-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Thursday, July 1, 2010

Mengharapkan Keampunan Allah dan Tidak Berputus Asa


بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم


                      Ustaz Abu Ali al-Banjari al-Nadwi (Ahmad Fahmi Zam-Zam) seorang murid rapat al-Marhum Shaykh Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani dan penulis biografi al-Marhum, telah memetik sebuah hadith di dalam bukunya ‘Empat Puluh Hadis Penawar Hati’ yang berbunyi:

“Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. pada satu riwayat yang Baginda meriwayatkan daripada Allah S.W.T. (ertinya dalam hadis qudsi) sabdanya:  
                      “Apabila seseorang hamba itu melakukan dosa lalu ia berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosaku” maka Allah S.W.T. berfirman baginya: “Hambaku melakukan sesuatu yang berdosa lalu ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosanya atau boleh juga menjatuhkan hukuman dengan sebab adanya dosa itu.” Kemudian apabila hamba itu kembali berbuat dosa lalu ia berdoa pula: “Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku,” maka Allah S.W.T. berfirman: “Hambaku telah melakukan dosa dan ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni segala dosa atau boleh pula menyiksa dengan sebab dosa itu.” Kemudian hamba itu sekali lagi berbuat dosa maka ia lalu berkata: “Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku”, maka Allah S.W.T. berfirman kepadanya: “Hambaku berbuat dosa dan ia menyedari bahawa baginya ada Tuhan yang mengampuni segala dosa dan boleh menyiksa dengan sebab dosa itu. Sesungguhnya Aku mengampuni segala dosa hambaKu, maka hendaklah ia berbuat sesuka hatinya.”
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Kemudian, telah memetik Uztaz Abu Ali sebuah hadith lagi yang berbunyi:
                       “Daripada Anas r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah S.W.T. telah berfirman (dalam hadis qudsi): “Hai anak Adam! Selama engkau masih berdoa dan berharap kepadaKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu dan aku tidak peduli (walaupun dosa itu banyak sekali). Hai anak Adam! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yang ada di langit, kemudian kamu datang mengharapkan keampunan daripadaKu nescaya Aku berikan keampunan kepadamu. Hai anak Adam! Sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaku membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi pula keampuanan.” 
(Hadith Riwayat Tirmidhi).

Imam al- Ghazali telah menulis di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulum al-Din, antaranya:
                          Telah berkata Hudhayfa: “Saya selalu berkata kasar terhadap keluargaku, jadi saya berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, saya takut lidah saya akan membawa ku ke neraka.” Berkata Nabi yang mulia: “Bagaimana jika kamu meminta ampun? Saya memohon keampunan Tuhan 100 kali setiap hari.”‘Seorang lelaki yang tidak pernah melakukan kebaikan melihat ke langit dan berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai Tuhan. Wahai Tuhan, ampunilah aku!” dan Tuhan ‘Azza wa Jalla berkata: “Aku sudah terlebih dahulu memaafkannya.” “Sekiranya seorang lelaki melakukan dosa, tetapi mengetahui bahawa Tuhan melihatnya, di akan mendapat keampunan walaupun tidak memohonnya.”
 (Hadith Riwayat Tabarani).

Sayyidina ‘Ali Karamallahu Wajhah telah berkata:
                       ''Adalah menghairankan aku apabila seorang lelaki boleh hancur apabila ia mempunyai jalan untuk menyelamatkan dirinya.Apabila mereka meminta beliau untuk menerangkan maksudnya, beliau berkata: “Permohonan untuk keampunan!”.


Lihat :- http://yayasansofa.blogsome.com/2007/01/

moga2 Allah membukakan bagi kita kekuatan untuk bertaubat dan kembali ke rahmatNya...
ya rahmaah...

 إلهي لست للفردوس أهلا ولا أقوى على نار الجحيم 
فهب لي التوبة واغفر ذنوبي فإنك غافر الذنب العظيم
ya Allah aku mengaku tidak layak memasuki syurgaMu
sedangkan jasadku tidak mampu untuk menahan azab nerakaMu
justeru kasihanilah daku, kurniakanlahku taubatMu kepadaku dan ampunilah dosa-dosaku
sesungguhnya aku meyakini Engkau maha Pengampun dosa-dosa besar...

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم 


0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan