-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Monday, June 14, 2010

Berkata al Imam al Allamah Ibn al Wardi

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم




قال الإمام العلامة ابن الوردي في لاميته :

وَدَعِ الذِّكْرَى لأَيَّامِ الصِّبَا *  فَلأَيَّامِ الصِّبَا نَجْمٌ أَفَلْ

Berkata al Imam al Allamah Ibn al Wardi  رحمه الله تعالى
 
1.    Jangan kau ingati (ulangi) hari mudamu yang penuh dengan babak kejahilan, kerana hari-hari itu ibarat bintang yang telah tenggelam.

إِنَّ أَحْلَى عِيْشَةٌ قَضَيْتَهَا  *  ذَهَبَتْ أَيَّامُهَا وَالإِثْمُ حَلّ

2.    Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja. Semua  kegembiraan itu telah hilang, sedangkan dosanya masih tetap dalam tanggunganmu.   


Berkata Syeikh al Alim Abu Ali al Banjari al Nadwi al Maliki, dalam mensyarahkannya:

[Jangan kau ingati (ulangi) hari mudamu] ertinya: jangan kau suka mengingati babak-babak kebodohan dan segala tindakan yang kurang wajar yang engkau lakukan di masa mudamu (kerana ditakuti kau akan mengulangi maksiat tersebut). Biarlah hari-hari itu berlalu dan tak perlu diingati lagi, kerana mengingatinya akan menimbulkan rasa bodoh dan kembali kepada alam kanak-kanak.  

Sebaliknya, hendaklah kamu merancang untuk masa depan yang lebih cemerlang dan teratur, (dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.)


Kata Syeikh lagi: [Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja] ertinya:

Inilah nasib orang yang bergelumang dalam  kemaksiatan. Kegembiraannya telah hilang, kemanisannya telah berganti dengan kepahitan. Banyak penyakit (zahir dan batin) yang menimpa dirinya kerana banyak terlanjur mengerjakan dosa.

Sekarang yang dihadapinya hanyalah kehidupan yang penuh dengan segala penyesalan. Ibarat kata. Apa yang hendak dilaksanakan kalau nasi sudah jadi bubur.    

Namun baginya masih ada peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala, dengan bertaubat dari dosa dan kesalahan yang dilakukannya itu. Allah Taala masih menerima taubat hambaNya selama rohnya masih belum sampai ke halkum. Bertaubatlah segera sebelum terlambat! Bertaubatlah segera sebelum nyawa terpisah dari tubuh! 
     

.........

Saya berkata: [Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja] bermaksud:

Wahai diri ingatlah! Semanis-manis maksiat yang kau lakukan dahulu, ketahuilah ianya terlalu sedikit dan amat sementara. Sedangkan dosanya tertampung di atas bahu-bahumu hari saban hari, hingga kini tidak diketahui adakah sudah terampun dosanya… sedangkan azabnya amat pedih tak berbaloi dengan nikmat ini yang amat sekejap dapat dirasa..

Justeru  tinggalkanlah terus perbuatan ini! Masih belum terlewat lagi. Yakinilah  rahmatNya sentiasa terbuka luas kepada para hamba-hamba.

Ya  rahmaah……


Rujukan: Ya Bunayya, oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam, Cetakan Khazanah Banjariah,2004  



Ujang1230
12/06/10 @ 734pm

0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan