Korban-melakukan sesuatu yang bersalahan kehendak hati malah kadangkala waras akal insan yang sempurna, tetapi kerana mengikut arahan Kekasih, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan.
Itulah yang berlaku pada imbauan sejarah Nabi Ibrahim dan putera kesayangannya. Bayangkan anak yang baik budi pekertinya, tampan lagi soleh; takkan tergamak seorang ayah untuk membunuhnya tanpa apa-apa sebab yang jelas.
Tetapi orang-orang yang benar itu, Allah tetapkan hati mereka dijalan yang tepat dan tidak berganjak sesekali. Walaupun tidak diketahui hikmahnya, dan tidak berhajat untuk mengetahuinya; tetapi hati telah benar-benar jazam bahawa ada hikmah disebalik cerita dan Dia bukanlah penzalim terhadap hambaNya.
Dalam keadaan redha Baginda mula memulakan penyembelihan, seperti itu juga tenang hati anaknya Nabi Ismail menyahut seruan Tuhannya menjadi korban untuk Yang Maha Esa.
Pasti ia adalah permainan minda, emosi diikuti amalan jasmani yang membuktikan pengabdian yang total kepadaNya. Bukanlah sekadar cakap-cakap lantang seseorang pemimpin di atas dewan atau tempikan-tempikan peniaga di tengah-tengah pekan.
Moga-moga Allah mentaufiqkan kita untuk memahami yang tersurat, menyelami lautan makna-makna yang tersirat dari kisah yang pendek ini, lalu dapat diadaptasi dalam amalan seharian.
ٳن الذكر تنفع المؤمنين
‘Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang-orang yang beriman.’
0 ulasan:
Post a Comment