabu Terang
· Seluar Panjang Hitam
· Songkok Hitam
· Kasut Hitam
Pelajar Perempuan
· Baju Kurung Kelabu Terang
· Kain Susun Hitam
· Tudung Labuh Putih
· Kasut Hitam
PAKAIAN ASRAMA:
Sopan dan Menutup Aurat
PERMOHONAN :
Permohonan dibuka sekarang. Sesi pendaftaran pelajar baru akan bermula pada 10 Januari 2009. Pengambilan pelajar adalah terhad. Pelajar yang berminat bolehlah mengisi borang yang disediakan bagi memohon Borang Permohonan Kemasukan Maahad as Sofa kepada:
BORANG PERMOHONAN MASUK : PENDAFTAR
MAAHAD AS SOFA
Kompleks Yayasan Sofa
71350 Kota
N.Sembilan Darul Khusus
MAAHAD AS SOFA
Kompleks Yayasan Sofa
71350 Kota
N.Sembilan Darul Khusus
Atau,
Menghubungi terus:
Talian kami: Tel/ Faks : 06 445 0363 / Cik Nurul Huda : 019 384 9676Menghubungi terus: