-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Thursday, November 5, 2009

IKTIQAD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 2

Al Iman awwalan! @ Dahulukan  Iman! @ Al-Iman First !
الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد أفضل رسل الله وآله وأصحابه ومن واله

     Dalam tajuk yang lepas kita telah berbicara tentang sejarah ringkas tokoh besar dalam Ahli Sunnah serta penerangan ringkas mengenai Ahli Sunnah.

Pada kali ini al faqir ingin menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah utama dalam     I’tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah yang saya cedok dari kitab I’tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh al Allamah Muhammad Mukhtar bin A’torid al Jawi al Boghori  رحمه الله, yang telah dimodenisasi oleh Syeikh Muhammad Fuad al Maliki  رحمه الله.

Inilah lakaran kasar pegangan ulama’-ulama’ Ahli Sunnah yang wajar kita padankan dengan I’tiqad kita, untuk kita sama-sama renungkan adakah ia bertepatan atau sebaliknya. Janganlah kita bersikap acuh tidak acuh dengan perkembangan iman kita sehari-hari kerana tiada guna amalan yang soleh dari sedekah, puasa dan solat tahajjud walau setinggi langit sekalipun, jika pelakunya beri’tiqad dengan I’tiqad yang salah.
    Moga–moga saya dan anda semua ditaufikkan untuk sentiasa berada di atas jalan ini hingga hari muka.
………………………………………

Secara ringkasnya I’tiqad ini mempunyai 3 bahagian penting iaitu ;
1.    Al Ilahiyat (keTuhanan)
2.    Al Nubuwwat (keNabian)
3.    Al Sami’yyat (perkara-perkara ghaib)

…………………………………….



1. al Ilahiyyat.
    Ia berkaitan dengan pembelajaran sifat-sifat bagi Allah iaitu sifat-sifat wajib, sifat-sifat mustahil dan  sifat harus bagiNya.
Sifat wajib bagi Allah itu terkandung dalam kaedah sifat 20 seperti Wujud, Qidam, Baqa’ Muhkalafatuhu lil Hawadith dan lain-lain. Sifat mustahil baginya pula ialah lawan bagi sifat-sifat ini.
    Adapun sifat harus bagiNya adalah harus bagi Allah menjadikan dan meniadakan  sesuatu yang mumkin. Antara perkara yang mumkin ialah penciptaan makhluk, perutusan Rasul-Rasul عليهم السلام, balasan pahala  kepada pelaku taat dan balasan azab bagi pelaku maksiat. Semua ini adalah harus bagi Allah, tidak wajib dan tidak mustahil.    
Maka wajib atas tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat 20 yang wajib bagi Allah beserta  sifat-sifat lawannya. Serta wajib ke atasnya mengetahui bahawa Allah wajib bersifat dengan sifat kesempurnaan yang tidak terkira dan Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan.    
……………………………………………
2. al Nubuwwat.
Dalam  bab ini terkandung;
-    Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul
-    Sifat-sifat ang mustahi bagi Rasul
-    Sifat-sifat harus  bagi Rasul.


    Sifat wajib bagi Rasul  عليهم السلامada 4 iaitu Siddiq. ertinya benar, lawannya kazib iaitu dusta. Kedua amanah iaitu kepercayaan, ertinya terpelihara dari melakukan perkara haram walaupun terlupa dan sebelum menjadi Rasul. Lawannya khianat dengan melakukan perkara makruh. Seterusnya tabligh iaitu menyampaikan segala yang diperintahkan Allah kepada umatnya. Lawannya ialah kitman iaitu menyembunyikan segala perkara yang diperintahkan kepada mereka menyampaikannya.  Sifat terakhir ialah fatonah iaitu bijaksana, ertinya tidak sesekali dapat dikalahkan oleh orang yang membantahinya. Mustahil Rasul itu baladah iaitu bebal.
Sifat harus para Rasul عليهم السلام  pula ialah harus bagi mereka bersifat dengan tabiat manusia seperti makan,  minum dan sakit yang tidak mengurangkan martabat mereka yang tinggi.

Termasuk dalam perkara yang wajib diimani ialah
- Wajib mengetahui hal ehwal berkaitan dengan Rasulullahصلى الله عليه وآله وسلم  antaranya; bahawa Nabi Muhammad lahir di Mekah dan diutuskan disana, kemudian berhijrah ke Madinah  dan wafat disana.
-     Wajib tahu bahawa tubuh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم putih kemerah-merahan,
-    Wajib tahu bahawa makhluk yang mulia adalah
1) Penghulu kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Diikuti dengan
2) Nabi Ibrahim
3)  Nabi Musa
4) Nabi Nuh عليهم السلام
-  Wajib yakin bahawa Nabi-Nabi عليهم السلام  itu maksum dari perkara haram kecil mahupun besar.


3. Sami’yyat.
    Iaitu perkara-perkara wajib diimani, yang tidak dapat disaksikan dengan pancaidera yang 5. Ianya amat banyak antaranya;

Di dalam kubur
-    Percaya kematian
-    Siksaan kubur bagi mukmin yang berdosa dan bagi kafir
-    Soalan munkar dan Nakir

Sebelum kiamat
-    Mi’raj Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan roh dan jasad sekali.
-    Nabi Isa akan turun  ketika hamper kiamat  dan membunuh dajjal.
-    Al Quran akan diangkat pada hari kiamat

Hari kiamat
-    Dihidupkan semula untuk dihimpunkan  di padang mahsyar.
-    Percaya hisab amalan
-    Percaya laluan sirat al mustaqim
-    Syafaat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, para ulama dan solihin.
-    Percaya haudh (telaga)  Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم; pertama di padang Mahsyar dan kedua didalam syurga.
-    Pelaku dosa besar tak terhapus imannya.
-    Tidak wajib orang yang melakukan dosa mendapat balasan siksa walaupun ia melakukan dosa besar.
-    Orang mukmin tidak kekal dalam neraka.

Di dalam Syurga
-    Kewujudan syurga dan nikmat-nikmatnya
-     Melihat Allah tanpa kaifiyat

 Selain itu perkara-perkara yang wajib diimani ialah;
-    Imam Syafie, Imam Abu Hanifah. Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal رضي الله عنهم serta semua ulama’ ijtihad berada diatas petunjuk yang sempurna daripada Allah pada I’tiqad mereka dan lain-lainnya.

-    Maka wajib taqlid salah satu dari mazhab tersebut bagi setiap orang yang bukan ahli ijtihad.

-    Imam Abu Hasan al Asya’ri رضي الله عنه dan Imam Abu Mansur al Maturidi رضي الله عنه adalah ikutan benar pada I’tiqad.

-    Tariqat Syeikh Abu al Qasim Junaid al Baghdadi رضي الله عنهdan segala pengikutnya adalah benar dan terlepas dari perkara-perkara bidaah.
  ................................................................

Inilah dia pokok-pokok perbahasan dan pegangan  di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah, yang telah diikuti oleh Rasulullah  صلى الله عليه وآله وسلم dan sahabat-sahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلمyang wajib diimani bagi  umat Islam yang tetap di atas agamanya
 Tujuan ditulis petikan ini adalah untuk memberi gambaran umum secara keseluruhan tentang I’tiqad yang suci ini. Untuk keterangan lanjut dan kefahaman mendalam beserta dalil hendaklah dirujuk  pada guru-guru ynag bertauliah dan dipercayai kesohihan akidahnya.
Antara buku-buku yang disyorkan untuk rujukan seperti;

    Ihya’ Ulum al Din oleh Imam al Ghazali  رضي الله عنه
    Syarah Jauharah Tauhid oleh Imam al Baijuri  رضي الله عنه
    Matan Aqidah al  Awwam  oleh Syeikh Ahmad al Marzuqi رضي الله عنه dan Syarahannya oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki رضي الله عنه.
    Kubra al Yaqniyyat oleh Syeikh Muhammad Saed Ramadhan al Buthi رضي الله عنه.
    Akidah ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki رضي الله عنه, cetakan Koperasi al Sofa
    Akidah ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Kyai Haji Sirajuddin Abbas رضي الله عنه
    Karangan ulama’ Ahli Sunnah nusantara seperti al Durru al Thamin oleh Syeikh Daud al Fathani رضي الله عنه, Usul al Tauhid oleh Tuan Husin Kedah رضي الله عنهdan  lain- lain.
    Elakkan membaca, membeli dan mengambil kitab-kitab cetakan mamlakah al arabiah al saudiah (Saudi arabia), terutama yang diedarkan  ketika musim umrah atau haji, untuk mengelakkan dari terkeliru dengan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

والله أعلم وعليه توكلت وٳليه أنيب
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


  1045pm 5.11.09
khamis ujang1230



0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan