بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي جعل سيدنا محمد رحمة للعالمين وشفيع المذنبين وعلى آله الطاهرين الطيبين
الحمد لله الذي جعل سيدنا محمد رحمة للعالمين وشفيع المذنبين وعلى آله الطاهرين الطيبين
Sekitar Maulid Nabawi yang Mulia
Segala puji-pujian yang tertentu hanya kepadaMu, yang telah mengurniakan hamba-hambaNya dengan sebaik-baik rahmat dan setinggi-tinggi kurniaan Nabi Kita Saidina Muhammad. Sesungguhnya Allah mengiayakan Baginda sebagai rahmat alam ini dengan firman:
Al Hakim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Baginda telah bersabda :
إنما أنا رحمة مهداة
Aku adalah rahmat yang dikurniakan (kepada kamu).Maka wajiblah keatas kita mensyukuri rahmatNya ini, dengan sebenar-benar rasa syukur. Persoalannya adakah kita telah dapat merasai nikmatnya perutusan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ini? Adakah kita sanggup mengorbankan diri, keluarga harta malah segala-galanya kerana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم?
Justeru marilah kita pada musim rabi’ yang mulia ini kita sama-sama meghisab dan menginsafi terhadap diri kita sendiri, dia atas kealpaan kita terhadap insan yang telah banyak berjasa dan hakikatnya lebih berharga daripada keluarga, harta benda dan pangkat didunia yang kita miliki.
Campakkan dirimu pada relung muhasabah dan fikirlah; dimanakah kita selama ini dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Di manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berbanding kecintaan kita terhadap makhluk yang lain? Adakah kita mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم? Adalak kita mencinta Baginda صلى الله عليه وآله وسلم melebihi dari segala makhluk yang lain atau sebaliknya?
Maka marilah bersama-sama mencari hakikat sebenar kecintaan terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , melalui nukilan para ulama’. Maka pada hari-hari yang mulia ini, saya persembahkan beberapa fasal yang diharap akan mengingatkan kita semula insan paling sempurna ini, lantas membangkitkan kasih dan sayang kita terhadap Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan memperbaharui ikatan janji dengan Junjungan mulia صلى الله عليه وآله وسلم.
9 Rabi'alAnwar 1431H, Al haqir
(rahimallah masyaikhahu)
0 ulasan:
Post a Comment