-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Wednesday, April 21, 2010

Bait-bait al Nabawiyah




Berkata Sayyidul Muddah, al Imam Syarafuddin Abi Abdillah Muhammad al Busiri ;









Ertinya.
- Wahai makhluk yang paling mulia, siapa lagi yang akan menolongku selain engkau (wahai Rasulullah,) ketika berlakunya huru-hara yang menyeluruh (di padang mahsyar)  

- (Moga-moga) Kiranya pangkatmu yang luas itu tidak akan sempit dari melindungiku, ketika Allah akan tampil sebagai Pembalas segala dosa dan kesalahan

- Kebaikan dunia dan akhirat adalah sebahagian dari kemurahanmu, sementara ilmu yang ada di dalam Lauh al Mahfuz dan al Quran adalah sebahagian dari ilmu yang diberi Allah kepada mu

 - Oleh itu, wahai diri! Janganlah engkau berputus asa dari kesalahan walaupun besar,kerana dosa-dosa  besar itu sebenarnya kecil bila dibanding dengan keampunan Allah.

- (Moga-moga) Kiranya Rahmat Ilahi ketika dibahagikan akan tercucurlah sesuai dengan keperluan Besar dosa, maka besar pula rahmat yang akan diberikan

- Waha Tuhanku! Janganlah kiranya Engkau hampakan harapanku, dan janganlah engkau hancurkan hisabku di akhirat kelak

- Ya Allah! Kasihanilah hambaMu ini, baik di dunia ataupun akhirat, kerana kesabarannya amat tipis kalau ditimpa musibah ia akan cepat hilang

- Ya Allah, izinkanlah bagi awan rahmat untuk mencucurkan salawat dan salamnya ke atas Nabi Muhammad Biarlah ia tercucur dengan deras dan lebatnya

- Juga ke atas Keluarga, Sahabat dan para Tabien, Mereka inilah orang-orang yang sentiasa bertaqwa, suci, penyantun dan  pemurah

- Selama daun kayu 'al Baan' masih digoyangkan oleh tiupan angin Syaba (angin sepoi-sepoi bahasa), dan selama unta menari dengan kegirangan kerana mendengar irama nasyid pengiringnya


Terjemahan Qasidah Burdah
oleh Syeikh Abu Ali al Banjari al Nadwi al Maliki 
(Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam) 
Cetakan Khazanah Banjariah

Lihat juga Ringkasan Nabawiyah
oleh al Imam al Hafiz Abdul Rahman ibn Daiba' al Syaibani
Cetakan Sofa Production




0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan