-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Monday, March 8, 2010

FASAL 5 : CINTA NABI صلى الله عليه وآله وسلم.



بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

SEBAB-SEBAB  UNTUK MELAHIRKAN KECINTAAN TERHADAP KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD
صلى الله عليه وآله وسلم

Terbahagi kepada 3 tajuk utama;

Sebab 1 : Kesempurnaan Jasad Luaran Baginda   صلى الله عليه وآله وسلم
Sebab 2 : Kerana Kesempurnaan Akhlak Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم
 
Sebab 3 : Pengorbanan dan Sumbangan Baginda  صلى الله عليه وآله  وسلم Terhadap Kita.

....................صلى الله عليه وآله وسلم............................


Kasih Nabi Adalah Mazhabku.
Menyentuh perbicaraan tentang kecintaan terhadap Allah dan RasulNya semua Muslim mengaku bahawa mereka mencintai Allah dan RasulNya, bahkan tiada yang berani menyangkal kewajipan ini.

Namun, apakah pernah kita terfikir setakat mana kecintaan kita terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Apakah maksud sebenar mencintai Rasulullah dan kenapakah kita wajib mencintai Baginda صلى الله عليه وآله وسلم?



Sesungguhnya kecintaan terhadap Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang dimaksudkan di sini ialah kecintaan berdasarkan kewarasan akal fikiran yang dilakukan secara ikhtiari (sukarela) ia mendahulukan keputusan akalnya, sekalipun bersalahan dengan tabiat semula jadi.

Contohnya, orang yang sakit cenderung untuk makan ubat walaupun pahit kerana akalnya memahami ubat itu mendatangkan kebaikan untuk dirinya.    

Begitu juga orang mukmin, apabila ia mengetahui bahawa Baginda صلى الله عليه وآله وسلم tidak menyuruh atau melarang sesuatu perkara melainkan untuk kebaikan agamanya, dunia dan akhiratnya, serta (mereka) meyakini bahawa Rasulullah merupakan manusia yang paling pengasih dan berlemah lembut terhadapnya, maka ketika itu akalnya membuat keputusan untuk mengasihi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sekali pun tidak dipersetujui oleh nafsu dan tabiat semulajadinya. Inilah darjat  permulaan keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Adapun kecintaan yang sempurna ialah tabiat semulajadinya mengikut akalnya mengasihi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

Sebab 1 : Kesempurnaan 
Jasad Luaran Baginda   صلى الله عليه وآله وسلم

Pendahuluan

Hakikat kasih ialah: ‘kecenderungan hati terhadap apa yang disamai atau disepakati sesama manusia sama ada persamaan atau kesesuaian pada fitrah semulajadi manusia atau hukum syara’.

Diantara persamaan yang menyebabkan terhasilnya kecenderungan dan kasih ini ialah:

I.    Tarikan terhadap kecantikan zahir orang yang dikasihi
II.    Akhlaknya yang baik
III.    Kebaikan dan pemberiannya terhadap kita.

Maka pada bab ini, saya akan menerangkan sebab mengasihi Nabi dengan dua jalan iaitu kerana kecantikan dan akhlaknya yang mulia. Sebelum itu ada saya perincikan makna suka pada tarikan luaran. 

‘Kelazatan atau tarikan yang dirasai atau dicendurungi oleh pancaindera yang zahir terhadap sifat-sifat luaran orang yang dikasihinya.’ Misalnya tarikan kepada rupa paras atau gambaran yang cantik, suara yang lunak, makanan dan minuman yang lazat. Semua ini dicendurungi oleh tabiat semulajadi yang sejahtera.     
  
 Setelah kita memperakui kebenaran perkara ini maka mari kita meninjau kecantikan rupa paras dan lahiriah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم  serta kesempurnaan akhlak dan batin Baginda صلى الله عليه وآله وسلم .


Al Syamail al Muhammadiah

1)    Rasulullah Adalah Secantik-Cantik Ciptaan Allah.
Abu Hurairah berkata:
مَا رَأَيْتُ شَيْئاً أَحْسَنَ منْ رَسُول الله صلى الله عليه وآله وسلم كَأَنّ الشَّمْسَ تَجْري في وَجْهه
Saya tidak pernah melihat sesuatu yang lebih cantik daripada Rasulullah seolah-olah matahari sedang beredar pada wajahnya.’ Riwayat al Bazzar dan al Baihaqi.

Dalam hadith lain  Abu Hurairah berkata:
لم أر قبله ولا بعده مثله
Saya tidak pernah melihat sebelum dan selepasnya seorang manusia sepertinya.’

2)    Himpunan Kesempurnaan Sifat Rasulullah
Saidina Ali ibn Abu Talib apabila mensifatkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, beliau berkata:

لَمْ يَكُنْ رَسُولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم بالطَويل الممَّغط، ولا بالقَصير المتَرَدّد، وكَانَ رَبْعَةً منَ الْقَوم، لَمْ يَكُنْ بالجَعْد القَطط، ولا بالسَّبْط، كَانَ جَعْدًا رَجلاً، وَلَمْ يَكُنْ بالْمُطَهَّم، وَلاَ بالْمُكَلْثَم، وَكانَ في وَجْهه تَدْويرٌ، أَبْيَضُ مُشْرَبٌ، أَدْعَجُ الْعَيْنَيْن، أَهْدَبُ اْلأَشْفَار، جَليلُ الْمُشَاش وَالْكَتد، أَجْرَدُ، ذُو مَسْرُبَة، شَثْنُ الْكَفَّيْن وَالْقَدَمَيْن، إذَا مَشَى تَقَلَّعَ كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ في صَبَب، وَإذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ مَعاً، بَيْنَ كَتفَيْه خَاتَمُ النُّبُوَّة، وَهُوَ خَاتَمُ النَّبيّين، أَجْوَدُ النَّاسُ صَدْراً، وَأَصْدَقُ النَّاس لَهْجَةً، وَأَلْيَنُهُمْ عَريكَةً، وَأَكْرَمُهُمْ عشْرَةً، مَنْ رَآهُ بَديْهَةً هَابَه، وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرفَةً أَحبَّهُ،  يَقُوْلُ نَاعتُهُ: لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلاَ بَعْدَهُ مثْلَهُ.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم :
-    Tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.
-    Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bertubuh sederhana di antara kaumnya
-    Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak lurus kaku, tetapi ikal bergelombang
-    Badannya tidak gemuk
-    Wajahnya sedikit bulat dan agak bujur
-    Kulitnya putih kemeah-merahan.
-    Matanya hitam pekat dan bulu matanya melentik.
-    Bahunya bidang
-    Baginda memiliki bulu yang memanjang dari dada sampai ke pusat
-    Telapak tangan dan kakinya tebal
-    Apabila berjalan Baginda berjalan dengan tegap seakan-akan sedang turun dari tanah yang curam
-    Apabila Baginda berpaling, maka seluruh badannya ikut berpaling
-    Di antara kedua bahunya terdapat Khatam al Nubuwwah, iaitu tanda kenabian.
-    Baginda memiliki hati yang paling pemurah di antara manusia
-    Ucapannya adalah yang paling benar di antara semua orang
-    Perangainya amat lembut dan paling ramah dalam pergaulan
 
     Sesiapa yang pernah melihatnya, pasti akan menaruh perasaan hormat terhadapnya. Sesiapa yang pernah bergaul dengannya, pasti akan mencintainya.

     Orang yang menceritakan sifatnya, pasti akan berkata, ‘saya tidak pernah lihat sebelum dan sesudahnyaorang yang seistimewa Rasulullah
صلى الله عليه وآله وسلم ' 
    
3)    Baunya Lebih Harum Dari Kasturi
Daripada Anas berkata:

مَا مَسَسْتُ حَريْراً وَلاَ ديْبَاجاً أَلْيَنُ منْ كَفّ رَسُوْل الله وَلاَ شَمَمْتُ مسْكاً وَلاَ عَنْبَراً أَطْيَبَ منْ ريْح رَسُولُ الله

Saya tidak pernah menyentuh kain yang dibuat daripada sutera yang lebih lembut daripada telapak tangan Rasulullah. Saya juga tidak pernah mencium bau kasturi atau wangian anbar yang lebih wangi daripada bau Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . ’


 Sebab 2 : Kerana Kesempurnaan
Akhlak Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم



Sesungguhnya akhlak Baginda صلى الله عليه وآله وسلم telah pun dinyatakan dengan jelas di dalam al Quran, firmanNya:  


1)    Akhlaknya صلى الله عليه وآله وسلم al Quran

Diriwayatkan bahawa seseorang bertanya Sayyidah Aisyah tentang akhlak Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, jawabnya :
فَإنّ خُلُقَ رَسُول الله رسول الله كَانَ القرآنَ
Sesungguhnya akhlak Baginda صلى الله عليه وآله وسلم  bertepatan dengan isi kandungan al Quran.’ (Riwayat Muslim dalam Sohehnya)

2)    Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم insan dermawan.

كَانَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم أجودَ الناس بالخَيْر، وكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ في شَهْر رَمَضَان حَتىَّ يَنْسَلخَ فَيَأْتيه جبْريْلُ فَيَعْرضَ عَلَيْه القُرْآنَ...
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم adalah insan yang paling pemurah dengan kebaikan. Bahkan, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم akan lebih bersifat pemurah pada bulan Ramadhan sampai akhir bulan Ramadhan. Pada bulan tersebut, Jibril datang kepadanya, lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم membacakan al Quran di hadapannya…' ’   

3)    Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak membalas kejahatan

Sayyidah Aisyah berkata:
وَمَا نيلَ منهُ شَيْءٌ قَطُّ إلاَّ أَنْ يُنْتَهَكَ شَيْءٌ منْ مَحَارم الله فَيَنْتَقمَ لله عَزَّ وَجَلَّ
Dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak membalas perbuatan jahat seseorang terhadap dirinya kecuali apabila kehormatan Allah dicerobohi. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم membalas dan menghukumnya semata-mata kerana Allah عَزَّ وَجَلَّ.’  (Riwayat al Bukhari dan Muslim)


4)    Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم insan pemaaf

Abdullah ibn al Jadali berkata : aku bertanya Sayyidah Aisyah tentang akhlak Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , maka beliau berkata:

كَانَ أَحْسَنَ النَّاس خُلُقاً، لَمْ يَكُنْ فَاحشاً، وَلاَ مُتَفَحّشًا، وَلاَ صَخَّاباً في اْلأَسْوَاق، وَلاَ يَجْزي بالسَّيّئَة مثلَهَا، وَلَكنْ يعْفُو وَيَصْفَحُ.   

‘Baginda صلى الله عليه وآله وسلم merupakan seorang manusia yang mempunyai sebaik-baik akhlak, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bukanlah orang yang keji dan tidak melakukan perkara yang keji. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم juga bukanlah seorang yang gemar memekik-mekik di dalam pasar, dan tidak membalas kejahatan yang dilakukan kepadanya tetapi Baginda suka memaafkan dan berdamai.’ 
(Riwayat Ibn Abi Dunya di dalam Kitab al Sumt wa Adab al Lisan)

5)    Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tumpuan orang yang  hajat.

Dikeluarkan oleh al Tabrani, daripada Tolhah  bahawasanya beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم لاَ يَكَادُ يُسْأَلُ شَيْئاً إلاَّ فَعَلَهُ

'Hampir-hampir setiap perkara (hajat) yang dipinta kepada Rasulullah itu,  melainkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم  pasti  menunaikannya.'

6)    Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Insan Pemalu

Dari Abi Saed al Khudri berkata:

 كَانَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وآله وسلم أَشَدَّ حَيَاءً منَ الْعَذْرَاء في خدرهَا، وكَان إذا كَرهَ شَيْئاً عَرَفْنَاهُ في وَجْهه

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم merupakan seorang yang sangat pemalu melebihi daripada sifat malu anak dara disebalik purdahnya, dan apabila Baginda صلى الله عليه وآله وسلم membenci sesuatu kami dapat mengenalinya melalui wajahnya.’
 (riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya.)

..........................................

0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan