بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
SIRAH SAYYIDINA MUHAMMAD
صلى الله عليه وآله وسلم
صلى الله عليه وآله وسلم
Payah Getir Dakwah al Muhammadiah
Ketika mana Islam mula tersebar dan berkembang, kaum Quraisy mendatangi ayah saudara Nabi صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Abu Talib bagi mengadu apa yang mereka dengar dari perbuatan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم seperti penghinaan tuhan-tuhan sembahan mereka dan celaan terhadap agama mereka. Mereka sering berulang alik menemui Abu Talib (dengan tujuan agar Nabi menghentikan dakwahnya.) Tetapi Saidina Abu Talib memelihara Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dari ancaman Quraisy.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم terus mengibarkan bendera Islam dan dengan terang-terangan mengajak kepada penyembahan Tuhan Yang Esa (Tauhid.) kaum Quraisy lalu melakukan perhimpunan untuk menyebarkan fitnah ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم , dengan tuduhan bahawa Baginda adalah seorang tukang sihir. Hal berlarutan, sehingga pada musim haji, mereka duduk di jalan-jalan laluan orang awam dari dalam dan luar Makkah bagi menakut-nakutkan orang asing tentang Baginda dengan berkata: ‘ini adalah tukang sihir’. Mereka telah berjaya menyebarkan propaganda ini, sehingga ia menjadi buah mulut orang awam. Ketika ini, Kafir Quraisy mula melakukan kezaliman dan penindasan ke atas Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan orang Islam.

Mereka juga meminta Nabi mendatangkan bukti Kenabian Baginda صلى الله عليه وآله وسلم . Lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menunjukkan mereka mukjizat membelah bulan menjadi dua. Seperti mana bertambahnya keimanan iman orang mukmin begitu juga semakin bertambah kekufurun dan kezaliman kaum kafir Quraisy.
Hijrah ke al Habsyah
Apabila ujian yang tertimpa ke atas umat Islam, sebahagian dari mereka berhijrah ke al Habsyah dan mereka menetap selama 5 tahun di sana. Beberapa lama kemudian, mereka mendengar keislaman Quraisy, maka mereka pulang ke Makkah. Tetapi rupa-rupanya ianya hanya pendustaan, lalu mereka kembali semula ke al Habsyah.
Pemulauan
Dengan ini semakin besarlah api kebencian dan permusuhan Quraisy terhadap Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan sahabat. Maka kafir Quraisy menulis sepucuk surat pemulauan keluarga Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, bahawa; orang awam dilarang untuk menjalinkan pernikahan dengan Bani Hasyim, tidak menolong mereka, tidak berjual beli dengan mereka, tidak boleh itu dan tidak ini…
Surat ini di gantung pada Kaabah. Kaum kuffar mengepung Muslimin (iaitu menahan mereka dari bekalan makanan dan pakaian) di perbukitan selama 3 tahun. Ujian ini semakin berat dirasa hingga terdengar tangisan kanak-kanak kecil yang berteriakan dan menangis akibat kelaparan. Lalu Allah memberitahu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bahawa keseluruhan surat pemulauan yang mengandungi kezaliman dan penindasan itu telah binasa, yang tinggal hanyalah nama Allah.Hal ini telah diberitakan kepada Quraisy. Mereka pun mengeluarkannya dan mendapatinya seperti yang dikatakan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Orang yang menulis surat ini ditimpakan lumpuh tangan. Maka Quraisy pun mengeluarkan Umat Islam dari kawasan bukit.
Isra’ dan Mi’raj
Kemudian wafatlah bapa saudaranya Abu Talib diikuti Khadijah, dan Baginda begitu bersedih kerana kehilangan kedua-dua kekasihnya ini. Selepas setahun setengah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم diisra’kan (diperjalankan) dari Makkah ke al Quds menaiki Buraq. Kemudian Baginda menaiki langit dengan iringan Jibril. Baginda mendatangi tiap-tiap Nabi di langit dan kesemuanya bergembira dengan (kedatangan) Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menaiki tempat yang lebih tinggi, ke tempat dimana Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dapat mendengar bunyi al Aqlam. Lalu Baginda bermunajat dengan Tuhannya. Allah mewajibkan baginya dan umatnya 50 fardhu solat. Maka sentiasalah Nabi berulang-alik memohon kehadratNya pengurangan kefardhuan solat, dengan tunjuk ajar Nabi Musa hinggalah menjadi 5 fardhu sahaja.
Apabila menjelang subuh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menceritakan hal ini kepada semua. Saidina Abu Bakar al Siddiq membenarkannya tetapi ia didustai oleh kafir Quraisy. Mereka bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tentang sifat-sifat Baitul Maqdis untuk menguji kebenaran kata-kata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sedangkan Rasulullah tidak pernah melihatnya (secara teliti.) lalu Jibril menampakkan Baitul Maqdis dihadapannya sehingga Baginda mampu mensifatkannya. Justeru Quraisy tidak mampu mengingkari hal ini, tetapi mereka tetap menidakkannya kerana keras kepala.
Hijrah Ke Madinah al Munawwarah
Apabila keperitan yang ditanggung Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم semakin memuncak, Baginda menawarkan kepada suku kaum Arab untuk menjaga dan menyediakan tempat bagi Nabi صلى الله عليه وآله وسلم untuk mengembangkan agama Islam. Malangnya kesemua mereka menolak dan mempermain-mainkan ajakan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم tersebut.
Hingga datanglah sekumpulan kaum Ansar (dari Madinah) bertemu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Tidaklah seorang dari mereka memeluk Islam melainkan kesemua keluarganya turut memeluk Islam bersamanya. Maka tersebarlah Islam di Madinah, maka muslimin mula berhijrah ke sana.
Abu Bakar juga mahu ikut serta tetapi Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menegahnya supaya beliau bermusafir bersama-sama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم .
Hijrah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan Saiduna Abu Bakar
Kedua-duanya mula bermusafir, mereka menuju ke Gua Hira’ . bersama mereka juga Amir bin Fuhairah yang merupakan khadam, dan Ibn Uraiqith iaitu penunjuk jalan.
Mereka melalui jalan persisiran pantai. Allah membutakan mata-mata musuhNya. Salah seorang kafir Suraqah ibn Naufal al Kanani yang mengikuti rombongan Nabi untuk membunuh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Menyedarinya, Baginda mendoakan kecelakaan kepada Suraqah, lalu terbenamlah kudanya kedalam bumi. Lantas Suraqah berkata: ‘ (aku pohon) keamanan wahai Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم’ . Nabi pun mendoakan keafiatannya, dan dia pun dilepaskan dari kemerbahayaan. Suraqah bersumpah tidak akan menunjukkan lokasi Nabi berada kepada orang lain.
Lalu Baginda melalui khemah Ummu Ma’bad untuk meminta bekalan air, tetapi beliau menjawab: ‘saya tidak mempunyainya.’ Lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم melihat seekor kambing bersebelahan rumah, lalu Baginda bertanya keadaan kambing: ‘‘ apakah kambing ini?’’ Ummu Ma’bad menjawab: ‘ia adalah kambing yang tidak mempunyai susu.’ Maka Nabi mengusap ambeng susu maka ia pun mengeluarkan susu. Mereka minum dan meninggalkan bakinya pada Ummu Ma’bad.
MADINAH AL MUNAWWARAH
Rombongan Nubuwwah meneruskan perjalanan hingga tiba di Quba’, pada hari Isnin bulan Rabi’ Awwal dan menetap 4 hari di sana. Baginda bergerak dari Quba’ pada hari Jumaat, dan menunaikan solat Jumaat yang pertama dalam Islam di sebuah wadi.
Tahun 1H
Lalu mereka menuju ke Madinah, dan unta Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah berhenti di tempat didirikan Masjidnya sekarang. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menumpang di rumah Abu Ayyub sementara Baginda memulakan pembinaan masjid dan rumah isteri-isteri Baginda. Sahabat juga membina rumah sekitar rumah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم .
Asalnya Madinah dijangkiti dengan banyak wabak, maka Nabi mendoakan keselamatannya. Lalu Allah membawa wabak penyakit itu ke al Juhfah.
Baginda mula membina Masjidnya dari bulan Rabi’ al Awwal hingga bulan Safar al khair. Pada tahun ini telah bermula kewajipan azan.
Tahun Ke-2H
Pada tahun ke-2 puasa telah difardhukan selain zakat fitri dan zakat harta. Kiblat juga tela ditukarkan ke Kaabah pada tahun tersebut dan telah berlaku peperangan terpenting iaitu Badar.
Tahun Ke-3H
Pada tahun ini berlaku Perang Uhud.
Tahun Ke-4H
Telah berlaku perang Bani Nadhir, hukum qasar (memendekkan) solat, pengharaman arak, pensyariatan tayammum dan solat khauf.
Tahun Ke-5H
Pada tahun ini berlaku Perang Khandaq, Perang Bani Quraizhoh dan Perang Musthalaq.
Tahun Ke-6H
Pada tahun ini berlaku Umrah al Hudaibiyah dan Baia’h (perjanjian) al Ridhwan dan turunnya kefardhuan haji.
Tahun Ke-7H
Berlaku pada tahun ini Perang Khaibar dan berlaku umrah qadha’.
Tahun Ke-8H
Pada tahun ini berlaku peristiwa Muktah, pembukaan Makkah dan Khaibar.
Tahun Ke-9H
Pada tahun ini berlaku Perang Tabuk dan Haji al Siddiq yang dikenali sebagai Tahun al Wufud.

Tahun Ke-10H
Pada tahun ini berlangsungnya Hajjah al Wada’ iaitu haji (pertama dan ) terakhir (yang dilakukan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ).
Tahun Ke-11H
Pada tahun ini wafat Penghulu kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . Sesudah Allah Taala menyempurnakan agama untuk Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan umatnya, dan setelah sempurnanya nikmat dan anugerah ke atas Baginda, Allah Taala membawanya ke daerah KemuliaanNya dalam keadaan syahid kerana termakan daging beracun yang dihadiahkan untuk Baginda صلى الله عليه وآله وسلم di Khaibar. Hikmah berlakunya hal ini tidak lain untuk mengumpulkan Ketinggian dan Kemuliaan Rasululah iaitu dengan terkumpul baginya pangkat seorang Nabi dan seorang syahid.
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم mula gering pada 10 hari terakhir bulan Safar pada Tahun 11H di rumah Sayyidah Maimunah. Apabila kegeringan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم semakin tinggi Baginda dipindahkan ke rumah Sayyidah Aisyah. Baginda sakit berpanjangan selama 12 hari.
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم wafat pada hari Isnin 12 Rabi’ al Awwal mengikut pendapat jumhur.
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dimandikan oleh Saidina Ali dan Saidina al Abbas, kedua orang anaknya iaitu Qutham dan al Fadhl turut membantu. Usamah ibn Zaid dan Syuqran menuangkan air manakala Uwais ibn Khauli al Khazraji membawa bekalan air .
Pakaian Baginda صلى الله عليه وآله وسلم tidak dicabut dari jasadnya yang mulia. Saidina Ali menggunakan sehelai kain untuk membersihkan bahagian dalam pakaian Nabi صلى الله عليه وآله وسلم . Beliau memandikan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menggunakan air dan daun wangi Sidr sebanyak 3 mandian.
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dikafankan dengan 3 helai kain putih tanpa pakaian dan serban. Umat Islam menyembahyangkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berseorangan, satu kumpulan diikuti dengan kumpulan yang lain, kemudian wanita seterusnya kanak-kanak.
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ditanam di tempat dicabut ruhnya yang mulia, berdasarkan sabdanya:
‘‘Tidaklah dicabut nyawa para Nabi melainkan ditanam ditempat itu juga.’’
Lalu diangkat katil Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, dan digali dibawahnya. Dikatakan orang yang memasukkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ke lahad adalah Usamah dan Aus. Dihamparkan di dalam kuburnya yang mulia kain baldu yang pernah dipakai dan dijadikan hamparan.
Semua manusia berkumpul untuk mengucapkan ta’ziah, terganggulah akal-akal, menjadi kelulah lidah-lidah dan dunia bertukar menjadi gelap-gelita...
Jasad Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dikebumikan pada malam Rabu, dikatakan Selasa. Sesungguhnya ia adalah malam yang amat gelap dan kelam kerana kehilangan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . dan terputusnya wahyu.
Saidina Anas berkata: tidaklah kami menghilangkan debu tanah Maqam Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم (dari pakaian kami) melainkan hati-hati kami mengingkarinya (kewafatannya). Sesungguhnya kewafatannya adalah sebesar-besar musibah dan mala petaka dan seburuk-buruk bala. (1)
(1) Lihat:
- al Fadhail al Muhammadiah Allati Fadhdhala Allah Biha صلى الله عليه وآله وسلم Ala Jami’ al Bariyyah. Hlm 11-17. Cetakan Dar al Qalam al Arabi. Tahun 2002.
Karangan al Allamah Yusuf ibn Ismail al Nabhani (wafat 1350H), mufti Beirut dahulu.

0 ulasan:
Post a Comment