-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Wednesday, April 7, 2010

TAFSIR surah al Mukminun ayat 1 dan 2



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على الإيمان والصلاة والسلام على حبيب الرحمن سيدنا محمد وعلى آله وصحبه سادات أهل الجنان




Firman Allah Taala :

صدق الله العظيم
Benarlah firman Allah yang Maha Agung


Huraiannya :

Keterangannya, dari Tafsir ‘Abrul Athir oleh Ustaz Ahmad Sonhaji Mohamad رحمه الله   :


    Mengikut Ibnu Abbas ; ‘‘berjaya’’ dimakna berbahagia. Orang-orang yang beriman ialah yang percaya kepada Allah dan mengesakanNya, mereka kekal di dalam Syurga.

     Atau dimaknakan berjaya mendapat kemenangan dan terselamat dari bencana. Inilah yang dimaksudkan dengan berjaya.





FirmanNya:

Huraiannya :
‘‘Khusyuk’’ di sini dimaksudkan merendahkan diri dan merendah hati. Dan dia mempunyai dua pengertian, iaitu :

Pertama  :   pada segi perbuatan hati yang tidak Nampak.
Kedua  :   pada perbuatan anggota zahir yang Nampak.


  1.     (Pertama)
Adapun sehabis-habis khusyuk di dalam sembahyang, ialah orang yang merendah diri kepada yang disembah (Allah), dan hatinya sedikitpun tidak terlintas untuk mengingat yang lain kecuali Allah semata-mata. Yakni ingatanya hanya tertumpu kepada Allah. Inilah perbuatan hati.

   2.       (Kedua)
Adapun merendah diri atau khusyuk dengan perbuatan anggota lahir pula, iaitu semasa sembahyang dia tidak menoleh-noleh, tunak sahaja (tidak bergerak) tidak memejamkan mata, hanya memandang ke tempat sujudnya; hinggakan tidak menyedari siapa ada di kanan dan di kirinya. Maka khusyuk yang sebaik-baiknya, ialah yang meliputi keduanya sekali, iaitu pada segi perbuatan hati dan perbuatan anggota lahir.

Dalam hubungan ini  Sayyidah Aisyah رضي الله عنهاtelah meriwayatkan katanya : Saya bertanya Rasulullah (صلى الله عليه وآله وسلم)    berkenaan menoleh-noleh di dalam sembahyang, Baginda menjawab  :   Itulah curi pandang (اختلاس) dari perbuatan syaitan semasa seorang hamba itu sedang sembahyang.
Dan Abu Dzar pula meriwayatkan, bahawa Nabi  (صلى الله عليه وآله وسلم)    telah bersabda : 
‘‘ (Rahmat) Allah masih lagi berhadap-hadapan dengan seorang hamba yang sedang dalam sembahyang selagi hamba itu tidak menoleh. Aka apanila menoleh Tuhan akan berpaling daripadanya.’’
 
Ada pula sebuah riwayat daripada al Baghowi رضي الله عنه menyebutkan  :   Bahawa Nabi (صلى الله عليه وآله وسلم)   melihat seorang laki-laki mengurut-urut janggutnya di dalam sembahyang, Baginda pun bersabda : 
‘‘ Kalaulah khusyuk hati orang ini, khusyuklah pula anggota lahirnya ’’    

Bolehlah dikatakan khusyuk disini ialah orang yang sedang sembahyang tidak menoleh ke kiri atau ke kanan, tidak menguap-nguap, tidak memejakan matanya, tidak menutup mulutnya, tangannya tidak diusil atau mengusik sesuatu dan lain-lain. 



Memanglah banyak gunanya khusyuk di dalam sembahyang bagi orang yang mengerjakannya, diantaranya ialah :
1.    Supaya dapat ia memikirkan apa yang dibacanya di dalam sembahyang itu. Kerana Allah ada berfirman pada ayat (24 surah Muhammad), yang berbunyi :
‘‘Tidakkah kamu memikirkan isi Al Quran itu, ataupun hati mereka  terkunci? ’’

    Kerana tiap-tiap (orang yang) memikirkan dan memberikan perhatian, tentulah menyedari  apa yang dibaca dan memahami apa makna kata-kata yang diucapkannya.

Firman Alah lagi pada ayat (4 surah Muzammil) yang berbunyi :
‘‘ Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil (memikirkannya dan perlahan lahan) ’’

    Supaya dengan demikian dapatlah ia memahami keajaiban dan rahsia yang terkandung di dalamnya (ayat Al Quran). Kalaulah tidak, tak adalah hasilnya sembahyang itu.

2.    Supaya dia mengingati Allah, sebagaimana firmanNya pada ayat (14 surah Taha) yang berbunyi :
‘‘ Dan dirikanlah sembahyang itu untuk mengingati Aku ’’

3.    Orang yang sembahyang itu pada hakikatnya sedang bercakap-cakap dengan Tuhannya (munajat) – bukan sekadar tonggang-tonggek yang tak ada ertinya. Dan orang yang bercakap-cakap sambil lewa sahaja, iaitu yang dinamakan ‘‘ghaflah’’ bukanlah merayu atau ‘‘munajat’’ namanya. Maka sembahyang yang tidak khusyuk samalah seperti badan yang tidak bernyawa.

Mengikut Hujjatul  Islam Imam al Ghazali رضي الله عنه ,  khusyuk itu merupakan kemestian (fardhu) di dalam sembahyang. Bermaksud, jika sembahyang itu tidak khusyuk tidaklah terpakai sembahyang itu. Dan inilah yang dimaksudkan oleh ayat :




Jelasnya orang-orang Mukmin yang berjaya ialah kerana khusyuk di dalam sembahyangnya, jika tidak khusyuk bererti gagal.

Pendapat Imam  al Ghazali رضي الله عنه mengenai kemestian khusyuk di dalam sembahyang ini bertentangan dengan kebanyakan (jumhur) ulama dan persepakatan (ijma’) ulama fekah yang menetapkan; khusyuk tidak menjadi syarat wajibnya sembahyang, hanyalah menjadi syarat untuk mendapatkan pahala daripada Allah dan mencapai redhaNya. Bererti, sembahyang tampa khusyuk adalah sah, tetapi jika dengan khusyuk maka dia adalah lebih utama lagi.     

Ambilan :  Tafsir Al Quran ‘Abrul Athir, oleh al Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad, halaman 22-25

Kesimpulan
Suka saya menutup tirai kata dengan mengulang kembali nota penting dari pengajian di atas, bahawa :

1)    Orang Mukmin ialah orang yang bahagia di dunia mahupun akhirat dan terselamat dari sebarang mala petaka pada kedua-dunianya.

2)    Tandanya (seorang mukmin itu)  ialah khusyuk di dalam solat; iaitu tetap jasadnya pada posisi kiblat dengan mata yang tertancap pada bahagian sujud, sedang hatinya karam dengan keagungan dan kecantikan Yang Maha Esa, hasil penelitiannya terhadap bacaan KalamNya (Al Quran) yang mulia.

Benarlah perkataan orang berkata:
*Sedikit yang bermanfaat lebih baik dari banyak yang melalaikan*


Moga-moga Allah sentiasa mentaufikkan kita melakukan amal kebaikan dan mati dalam dalam iman… ya Allah rahmatMu
وصلى الله على خير خلقه  سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس عدد  ما وسعه علم الله



 





0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan