-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Wednesday, October 14, 2009

Diskusi: Qadha Solat

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين وصلّى الله وسلّم على سيدنا محمّد المبعوث رحمة للعالمين، وعلى آله الطاهرين، وأصحابه  الطيبين المكرمين. وبعد

 
Diskusi : qadha solat yang luput.

    Solat adalah tiang agama. Tanpanya runtuhlah keperibadian sesebuah intitusi insani yang membawa kepada kehancuran tamadun Islam yang suci.

    Qadha solat menjadi tajuk perbincangan pada kali ini kerana melihat pada para pentingnya disisi muslim dan kedapatan banyaknya salah faham tehadapnya  terutama dikalangan awam (1).

     Perkara ini didokong oleh ijma’ ulama’ seperti yang dinaqalkan oleh al-Syeikh Dr.  Abdul Aziz Al-Khatib رحمه الله di dalam U’mdah al-Mufti (2)  berkata;

    ‘Solat2 fardhu (yang tertinggal) hendaklah wajib diqadha’, terutama jika ia meninggalkan solat dengan  sengaja atau malas. Hal in kerana Rasulullah صلّى الله عليه وآله وسلّم telah mengarahkan orang yang meninggalkan solat kerana tidur atau lupa supaya mengerjakannya. Seperti hadis;

                من نام عن صلاة أو نسيها فليصلها اذا ذكرها     
Ertinya; barang siapa meninggalkan solat kerana tertidur atau lupa, maka solatlah ketika mengingatinya.

    Jika qada’ solat atas orang yang tertidur atau lupa wajib, maka  solat keatas orang yang malas dan sengaja meninggalkannya lebih utama dan lebih wajib diganti!

    Hukum ini (wajib qadha’ solat bagi yang sengaja tinggal atau malas) telah di dipersetujui dengan ittifaq (persetujuan) ulama-ulama’ Mazhab Empat (3) (dan mengolongkan orang yang meninggalkan solat ini sebagai muslim yang  berdosa besar) kecuali Mazhab Hanbali yang telah mengiktibarkan kufur bagi pelakunya. 

    Di nusantara, Syeikh Daud al Fathani رحمه الله contohnya telah mengarang kitab terperinci mengenai solat iaitu Munyatul Musalli. Berikut  antara kalamnya tentang qadha solat; ‘Manakala (orang yang ) luput akan dia sembahyang hendaklah diqadha’kan bersegera, kemudian  taubat ia daripada kembali kepada apa yang demikian itu (tinggal solat).' (4)

    Apa yang difahami dalam kata-kata beliau, bahawa wajib mengqadha’kan solat sama ada orang yang meninggalkannya itu terlupa atau tertidur lebih2 lagi orang yang malas dan sengaja meninggalkannya, berdasarkan mafhum mukhalafah dari hadis lalu.

    Begitu juga Syeikh Zainuddin al Malibari رحمه الله ;
                ويبادر من مرّ بفائت وجوباً، ان فات بلا عذر فليلزمه القضاء فوراً 

Ertinya; Barang siapa yang luput solatnya yang fardhu, yakni dengan syarat dia seorang muslim, mukallaf dan suci dari haid dan nifas; maka hendaklah bersegera qadha solat yang luput jika luput dengan ketiadaan uzur. (5) 

    Bekas Qadhi Besar Seremban Syeikh Haji Muhammad b. Nasib berdalil dengan  hadis yang hampir sama dengan hadis lalu; sabda Baginda صلّى الله عليه وآله وسلّم :

            من نام عن صلاة أو نسيها فليقضيها اذا ذكرها لأن الله يقول: وأقم الصلاة لذكري
Ertinya: barang siapa tidur daripada (menunaikan) sembahyang atau lupa ia akan dia, maka hendaklah qadha’ ia akan dia apabila ingat ia akan dia (solat), kerana Allah Taala  berfirman Ia : dan dirikanlah sembahyang kerana ingat akan Daku. (6)  

    Kata beliau lagi: dan difaham daripada hadis ini , apabila Nabi menyuruh dengan mengqadha’ sembahyang yang luput dengan terlupa atau tertidur, betapa jikalau  ditinggalkan dengan sengaja, maka terlebih sangat dituntut dengan qadha’nya, qias  awwaliayah . (7) 


Kesimpulan.
Setiap perkara yang wajib perlaksanaannya, maka jika ia tertinggal samada sengaja atau tidak maka WAJIB diganti, terutama solat2 fardhu.



Wassalam
15.05.09
  .............................................................................

End Note

(1) Dalam membahaskan masalah ini, sebahagian muslimin telah beranggapan dengan pendapat yang salah bahawa;

- Tidak perlu qadha’ solat bagi yang terlupa solat atau tidur atau gila.

- Perlu solat bagi yang meninggalnya dengan sengaja, jika tidak sengaja tak perlu qadha' solat.

- Tidak perlu solat hormat waktu di dalam perjalanan yang tidak sampai dua marhalah. Justeru katanya cukup solat dengan istinjak dengan stereng kereta dan solat seperti biasa tanpa perlu qadha sekali lagi dirumah.

- Justeru dalam diskusi ini penulis akan  cuba menerangkan masalah no1 dan no2. 

(2) al-Syeikh Dr.  Abdul Aziz Al-Khatib al-Dimasyqi. Umdah al-Mufti Fi al-Fiqh ala Mazhab al-Syafie. Tanpa tarikh.

(3) Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan  Mazhab Hanbali.

(4) Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.Munyatul Musalli.1242H.Mekah

(5) Syeikh  Zainuddin ibn Abdul Aziz al Malibari. Fathul Mu’in bi Syarh Qurratil A’in bi Muhimmat al Din.Hlm:7

(6) Hasyiah al Jalalain

(7) Syeikh Haji Muhammad bin Nasib. Kebatilan Kaum Muda ms:10-11.cetakan jun 2002 NRS Corp. 



Rujukan.

•    Al-Syeikh Dr.  Abdul Aziz Al-Khatib al-Dimasyqi. Umdah al-Mufti Fi al-Fiqh ala Mazhab al-Syafie.                Tanpa tarikh.
•    Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.Munyatul Musalli.1242H.Mekah
•    Syeikh Haji Muhammad bin Nasib. Kebatilan Kaum Muda ms:10-11.cetakan jun 2002 NRS Corp. 
 


0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan