-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Wednesday, April 21, 2010

Sejenak Bersama Imam al Busiri dan Qasidah Burdahnya Yang Masyhur



Beliaulah Sayyidul Muddah iaitu penghulu para pensyair yang memuji Rasulullah, namanya Syarafuddin Abu Abdullah Muhammad bin Said bin Hamad al Sonhadji al Busiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada tahun 608H (1212M) dan asal keturunan beliau dari Maghribi. Beliau wafat di Iskandariah, Mesir pada tahun 696H/1296M.  

(Maqam Imam al Busiri)

Adalah disebut didalam sejarah bahawa Imam Busiri ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Bermacam-macam usaha telah pun dilakukan dalam membuat rawatan namun penyakit itu tetap juga tidak sembuh. Akhirnya para doktor yang mengubatinya telah berputus asa dari kesembuhannya.

Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk ini, timbullah satu ilham di hati beliau (moga2 Allah merahmatinya) untuk mengarang sebuah Qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah. Rupanya badan yang longlai ini masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam dan keazaman yang kuat.

Maka dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kerinduan kepada Rasulullah, Imam Busiri melakarkan qasidahnya. Satu bait demi satu bait hinggalah menjangkau 161 bait syair.

Apa yang dapat dirasakan dalam jiwa beliau (berniat) semoga dengan berkat memuji Baginda, penyakitnya akan disembuhkan Allah Taala. 


Maka sebaik sahaja beliau selesai dari Qasidahnya, terus beliau  tertidur dan beliau bermimpi melihat Rasulullah dalam tidurnya. Baginda datang menziarahi beliau yang sedang sakit, lalu Baginda menyapukan tangannya yang mulia itu di atas badan Imam Busiri yang sedang sakit itu. Setelah itu Baginda menyelimutkan Imam Busiri dengan sehelai selendang (burdah). 

Sebaik sahaja badan Imam Busiri selesai diselimuti, lantas beliau terjaga dari tidurnya dan beliau mendapati bahawa penyakit lumpuhnya telah hilang. Malah, badan beliau seolah-olah tidak pernah ditimpa penyakit lumpuh itu. Dan oleh kerana kesembuhan badan beliau adalah menerusi keberkatan Burdah atau selendang yang dipakaikan Rasulullah ke badan beliau, maka Imam Busiri menamakan Qasidah yang baru sahaja diselesaikan itu dengan Burdah, ertinya selendang.

 (Ukiran Qasidah Burdah)

Maka bermula dari peristiwa ini, teruslah bacaan Qasidah Burdah menjadi suatu amalan di masyarakat Islam kurun berkurun dan diniatkan agar dengan berkat puji-pujian terhadap Rasulullah itu akan disembuhkan berbagai-bagai penyakit.

Ini bukanlah bererti qasidah Burdah itu yang menyembuhkan penyakit, tetapi yang dimaksudkan ialah apabila disebutkan sifat-sifat dan ketinggian akhlak Rasulullah maka bertambahlah rasa kecintaan kepada Baginda, dan dengan berkat Baginda yang merupakan

طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها

Ubat hati dan penawarnya, keafiatan badan dan kesembuhannya. 

Maka In sya Allah akan disembuhkan segala macam penyakit. ( Ambilan dari Qasidah Burdah, hlm 11-17)

Seperti mana harus seseorang berkata 'doktor itu yang merawat saya' atau 'ubat itu yang menyembuhkan saya,' kerana mereka sedia maklum dengan iman yang pasti bahawa yang menyembuh itu hanya Satu iaitu Allah. Sebegitu jugalah i'tiqad orang yang menjadikan selawat dan bacaan qasidah sebegini serta lain-lain amalan sebagai wasilah mereka untuk mendekatkan diri dengan Allah,  bahawa mereka berpegang;

'YANG MEMBERI MANFAAT DAN MUDHARAT ADALAH ALLAH'

moga ALLAH merawat luka2 di diri ini zahir lebh-lebih lagi batin, serta keluarga, sahabat dan umat Islam diikuti seluruh makhluk sekeliannya...

ya Allah dengan berkat al Burdah rahmatilah..




0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan