-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Friday, October 23, 2009

Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Berkata-kata

بسم الله الرحمن الرحيم
        الحمد لله الذي لا مانع لما أعطيت ولا معطي لما منعت ولا ينفع ذا الجد منك الجد والصلاة والسلام على سيدنا محمد خير البرية وآله وصحبه

Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Berkata-kata 
 جل جلاله

Berkata al Habib Abdullah bin Alawi al Haddad  رضي الله عنه di dalam Aqidah Islam:
    Sesungguhnya Allah Taala Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Ini  bersesuaian dengan firmannya dalam surah al Mukmin ayat 20 :
ٳن الله هو السميع البصير
‘‘Sesungguhnya Allah Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.’’

Huraiannya seperti yang disebut oleh Imam al Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki  رضي الله عنه berkata di dalam kitabnya, Qul Hazihi Sabili:

    Kami beriman bahawa Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Iaitu, Tuhan yang bersifat dengan mendengar dan melihat semua yang wujud tanpa menggunakan pancaindera dan sebarang alat, bagi menyucikan Allah dari persamaan dengan sesuatu yang baru (makhluk).

    Maka tidak terselindung dari penglihatanNya, lintasan-lintasan hati, sangkaan-sangkaan dan fikiran-fikiran yang tersembunyi dan tidak terlepas dari pendengaranNya derapan tapak kaki semut hitam pada malam yang gelap gelita di atas batu yang hitam. FirmanNya di dalam surah al Syura ayat 11:   

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير
‘‘Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (zat, sifat-sifatnya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.’’

..................................................................................................................


Maha Berkata-kata  جل جلاله.

Berkata al Habib Abdullah al Haddad  رضي الله عنه lagi :
    Allah Maha berbicara dengan kalam yang qadim, azali yang tidak menyerupai makhluk. Firman Allah Taala:

وكلم الله موسى تكليما

Ertinya: ‘‘dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan’’

Juga Imam al Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki  رضي الله عنه berkata di dalam kitabnya, Qul Hazihi Sabili:

    Kami beriman bahawa Allah itu Maha Berkata-kata dengan kalam yang tidak menyerupai kalam makhluk. Tidak sah kita menyifatkan kalamNya dengan selain yang difirmankan olehNya, kerana ia merupakan satu pelampauan ke atas Allah Taala.

    Sesungguhnya Allah Taala telah mengkhabarkan mengenai diriNya bahawa Dia berbicara dengan Nabi Musa عليه السلام  dan tidak akan berbicara pada Hari Kiamat dengan sesetengah orang yang melakukan dosa-dosa besar. Maka cukuplah kita menetapkan Kalam Allah dengan sekadar yang dibataskan oleh al Quran.   

وصلى الله على سيدنا محمد وآله وسلم
....................................

Rujukan:
Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan:  Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki, Aqidah Islam, hlm 36-37, cetakan Koperasi al Sofa, 2009, Ampang.

              


Ujang1230 23/10/2009

0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan