IKTIQAD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 3
-Pembelaan terhadap Mazhab al Asya’ri-
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة ةالسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وآله وصحبه
الحمد لله رب العالمين والصلاة ةالسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وآله وصحبه
……………………………………………………………………………………………
- PENDAHULUAN -
Pada keluaran November 2009 yang lalu kita telah sama-sama membincangkan secara umum pendahuluan ringkas mengenai pelopor Ahli Sunnah wal Jamaah : al Imam Abu Hasan al Asyari, serta method-method pembawakannya yang mana telah disepakati dan diguna pakai oleh jumhur ulama’ Islam sejak zaman beliau sehinggalah kini.
Padanya kita telah sama-sama mengutip kalam-kalam berharga dari para ulama yang menunjukkan tentang sanggaan dan persetujuan mereka pada mazhab ini. Justeru bagi sesiapa yang mengkehendaki ulasan lebih hendaklah kembali kepada lampiran lalu dan lampiran pada bulan November.
Sedar atau tidak pihak-pihak berhaluan kiri akidah, (wahabi khususnya) telah cuba menggoncangkan singgahsana kerajaan Ahli Sunnah, dengan melontorkan lembing-lembing tohmahan kononnya: Mazhab Abu Hasan al Asya’ri terkeluar dari jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Walaupun jika difikirkan dengan akal yang waras pendapat ini dapat ditolak dengan hujah mudah, tetapi kedapatan masyarakat umum, hatta yang berpelajaran tinggi telah terpedaya dengan dakyah ini. Hal ini tidak lain lantaran kekurangan pemahaman ilmu atau ketiadaan ilmu dan taqlid buta. Justeru jika kumpulan elit pun telah terkesan sekumpulan yang bersembunyi disebalik pemakain ulama’ ini, tidak syak lagi, hal ini pasti menimbulkan keraguan dikalangan orang awam dan fitnah dikalangan orang yang mengetahuinya.
Pada kali ini pula saya, al haqir dengan segala kelemahan yang saya ada, saya berusaha untuk menaqalkan kata-kata para ilmuwan tentang hujah-hujah mereka yang melawan puak-puak ini (moga-moga Allah mengurniakan kita hidayahNya).
Cubaan yang berusaha menghilangkan kredibiliti al Asyari sebagai I’tiqad pegangan Rasulullah dan sahabat, telah lama bertapak di hati-hati orang yang telah disesatkan oleh sangkaan-sangkaan mereka yang tidak berlandaskan ilmu. Ya Allah pimpinlah kami ke jalanMu.
Ketahuilah ini bukanlah ‘pembulian’ dan fitnah terhadap individu tertentu tetapi adalah pembelaan dan penjagaan terhadap gagasan kita yang suci murni AHLI SUNNAH WAL JAMAAH dari balingan lastik kanak-kanak kecil wahabiah, maka mengertilah!
...........................
I’tiqad al Asy’ari merupakan I’tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah.
Antara kekeliruan yang meracuni akidah umat Islam, ialah wujudnya desas-desus yang menyatakan bahawa akidah al Asyai’rah bukanlah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Mereka menyatakan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah ialah akidah yang dibawa ulama’ lain sedangkan ulama’ tersebut ialah orang yang membawa fahaman yang paling banyak bercanggah dengan akidah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sehingga membawa kepada terbatalnya akidah seseorang muslim.
Tidak ada fakta yang tepat untuk meletakkan I’tiqad Al Asya’irah tidak sejajar dengan akidah Ahli Sunnah. Malahan penerima terhadap fakta sesat ini hanya akan menghancurkan akidah umat Islam kerana akidah inilah yang dipegang oleh ulama’ yang menjadi rujukan utama umat Islam sama ada di dalam bidang Tafsir, Hadith, Feqah dan lain-lain. Semenjak dari dulu hingga ke hari ini semua ulama’ yang sependapat dengan akidah ini, sebagaimana yang dilihat melalui catatan-catatan di dalam kitab-kitab mereka dan lain-lain.
Ulama' dan al 'Asyairah
1. Diantaranya, Qadhi Besar Tajuddin Abdul Wahhab Al Subki menyatakan dengan tegas bahawa kesemua ulama Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali berada dibawah akidah yang satu iaitu berada dibawah naungan Ahli Sunnah wal Jamaah yang beriman kepada Allah dengan jalan Syeikh Sunnah iaitu Abu Hasan al Asya’ri. Beliau menambah lagi dengan menyatakan : kesimpulannya akidah al Asya’ri ialah akidah yang mengandungi akidah Abu Jaafar al Thohawi yang diterima dan dipersetujui oleh ulama’ mazhab.
2. Syeikh Muhammad al Arabi Al Tibban yang merupakan syeikh bagi Mazhab Maliki di Masjid al Haram, Mekah menyatakan:
‘Ahli-ahli hadith terkemuka selepas zaman Abu Hasan hingga ke zaman ini merupakan pengikut mazhab al Asyairah, kitab-kitab tarikh dan tabaqhat (kitab yang membahaskan mengenai ulama’ terkemuka) menuturkannya.’
3. Syeikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibnu Abidin al Hanafi berkata di dalam kitabnya Raddul Mukhtar ala Al Durr al Mukhtar bahawa Ahli Sunnah wal Jamaah ialah al Asyai’rah dan al Maturidiah.
إذا أطلق أهل السنة فالمراد به الأشاعرة والماتريدية
Ertinya: jika disebut Kaum Ahli Sunnah wal Jamaah maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan (kefahaman) Imam al Asya’ri dan Imam al Maturidi.
4. Malah al Imam al Habib Abdullah bin Alawi al Haddad telah menggesa umat Islam agar berpegang erat dengan I’tiqad ini:
وكن أشعريا في اعتقادك إنه ◊ هو المنهل الصافي عن الزيغ والكفر
Ertinya: dan hendaklah kamu menjadi Asy’ari pada Aqidah kamu, kerana sesungguhnya ia adalah aliran yang bersih daripada penyelewengan dan kekufuran.
......................
Tuduhan yang dilemparkan kepada Imam al Asyari, mazhab dan pengikutnya.
Banyak desas-desus dan fitnah yang disemarakkan oleh golongan yang bertopengkan pakaian ulama’ terhadap Imam Abu Hasan al Asya’ri. Mereka menyatakan bahawasanya Imam Abu Hasan al Asya’ri dan pengikut-pengikutnya (yang kebanyakannya adalah ulama’ muktabar) telah terkeluar dari ruang lingkup aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Perlu kita ketahui bahawa dakwaan yang dianggap modinesasi dalam bidang aqidah ini bersalahan dengan ijma’ ulama’ yang selama ini memutuskan bahawa Ahli Sunnah ialah al Asyairah dan al Maturidiah.
Justeru apabila kita berpegang dengan pendapat ini, maka sudah tentu kesatuan umat Islam akan tergugat, kerana telah berkurun lama kita berpegang dengan fahaman al Asyairah ini.
Malahan saya melihat pelajar-pelajar yang menuntut di beberapa buah universiti di timur tengah meminta ibu bapa dan keluarga mereka mengucapkan semula kalimah syahadah kerana menyangka bahawa mereka tidak beriman kepada Allah, kerana mengikut al Asyai’rah yang diajar oleh tuan-tuan guru di kampung-kampung (kononnya terkeluar dari fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.)
Berdasarkan perkara ini guru kami, al Muhaddith Dr Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki berpendapat:
‘Kebanyakan umat Islam tidak mengetahui dan memahami mazhab al Asyai’rah…lantaran itu sebahagian mereka tidak berhati-hati meletakkan Asyai’rah di dalam kesesatan dan melemparkan tuduhan bahawa Asyai’rah telah terkeluar daripada agama Islam dan tergolong di dalam golongan mulhid (jauh dari kebenaran) di dalam menghuraikan sifat-sifat Allah.’’
Katanya lagi: “bagaimanakah mereka (pendakwa) menyamakan diantara golongan yang beriman dan golongan yang sesat, dan bagaimanakah mereka boleh menyamakan di antara golongan AhIi Sunnah dam pelampau Mu’tazilah yang merupakan golongan Jahmiyyah ( iaitu golongan sesat yang berpendapat tidak ada ikhtiyar bagi makhluk.)?! (Tidakkah Allahpernah berfirman:)”
Firman Allah Taala:
35. Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang Yang berdosa (yang kufur ingkar)?
Tidakkah puak berhaluan songsang ini melihat dan mencontohi ketua mereka Ibnu Taimiah dalam permasalahan ini? Beliau sendiri berkata: ulama’ ialah golongan pembantu ilmu-ilmu agama, manakala al Asyairah ialah golongan pembantu usul agama.
(al Fatawa Juzuk 4.)
35. Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang Yang berdosa (yang kufur ingkar)?
Tidakkah puak berhaluan songsang ini melihat dan mencontohi ketua mereka Ibnu Taimiah dalam permasalahan ini? Beliau sendiri berkata: ulama’ ialah golongan pembantu ilmu-ilmu agama, manakala al Asyairah ialah golongan pembantu usul agama.
(al Fatawa Juzuk 4.)
..............................
Pengikut Mazhab al Asya'irah
Bak cahaya matahari ditengah hari, sesungguhnya tidak diragui lagi bahawa saf-saf ulama’ yang menyangga al Asyairah sebagai Ahli Sunnah adalah penghulu-penghulu manusia dan sumber rujukan di zamannya dan selepas itu, yang amat diperlukan samada dari kalangan ulama atau orang awam. Merekalah barisan ulama-ulama’ dalam pelbagai disiplin agama. Jika hadith maka memadalah jika mereka adalah tokoh yang bergelar:1. Syeikh Islam Ahmad bin Hajar al A’sqalani.
Syeikh yang mulia dan pakar Hadith yang masyhur, pengarang Fath al Bari Syarah bagi kitab Soheh Bukhari yang tak asing lagi.
2. Imam Nawawi,
Syeikh Ulama Ahli Sunnah, pengarang kitab-kitab induk agama yang banyak, antaranya Syarah Soheh Muslim, Raudh al Solihin, al Azkar dan lain-lain.
Cukuplah keberadaan mereka sebagai penyokong kuat A’syairah, bukti yang cukup ampuh tentang kebenaran jalan ini. Sesungguhnya kitab-kitab dan fatwa-fatwa mereka telah digunakan sejak zaman berzaman, malah dipersetujui oleh setiap ulama di setiap waktu tersebut.
Hukum-hakam di dalamnya juga diguna pakai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira waktu dan tempat. Fikirkanlah wahai ikhwan, jika golongan al Asyairah ini dikira sesat maka kita sebenarnya telah menyesatkan jutaan umat Islam yang tidak berhak untuk mendapat celaan sebegini rupa.
Malah pada waktu yang sama mereka telah mencaci dan menghina kredibiliti ulama silam samada sedar atau tidak, sedangkan buku-buku mereka dijadikan rujukan dan sandaran setiap hari!
“Di manakah lagi kebaikan yang kita harapkan sekiranya kita melemparkan tuduhan sesat dan menyeleweng daripada kebenaran kepada ulama’ besar kita dan salafussoleh?!”
“Saya menyeru dengan ikhlas kepada setiap pendakwah dan orang yang beramal di dalam lapangan dakwah Islam, agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan umat Muhammad. Sesungguhnya umat Nabi Muhammad sentiasa berada dalam kebaikan hingga hari Kiamat. Tidak ada kebaikan pada diri kita apabila kita tidak mengetahui kedudukan dan kelebihan ulama’ kita ”
-Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki, Imam Abu Hasan al Asy'ari
“Saya menyeru dengan ikhlas kepada setiap pendakwah dan orang yang beramal di dalam lapangan dakwah Islam, agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan umat Muhammad. Sesungguhnya umat Nabi Muhammad sentiasa berada dalam kebaikan hingga hari Kiamat. Tidak ada kebaikan pada diri kita apabila kita tidak mengetahui kedudukan dan kelebihan ulama’ kita ”
Rujukan:
-Al Allamah al Allamah Muhammad Muhktar Atorid, Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah-Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki, Imam Abu Hasan al Asy'ari
0 ulasan:
Post a Comment