-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Tuesday, August 24, 2010

Ayahanda Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki..dalam kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله بنعمته تتم الصالحات والصلاة والسلام على خير الكائنات سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
Mengenang  Ulang Tahun Kewafatan Ayahanda Kami Guru Yang Tercinta:
Prof. Dr Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki رضي الله عنه
          
 



             Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki ialah salah seorang ulama Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.

          Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulama yang menziarahi Makkah.
         Beliau adalah seorang alim besar berketurunan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Lahir pada tahun 1947. Beliau memperolehi ijazah Ph.D dari universiti al Azhar dalam usia 25 tahun (rakyat Saudi yang memperolehi ijazah kedoktoran dari al Azhar dalam usia paling muda) dalam bidang Hadith. 
          

          
                
(Sayyid Muhammad beserban hijau kiri) 
  
 
(Sayyid Muhammad dua dari kiri)




            Pada tahun 1970, beliau ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar sebagai Profesor Dirasah Islamiah (Pengajian Islam) di Universiti Ummul Qura, Mekkah. Setelah ayahandanya (Sayyid Alawi bin Sayyid Abbas al Maliki) meninggal dunia pada tahun 1971M, Sayyid Muhammad menggantikan ayahaandanya mengajar di Masjid al Haram, yang mana kuliah pengajiannya ini amat diminati oleh ribuan pelajar dari seluruh dunia khasnya dalam bidang Hadith dan Tasauf.   
         Setelah menerbitkan bukunya yang bertajuk Mafahim Yajib An Tusahhah  (Kefahaman-Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan) pada tahun 1983, yang telah mencabar kreadibiliti Ulama' Saudi yang menjadikan Wahabi sebagai mazhab rasmi kerajaan, beliau dihalang dari mengajar di Masjid al Haram dan dihalau sehingga beliau berpindah ke Rusaifah (10km dari Masjidil Haram) dan membina ribat atau pasantren (sekolah) persendirian bagi terus menyampaikan kefahaman Ahli Sunnah yang sebenar kepada murid-muridnya dari serata pelusuk dunia.   



        


           Mulai 1983, beliau menumpukan fikirannya untuk mengajar dan menulis, karyanya hampir seratus buah kitab yang diterbitkan di luar negara Arab Saudi. Dua buah kitab yang bertajuk Manhaj al Salaf Fi Fahm al Nusus dan Mafahim Yajib An Tusahhah  hampir lima puluh kali diulang cetak dan telah beredar di seluruh dunia. Suka cita dimaklumkan bahawa  kitab Mafahim Yajib An Tusahhah ini telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu, dibawah terbitan Sofa Production, no: 019 379 5577.
        
         Beliau kembali ke Rahmatillah pada 15 RAMADHAN AL MUBARAK 1425H, semoga Allah sentiasa mencucurkan rahmat ke atas rohnya, amin ya Rabbal Alamin.


.......
          Semoga kita dapat  menghayati perjalanan hidup beliau ini, seterusnya melayakkan kita  dihimpunkan kelak bersama mereka kelak amin..
Semoga kita dapat menerima  pandangan rahmatnya dari barzakh sana, sehingga menguatkan azam dan himmah kita untuk menjalani kehidupan yang amat mencabar ini..
         Semoga kita sentiasa mendapat pandangan kasih sayang dan doa khususnya, yang dengan ini merawat segala penyakit jiwa, memudahkan urusan, dan menguatkan kita untuk menaikkan bendera Sunnah yang suci ini....

Ya Allah gembirakanlah kami dengannya, dan gembirakanlah dia dengan kejayaan kami! 
Ya Allah dengan berkat Ramadhan, perkenankanlah doa kami...




Walau jasadmu tiada di mata tapi kamu sentiasa di hati kami... 
 
ألا يالله بنظرة من العين الرحيمة  ** 
تداوي كل ما فيه من أمراض سقيمة


Disesuaikan dari kitab Kajian Mendalam Ke Atas manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah.
Oleh Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki
Terjemahan Abu Mazaya al Hafiz 


 

Monday, August 16, 2010

Memahami status Nabi SAW


 

بسم الله الرحمن الرحيم 

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

           KITA telah membayangkan di siri yang lepas bagaimana ada sesetengah mereka yang keliru fahamannya cenderung menghukum sesat terhadap perbuatan memuliakan dan mengagungkan Nabi SAW. Seolah-olah perbuatan itu sudah mengkaburkan perbezaan antara Allah SWT sebagai Khaliq dan Nabi SAW sebagai makhluk.

            Maka pengarang kitab Mafahim menyambung bicaranya dengan memperjelaskan fahaman sebenar dalam soal ini. Beliau menegaskan bahawa pegangan kita adalah Baginda SAW juga adalah manusia yang harus ke atas Baginda SAW apa yang harus ke atas manusia yang lain seperti mengalami suatu hal yang mendatang dan ditimpa penyakit; yang tidak mengurangi kewibawaan Baginda SAW sebagai seorang Nabi SAW dan tidak melarikan orang daripadanya.

              Benarlah apa yang dikatakan oleh seorang ahli akidah: "Para Nabi harus pada hak mereka itu ditimpa suatu perkara yang lazim menimpa manusia biasa, dengan tidak mengurangi (kewibawaan mereka), seperti ditimpa sakit yang ringan." Nabi Muhammad SAW adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, mematikan atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SAW.

                Allah SWT berfirman: Katakanlah, Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al A'raaf: 188)

               Kita faham bahawa status Nabi SAW sebagai makhluk dan hamba. Malah Sifat ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat Baginda SAW. Oleh kerana itu, Baginda SAW sendiri berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah."

                Allah SWT telah menyifatkan Baginda SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi maqam (ketika Allah menceritakan anugerah Israk kepada Baginda SAW) sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya… (Al Israa': 1) Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan Jin) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al-Jin: 19)

                 Walaupun kita tahu Rasulullah SAW itu sifatnya manusia tetapi kita wajib membezakan Baginda SAW daripada manusia umum; dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.
 
                 Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka bersesuaian dan layak dengan maqam dan kedudukan mereka.

                  Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang-orang Jahiliah. 

                    Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Di antaranya, perkataan kaum Nabi Nuh AS mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah di dalam firman-Nya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya, "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami. (Hud: 27)

                      Ayat yang lain ialah perkataan kaum Nabi Musa dan Harun mengenai nabi mereka: Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya), "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israil) menjadi orang-orang suruhan kita?"  sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran: (al-Mu'minun: 47). Hal yang sama berlaku pada Nabi Soleh dan Nabi Syu'aib (al-Syuaara: 154,185)

                       Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang-orang musyrik terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya memandang Baginda SAW sebagai manusia biasa (sedangkan Nabi itu adalah manusia terunggul dan paling istimewa), sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT dalam Kitab-Nya:
Dan mereka pula berkata, Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? (al-Furqaan, 7)

Ambilan: http://yayasansofa.blogsome.com/

..........................................................

- : قال إمام المداح البصبري رحمه الله

فمبلغ العلم فيه أنه بشر ** وأنه خير خلق الله كلهم

صلى الله وسلم عليك يا سيدي يا رسول الله

Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Membaca Surah al Fath Pada Malam Awal Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



من كتاب "كنز النجاح والسرور في الأدعية التي تشرح الصدور" تأليف الشيخ عبد الحميد محمد علي قدس المدرس والإمام بالمسجد الحرام.

"قال أبو بكر النيسابوري: سمعت محمد بن عبد الملك يقول: سمعت يزيد بن هارون يقول: سمعت المسعودي يقول: بلغني أن من قرأ سورة الفتح يعني {إنّا فتحنا لك فتحا مبينا} أول ليلة من شهر رمضان في صلاة التطوع حفظ ذلك العام.
وقال بعض العارفين :من قرأ سورة الفتح عند رؤية هلال رمضان في أول ليلة وسع الله رزقه في ذلك العام إلى آخره وفتح عليه جميع مغلقاته من خير الدنيا والآخرة وإذا قرأها الضعيف كثيرا قوى أو الذليل عز والمغلوب انتصر أو المعسر يسر الله اموره أو المديون قضي دينه أو المسجون خرج من سجنه أو المكروب رفعه الله تعالى بلطفه وكرمه وبأسرار هذه السورة الجليلة .
كيف تصلي:

تصلي ركعتين مثلا بعد ثبوت رؤية الهلال وتقرأ في الركعة الاولى الفاتحة وونصف سورة الفتح ثم فيي الركعة الثانية الفاتحة والباقي من الفتح

Tersebut di dalam Kitab Kanz al Najah wa al Surur  Fi Ad’iah Allati Tasyrah al Sudur, karangan Syeikh Abdul Hamid Muhammad Ali Quds, salah seorang tenaga pengajar dan Imam di Masjid al Haram:

Telah berkata Abu Bakar al Naisaburi: saya mendengar Muhammad bin Abdul Malik berkata: saya mendengar Yazid bin Harun berkata:saya mendengar al Naisaburi berkata:

         ‘‘Telah disampaikan kepadaku, bahawa sesiapa yang membaca Surah al Fath iaitu surah yang dimulai dengan ayat {إنّا فتحنا لك فتحا مبينا} pada malam pertama Ramadhan di dalam solat, dia akan berada di dalam penjagaan Allah untuk tahun tersebut.’’ 

Thursday, July 1, 2010

Doa bulan Rejab

بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيد المرسلين سيدنا محمد وعلى آله أجمعين

     

Pendahuluan

            Sesungguhnya Rejab adalah bulan  yang digalakkan oleh para salaf soleh terdahulu untuk memperbanyakkan istighfar padanya. Justeru ramai sekali para ulama yang telah menyusun zikir-zikir tertentu untuk dijadikan amalan umat Islam, yang terus diamalkan zaman berzaman hingga ke hari ini.

              Rasanya masih tidak terlewat lagi bagi kita untuk bersama-sama mengetahui amalan mereka tersebut, seterusnya mengamalkan sebagai amalan seharian. Moga-moga kita diberikan pembukaan yang luas dan kelazatan beramalnya, seperti mana yang dikurniakan kepada mereka-para solihin. Amin .
..........
               Dihadapan anda sekarang adalah beberapa doa ma'thur dari salaf soleh yang amat elok diamalkan pada bulan Rejab al Mubarak. Memandangkan bulan Rejab adalah bulan istighfar, maka ada eloknya kita menggunakan sedikit ruang dalam rutin seharian kita bagi diluangkan untuk memohon keampunanNya ,terutama pada bulan yang penuh berkah ini.  Istighfar tersebut ialah:

Mengharapkan Keampunan Allah dan Tidak Berputus Asa


بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم


                      Ustaz Abu Ali al-Banjari al-Nadwi (Ahmad Fahmi Zam-Zam) seorang murid rapat al-Marhum Shaykh Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani dan penulis biografi al-Marhum, telah memetik sebuah hadith di dalam bukunya ‘Empat Puluh Hadis Penawar Hati’ yang berbunyi:

“Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. pada satu riwayat yang Baginda meriwayatkan daripada Allah S.W.T. (ertinya dalam hadis qudsi) sabdanya:  
                      “Apabila seseorang hamba itu melakukan dosa lalu ia berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosaku” maka Allah S.W.T. berfirman baginya: “Hambaku melakukan sesuatu yang berdosa lalu ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosanya atau boleh juga menjatuhkan hukuman dengan sebab adanya dosa itu.” Kemudian apabila hamba itu kembali berbuat dosa lalu ia berdoa pula: “Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku,” maka Allah S.W.T. berfirman: “Hambaku telah melakukan dosa dan ia memahami bahawa ia mempunyai Tuhan yang mengampuni segala dosa atau boleh pula menyiksa dengan sebab dosa itu.” Kemudian hamba itu sekali lagi berbuat dosa maka ia lalu berkata: “Ya Tuhanku ampunkanlah dosaku”, maka Allah S.W.T. berfirman kepadanya: “Hambaku berbuat dosa dan ia menyedari bahawa baginya ada Tuhan yang mengampuni segala dosa dan boleh menyiksa dengan sebab dosa itu. Sesungguhnya Aku mengampuni segala dosa hambaKu, maka hendaklah ia berbuat sesuka hatinya.”
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Saturday, June 26, 2010

KEPENTINGAN TASAUF UNTUK INDIVIDU


بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

ARKIB 15/06/2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN



KITA telah membahaskan kedudukan tasauf dalam kerangka besar agama Islam dan hubungannya dengan syariat dan sunnah. Kali ini kita ingin menekankan kepentingan tasauf dalam kehidupan peribadi seseorang Muslim.

Sesungguhnya pentaklifan syariat yang diperintahkan secara khusus kepada manusia itu kembali kepada dua bahagian. Pertamanya, hukum-hakam yang berkaitan dengan amalan zahiriah dan yang kedua, hukum-hakam yang bersangkutan dengan amalan batiniah. Ataupun dalam erti kata lain, hukum-hakam yang bersangkutan dengan anggota badan manusia dan amalan yang bersangkutan dengan hati.

Tuesday, June 15, 2010

Keharusan Tabarruk di Sisi Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

وصلى الله على خير خلقه سيد المرسلين سيدنا ومولانا محمد

وعلى آله الطاهرين الطيبين



Risalah:
Dalil-dalil keharusan mengambil 
berkat dari bekas minuman muslimin


Mukaddimah iman
           Moga-moga Allah merahmati saya dan kamu semua, serta mentaufikkan kita dikalangan orang yang diberi pandangan inayahNya, amin.

           Risalah ini membincangkan tentang keharusan mengambil berkat atau bertabarruk dengan bekas minuman muslimin; yang mana merupakan sunnah yang telah thabit dilakukan oleh Rasulullah, dan dikuti oleh imam-imam salaf soleh terkemudian.
           Malangnya, baru-baru ini kita mendapati sesetengah individu mengeksplotasi kedudukan dan populariti mereka untuk menyesatkan orang yang cuba menghidupkan sunnah ini. Malah lebih dari itu, mereka telah menidakkan sunnah ini malah menganggapnya suatu perbuatan bidaah yang sesat.

Monday, June 14, 2010

Berkata al Imam al Allamah Ibn al Wardi

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم




قال الإمام العلامة ابن الوردي في لاميته :

وَدَعِ الذِّكْرَى لأَيَّامِ الصِّبَا *  فَلأَيَّامِ الصِّبَا نَجْمٌ أَفَلْ

Berkata al Imam al Allamah Ibn al Wardi  رحمه الله تعالى
 
1.    Jangan kau ingati (ulangi) hari mudamu yang penuh dengan babak kejahilan, kerana hari-hari itu ibarat bintang yang telah tenggelam.

إِنَّ أَحْلَى عِيْشَةٌ قَضَيْتَهَا  *  ذَهَبَتْ أَيَّامُهَا وَالإِثْمُ حَلّ

2.    Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja. Semua  kegembiraan itu telah hilang, sedangkan dosanya masih tetap dalam tanggunganmu.   


Berkata Syeikh al Alim Abu Ali al Banjari al Nadwi al Maliki, dalam mensyarahkannya:

Friday, June 11, 2010

Wasiat dan Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailany


بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
 
          Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahwa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Bisa jadi kedudukannya di sisi Allah swt jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"
          Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah ( dalam hatimu ) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah swt, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."
 
            Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah ( dalam hatimu ) :
"Dia telah beribadah kepada Allah swt jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
 
             Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah ( dalam hatimu ) :
"Orang ini memperoleh karunia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

            Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah ( dalam hatimu ) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah swt karena dia bodoh ( tidak tahu ), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

            Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah ( dalam hatimu ) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, bisa jadi di akhir usianya dia memeluk agama islam dan beramal saleh (sedangkan aku tidak mengetahui adakah aku mati dalam iman atau seballiknya-nauzubillahi min zalik).''

oleh: Taufiq Dotnet

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

Thursday, May 6, 2010

Fatwa al Allamah Syeikh Ali Jumaah Tentang Keislaman Ibu bapa Nabi


 

oleh al Allamah Dr Ali Jumaah, Mufti Mesir 



بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه  أهل السعادة والنجاة وسلم تسليما كثيرا، أما بعد


            Dewasa  ini kita banyak dikejutkan dengan tsunami aqidah yang semakin berleluasa sehingga telah berjaya merobekkan dinding-dinding pertahanan Iman  dan kesatuan masyarakat kita yang tercinta. Antara fitnah ilmiyah  terbaru yang cuba dicetuskan golongan ini yang popular dengan gelaran 'wahabi' adalah dengan mendakwa kononnya ibu bapa Nabi kita صلى الله عليه وآله وسلم  adalah kafir dan akan diazab di akhirat kelak.
            Saya al haqir sebenarnya amat bersedih kerana orang yang mendirikan propaganda ini tidak lain adalah orang yang terkenal dan dahulunya dipercayai ketelusannya dalam bidang ilmu. Malangnya mereka termasuk di dalam golongan yang terkesan dengan fahaman wahabi ini yang menyalahi jumhur majoriti ulama' lantaran tafsiran mereka tarhadap Al Quran dengan megikut hawa nafsu, tidak dengan kupasan ulama'. 
             Yang lebih dikhuatiri bagi saya ialah para pendakwa ini merupakan pensyarah dan pegawai institusi kerajaan yang mungkin akan mempengaruhi lebih ramai anak belia  dan para pelajar yang kemudian hari hanya tahu mengkafir dan merendahkan kedudukan orang-orang yang mempunyai kedudukan disisi Allah dan RasulNya. Bagaimanakah mereka berkata mahu membebaskan Palestin, Selatan Thai serta negara-negara Islam lain yang masih dijajah kini, tetapi mulut mereka terlalu busuk menghina kekasih-kekasih Tuhan dan menyakiti RasulNya dengan tkalam dan tulisan-tulisan mereka.  Bagai manakah akan datangnya pertolongan Allah jika begini usahanya?! Bagaimana?! 
              Terpaksa saya lontarkan nama pendakwa disini,  moga-moga orang-orang jahil seperti saya ini dapat mengetahui individu-individu yang  benar-benar  membawa Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah atau hanya pendakwa semata-mata; bagi menjaga iman yang soheh dan benar berteraskan fahaman salafus soleh, bukan pendapat individu tertentu sahaja. Mereka yang disebut sebentar tadi ialah Ust. Farid Ravi, pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabnagsa Selangor (KUiS)
            Moga-moga Allah membuka bagi kita pinta hidayah dan taufiq. Ya Allah selamtkanlah dan jagailah iman kami dari kesesatan!   



1)    Ayat Al Quran

Firman Allah Taala :


            Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad di dalam Tobaqat al Kubra, dikeluarkan juga oleh al Bazzar, al Tabrani dan Abu Nu’aim di dalam Dalail al Nubuwwah, daripada Ibnu Abbas RA berkata:

Dan (keturunan Rasulullah itu adalah keturunan) dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Rasulullah SAW sebagai seorang Nabi.


             Ibnu Abbas RA mentafsirkan firman Allah ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang Nabi ke sulbi Nabi seterusnya ke dalam sulbi dari kalangan para sajidiin (yang sujud dan beriman kepada Allah).

                 Maka dapatlah diketahui bahawa Rasulullah SAW dilahirkan daripada benih insan-insan yang beriman dan mendirikan solat dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS.

                  Dalil ini juga telah dipakai oleh Imam Baijuri di dalam Hasyiah, pada menyatakan keimanan ayahanda dan bonda serta seluruh nenek-moyang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

2)    Hadith

Diriwayatkan dari Watsilah ibn al Asqa’ bahawa Rasulullah  bersabda :


‘‘ Sesungguhnya Allah Taala telah memilih Nabi Ismail di antara kalangan anak-anak Nabi Ibrahim, Allah telah memilih Bani Kinanah di antara anak-anak Nabi Ismail, Allah Taala telah memilih kaum Quraisy dari kalangan Bani Kinanah, Allah Taala telah memilih Bani Hasyim di antara kaum Quraisy, dan Allah Taala telah memilih daku dari kalangan Bani Hasyim.’’  


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya Juz 4 m/s 107, Imam Muslim dalam Sohehnya juz 4 m/s 17-82  

Diriwayatkan daripada bapa saudara Nabi iaitu al Abbas, beliau berkata, Rasulullah bersabda :





            ‘‘Sesungguhnya Allah telah menciptakan segala makhluk ini, dan Dia menciptakan daku daripada yang terlebih baik di antara segala makhluk, dan daripada sebaik-baik kurun mereka,
              Kemudian Allah memilih kabilah-kabilah dan dijadikan daku daripada sebaik-baik kabilah.
             Kemudian Allah Taala memilih rumah-rumah maka dijadikan daku dari sebaik-baik rumah mereka. Maka aku adalah sebaik-baik jiwa dari kalangan mereka dan sebaik-baik rumah dari kalangan mereka.’’
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, juz4 m/s165 dan Imam Tirmizi dalam Sunannya, juz5 m/s 584. 
 

              Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  telah menyifatkan keturunan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم   itu dengan ‘yang suci’ dan ‘yang baik, dan kedua-dua sifat ini menafikan sama sekali sifat kufur dan syirik; sebagaimana firman Allah Taala ketika menyifatkan orang-orang musyrikin : 

........................................


وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس
عدد ما وسعه علم الله

Diambil sepenuhnya dari fatwa Mufti Mesir al Allamah  Dr Ali Jumah (moga-moga Allah merahmatinya) di dalam kitabnya al Bayan al Qawim Litashih Ba'dhi al Mafahim

Sila klik di sini untuk versi pdf...

Friday, April 30, 2010

Tajdid: Antara hakikat dan dakwaan


Utusan Malaysia, 27/4/2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

        DI dalam dua tulisan yang lepas, kita telah cuba menjelaskan tentang falsafah dan kerangka sebenar tajdid atau pembaharuan. Tajdid dan para mujaddid, iaitu mereka yang memikul amanah tugas ini, adalah sangat mulia dan terpuji kedudukannya dalam Islam jika betul fahamnya dan kena tempatnya.



Perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa memerlukan tajdid dari segi strategi.

        Dengan penjelasan itu diharap kita akan lebih mudah membezakan antara yang tajdid hakiki dan yang sekadar dakwaan. Memang ada mereka yang mengaku dan mendakwa sebagai penggerak tajdid sedangkan tajdid yang hakiki tiada kena mengena dengan apa yang mereka gerakkan.

Bak kata pepatah Arab, "Mereka semua mendakwa sebagai kekasih Laila sedangkan Laila jauh daripada semua dakwaan itu!".

        Tanpa kerangka faham yang betul, orang awam sukar hendak membezakan antara yang hakiki dan yang dakwaan kerana kedua-duanya menggunakan ayat al-Quran dan hadis dalam hujah mereka.

         Kadang-kadang ayat dan hadis yang sama yang dipetik walaupun berlainan syarahnya. Pepatah mengenai Laila di atas pun biasa dipetik oleh mujaddid dakwaan untuk menyerang mereka yang tidak sefahaman!

        Oleh itu untuk keselamatan agama mereka, sangat penting bagi masyarakat awam berpegang dengan petua bagi membezakan tajdid hakiki dan dakwaan.

         (1)  Antara petuanya yang utama adalah, memeriksa apa yang jadi sasaran tajdid seseorang atau sesuatu aliran. Adakah yang mahu ditajdidkan itu ajaran dan prinsip Islam itu sendiri atau fikrah dan sikap orang, masyarakat, negara dan umat Islam.
         Kita tegaskan bahawa prinsip dan ajaran Islam itu tidak perlu lagi ditajdid terutamanya oleh kita yang bukannya berada di kurun-kurun awal Islam. Para mujaddid hakiki daripada generasi terawal pun bukannya mengubah isi dan hakikat Islam itu tetapi sebaliknya sekadar menyusun, memperkemaskan istilah, menghuraikan ajaran Islam.

          Segalanya tidak lari daripada kerangka dan isi asal Islam. Selebihnya mereka berperanan memurnikan kefahaman dan penghayatan umat di zaman mereka terhadap ajaran dan prinsip Islam.

          Hari ini, tajdid yang boleh dibenarkan terhadap ajaran Islam sepatutnya terbatas terhadap usaha memperelokkan penjelasan dan persembahannya, agar jelas kaitannya dan kesesuaiannya dengan realiti semasa.

           Orang, masyarakat dan umat Islam itu sendiri sering lalai dan lupa. Ramai yang tidak menghayati, memahami dan mengamalkan Islam sama ada kerana kejahilan, kedegilan atau kelalaian.

           Maka tugas utama para mujaddid zaman ini adalah mendidik yang jahil, mengingatkan yang lalai manakala yang degil perlu dicegah dan diajar. Mujaddid hakiki tidak sepatutnya lebih mengelirukan mereka yang jahil dan lalai dengan fahaman dan  persoalan ranting yang hakikatnya tidak menambah atau mengurangkan keimanan dan ketakwaan mereka.

          Tidak sepatutnya menyibukkan diri dan orang lain untuk mengulangkaji, mempertikai dan merombak apa yang sudah baku dan muktabar dalam ajaran Islam.
Mereka yang lalai dan degil perlu didakwah dengan akhlak Nabawi.

Amal bakti mujaddid silam

          Sebagai tolok perbandingan dan piawai tajdid hakiki, mari kita sorot amal bakti tokoh-tokoh mujaddid silam yang disepakati oleh majoriti umat.

          Di kurun pertama, Khalifah Umar bin Abdul Aziz (61-101H) telah muncul sebagai model yang hidup ketakwaan, keikhlasan, amanah dan zuhud, setelah nilai-nilai ini dikelabui pemerintahan sebelum beliau.

           Beliau turut memurnikan kembali fahaman dan akidah umat antaranya dengan menghentikan amalan menghina dan merendahkan Saidina Ali dan Ahlul Bayt termasuk dalam khutbah-khutbah.

            Beliau juga mengasaskan dan menggalakkan usaha menghimpunkan hadis-hadis Nabi SAW. Zaman beliau turut dicorakkan kehadiran tokoh-tokoh ulama Tabiin seperti Imam Hassan al-Basri (21-101H) yang muncul sebagai antara penjaga akidah dan akhlak umat serta merupakan antara Imam pengasas cabang ilmu akhlak dan kerohanian tasauf dalam Islam.

          Zaman berikutnya, menyaksikan kemunculan Imam-imam Mazhab fiqh, Imam Abu Hanifah (80-150H), Imam Malik (94-179H), Imam al-Shafie (150-204H), Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H), yang akhirnya mengasaskan sistem syariah dan hukum-hakam yang tersusun dan kemas. Suatu struktur fiqh yang bersifat kepelbagaian dalam kesatuan yang harmoni.

           Apabila umat Islam diuji dengan pelbagai fahaman dan akidah yang menyesatkan, muncullah Imam Abu al-Hassan al-Ash'ari (260-324H) memurnikan fahaman dan menyusun kaedah-kaedah akidah Islam.

           Tugas yang hampir sama ditunaikan kemudiannya dengan penuh amanah oleh al-Imam al-Ghazali (450-505H) yang turut meninggalkan sumbangan penting dalam perkembangan cabang-cabang ilmu tasauf, usul al-fiqh dan fiqh. Di era yang sama muncul tokoh kerohanian tasauf-tarekat, Sheikh Abd. Qadir al-Jilani (470-561H) yang menyambung usaha Imam al-Ghazali di bidang ini dan menyusun pendekatan keruhanian yang lebih khusus.

           Kesan dan keberkatan usaha pemurnian akidah-syariah-akhlak generasi al-Ghazali dan al-Jilani ini akhirnya memungkinkan kemunculan mujaddid Mujahid, Sultan Salahuddin al-Ayyubi (w.589H) dan generasinya yang telah berjaya mengembalikan al-Aqsa ke tangan umat Islam.

Bersumberkan acuan Islam

         Jika diteliti dengan insaf, amal-bakti para tokoh mujaddid silam ini adalah semuanya bersumberkan acuan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka kemudiannya menghurai, menyusun dan memperkembangkannya lagi agar lebih mudah dihayati dan diamalkan oleh umat.
         Usaha mereka jelas bersifat suatu kesinambungan atas warisan generasi sebelumnya dan bukannya membina sesudah meruntuhkan warisan yang ada.

       Dapat diperhatikan juga para mujaddid ini berjalan atas jalan rahmat dan kasih sayang sesama Islam tetapi tegas terhadap para kuffar dan kekufuran serta ajaran yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam.
        Berbanding dengan warisan para mujaddid silam, kita lihat ada tokoh dan gerakan yang mendakwa tajdid hakikatnya membawa fahaman yang ganjil dan bertentangan dengan asas al-Quran dan sunnah yang diperjuangkan oleh warisan para mujaddid silam.

            Oleh itu, mereka terpaksa berusaha terlebih dahulu meruntuhkan warisan para mujaddid silam agar fahaman mereka dapat dibina di atas runtuhan itu. Maka kita perhatikan gerakan 'tajdid' mereka penuh dengan mesej yang mempertikaikan dan menimbulkan keraguan terhadap warisan para mujaddid silam.
          Jika para mujaddid silam menumpukan persoalan yang lebih mustahak dan membina, para pendakwa tajdid masih berkeras mahu mentajdidkan fahaman terhadap persoalan bidaah dan khilafiah dalam Islam. Berkeras mempertikaikan kemurnian akidah dan kesahihan amalan majoriti umat Islam.

            Kita bukannya mahu mempertikaikan niat dan semangat mereka, tetapi niat dan semangat tinggi tanpa panduan ilmu yang benarlah yang telah mendorong puak Khawarij berkeras menentang Saidina Ali dan majoriti umat di zamannya.

           Dalam kita memperjuangkan agama, kita semua juga harus sentiasa mewaspadai datangnya penyakit hati seperti ujub, takbur, hubbul jah dan hubbul riyasah (sukakan kedudukan dan pangkat).

          Penyakit-penyakit hati ini menjadi fokus ilmu tasauf tetapi masalahnya, para pendakwa tajdid ini rata-rata cenderung anti atau meminggirkan tasauf!

        Kita menasihatkan masyarakat awam agar amat berhati-hati dengan mereka yang mendakwa tajdid di kalangan kita. Perhatikanlah betul-betul apa isu-isu yang diperjuangkan.

       Analisalah sikap mereka terhadap warisan ilmu para mujaddid silam. Istikharahkanlah dan syurakanlah dengan orang-orang yang lebih mengkhusus dan lebih berpengalaman.

     Janganlah mudah menerima momokan dan ditakutkan 'hantu' tarekat, tasauf, taklid buta, taksub mazhab, bidaah, khurafat dan sebagainya. 
 
dari;
http://ysofaklforms.blogspot.com/2010/04/tajdid-antara-hakikat-dan-dakwaan.html

Sunday, April 25, 2010

al Hafiz Abdullah ibn Siddiq al Ghumari رضي الله عنه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

Kenali Ulama’mu, Sekilas Biografi ;
‘‘ Musnid al Dunya, al Allamah al Sayyid Abdullah ibn Siddiq al Ghumari’’
 رضي الله عنه

(1910-1993M / 1328-1413H)
……………………
Pengenalan.
          Benarlah kata para pensyair, bahawa ‘mana mungkin terik cahaya matahari  itu dapat didustakan  oleh si buta.’ Begitulah kehebatan ketinggian syakhsiah dan keilmuan Syeikh yang ulung ini, yang sinar mentari kelebihannya, dapat dirasai semua orang sama ada kekasih atau musuhnya. Beliaulah guru para ulama’, sandaran segala fuqaha’ dan harapan segala fuqara’. Ulama’ al Asyari agung yang berani menegakkan kebenaran dengan lisan dan mata pena untuk menggapai redha Khaliqnya (Allah), tanpa takut ugutan dan tentangan makhlukNya. Moga-moga rahmat Allah sentiasa tercucur ke atasmu selama mana kerinduan membakar di hati-hati kekasihnya…

Wednesday, April 21, 2010

Sejenak Bersama Imam al Busiri dan Qasidah Burdahnya Yang Masyhur



Beliaulah Sayyidul Muddah iaitu penghulu para pensyair yang memuji Rasulullah, namanya Syarafuddin Abu Abdullah Muhammad bin Said bin Hamad al Sonhadji al Busiri. Lahir di Bahtim, Mesir pada tahun 608H (1212M) dan asal keturunan beliau dari Maghribi. Beliau wafat di Iskandariah, Mesir pada tahun 696H/1296M.  

(Maqam Imam al Busiri)

Adalah disebut didalam sejarah bahawa Imam Busiri ini telah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Bermacam-macam usaha telah pun dilakukan dalam membuat rawatan namun penyakit itu tetap juga tidak sembuh. Akhirnya para doktor yang mengubatinya telah berputus asa dari kesembuhannya.

Maka dalam keadaan badan yang sangat teruk ini, timbullah satu ilham di hati beliau (moga2 Allah merahmatinya) untuk mengarang sebuah Qasidah puji-pujian terhadap Rasulullah. Rupanya badan yang longlai ini masih lagi memiliki hati yang sangat cergas dan ingatan yang sangat tajam dan keazaman yang kuat.

Maka dengan hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kerinduan kepada Rasulullah, Imam Busiri melakarkan qasidahnya. Satu bait demi satu bait hinggalah menjangkau 161 bait syair.

Apa yang dapat dirasakan dalam jiwa beliau (berniat) semoga dengan berkat memuji Baginda, penyakitnya akan disembuhkan Allah Taala. 

Bait-bait al Nabawiyah




Berkata Sayyidul Muddah, al Imam Syarafuddin Abi Abdillah Muhammad al Busiri ;





Secarik Roti Kering


بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيد المرسلين نبينا وشفيعنا محمد وعلى آله الطاهرين الطيبين




ku bersimpuh di tepi anjung
mengingat apa yang telah lalu
ternyata yang kulakukan hanya sia-sia
igauan anak2 remaja

mengakui apa yang telah dimakan usia cerekanya
menyesali apa yang telah dilakukan padanya 
kuserahkan seluruh jiwa raga
hanya untuk kembali kepadaNya...

Wednesday, April 7, 2010

TAFSIR surah al Mukminun ayat 1 dan 2



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على الإيمان والصلاة والسلام على حبيب الرحمن سيدنا محمد وعلى آله وصحبه سادات أهل الجنان




Firman Allah Taala :

صدق الله العظيم
Benarlah firman Allah yang Maha Agung


Huraiannya :

Keterangannya, dari Tafsir ‘Abrul Athir oleh Ustaz Ahmad Sonhaji Mohamad رحمه الله   :


    Mengikut Ibnu Abbas ; ‘‘berjaya’’ dimakna berbahagia. Orang-orang yang beriman ialah yang percaya kepada Allah dan mengesakanNya, mereka kekal di dalam Syurga.

     Atau dimaknakan berjaya mendapat kemenangan dan terselamat dari bencana. Inilah yang dimaksudkan dengan berjaya.



- Fadhilat Salawat dan Salam ke atas Semulia-Mulia Makhluk : Nabi Muhammad صلىّ الله عليه وآله وسلم -



(( فضائل الصلاة والسلام على خير الأنام ))

صلى الله عليه وآله وسلم



        Segala puji dan puja dikhususkan kepadaMu ya Allah. Salawat dan Salam ke atas Junjungan agung Nabi Muhammad; Rasul, hamba dan kekasihMu, serta ke atas sekelian keluarga dan sahabatnya yang mulia.

     Kali ini, al haqir akan mengeluarkan beberapa potong hadith dan kata-kata para  ulama’ dalam konteks galakan memperbanyakkan salawat dan salam ke atas Rasulullah صلىّ الله عليه وآله وسلم .

       Kesemua hadith yang saya pilih ini, adalah diambil terus dari kitab jawi lama; kitab Khulasah Al-Asrar fi Al-Solat Wa Al-Salam Ala Sayyid Al-Abrar صلىّ الله عليه وآله وسلم   karangan Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Rahman Al-Fathani (رحمه الله) tanpa mengubah struktur dan gaya bahasanya.

      Saya khususkan ambilan hadith dan kisah warid yang berkaitan dengan fadhilat selawat dalam mengkafarah dosa dan mendapat syafaat Rasulullah; untuk menyuntik roh taubat khasnya kepada  kita-para belia agar kita bersama-sama kembali ke pintu rahmat dan kemaafan al Rahman yang maha luas, berpintukan  hidayah dan belas ihsan  Muhammadi, jalan Islam yang sebenarnya. Bukankah tidak akan sempurna iman seseorang, sehingga dia beriman dengan kerasulan Muhammad?

Ya! Islam is a life style


Monday, March 29, 2010

Kenali Ulama’mu : al Allamah al Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz, ulama’ besar Hadhramaut, Yaman.

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلي وسلم على سيدنا محمد وعلى آله

al Habib Umar al Yamani
Pendahuluan



           Kita masih lagi berada pada rihab bulan maulid yang bercahaya. Buat kali ini, marilah kita  sama-sama merenung dan mengingati  tokoh yang telah banyak memberikan sumbangan dan jasa yang besar dalam mentarbiyah dan mengajak umat Islam untuk mengenali Nabi, menghormati dan menyayangi Baginda. Maka dengan rendah diri saya mempersembahkan biodata ulama yang tak asing lagi dalam dunia Islam al Habib Umar ibn Muhammad al Yamani, yang saya ringkaskan dari laman web beliau. Saya sudahi kalam ini dengan kata-kata Syeikh Abu Madyan al Ghausi:
tidaklah keseronokan iu melainkan dengan bersama al fuqara'
merekalah (pada hakikatnya) Sultan-sultan, para ketua dan pemerintah-pemerintah 
* Kelahiran.

        Beliau lahir di Bandar Tarim, negeri Hadhramaut, Yaman menjelang subuh Isnin 4 Muharram 1383H bersamaan 27 May 1963M. Beliau menetap dan membesar disana. Beliau diasuh dengan pertarbiyahan solihah oleh ayahandanya dalam suasana ilmu, iman dan akhlak yang mulia. Pada usia yang masih muda beliau sudah pun menghafaz al Quran.


    * Menuntut ilmu


Beliau menpelajari ilmu-ilmu agama dan mendalaminya dari ulama Tarim, iaitu :

   1.Yang paling utama ayahandanya yang mulia, Mufti Tarim: Habib Muhammad ibn Salim ibn Hafiz.
   2. Habib Muhammad ibn Alawi ibn Syihabuddin
   3. Habib Ali al Masyhur ibn Muhammad ibn Salim
   4. Habib Salim ibn Abdullah al Syatiri
   5.Habib Zain ibn Ibrahim ibn Semait
   6.Al Musnid Al Allamah al Habib Ibrahim ibn Umar ibn Uqail.
   7.Mufti Syeikh Fadhl ibn Abdul Rahman Ba Fadhl,
   8. Al Arif al Allamah Abdul Qadir ibn Ahmad al Saqqaf
   9. Al Musnid al Syeikh Muhammad Yasin al Fadani
  10.Al Allamah Muhaddith al Haramain al Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki
, dan ramai lagi
(رضي الله عنهم ).

        Beliau mula memulakan amal dakwah ketika berumur 15 tahun, disamping terus dengan kegiatan menuntut ilmu dan talaqqi.

         Apabila tentangan dan keganasan tentera Soviet semakin memuncak, pada awal tahun 1402H/1981M beliau berpindah ke Baidha’, Yaman. Dalam keadaan yang getir sebegitu, beliau tetap meneruskan pembelajaran dengan ulama’ disana, disamping melakukan dakwah ke sekitar al Baidha’ dan al Hadidah.

        Dalam perjalanannya menuntut ilmu, beliau sering berulang-alik menjejaki berapa tanah yang subur dengan pohon ilmu dan makrifat, terutamanya Makkah dan Madinah. Di sana beliau tidak melepaskan peluang untuk menuntut dengan ulama’ terkemuka disana.

          Kemudian setelah pulang, beliau berpindah ke Sultanah Amman, sebelum menuju ke Bandar Syahr, Hadhramaut. Pada kedua tempat ini, beliau menghabiskan waktunya untuk mengajak para pemuda bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, dan memberi pendekatan dan perhatian kepada mereka dalam urusan keagamaan.


    * Kepulangan ke Tarim

          Akhirnya beliau pulang semula ke kampung halaman, Tarim. Di situlah juga beliau mula mengasaskan Kompleks Pengajian Agama Dar al Mustafa, Tarim pada 1414H/1994M. Dengan komitmen untuk mewarisi pusaka Nabawi (al Quran dan Sunnah), maahad ini telah dibina dengan beberapa misi :

   1. Pengajaran ilmu-ilmu syariat dengan sanad yang muttasil dengan prosedur tahqiq dan cara warisan, dengan bantuan kaedah-kaedah moden dan gambaran realiti untuk memudahkan praktikal.

   2. Pembersihan jiwa-jiwa dengan mengikhlaskan niat, penyucian hati dan pembentukan akhlak mulia.

   3.Meninggikan himmah keazaman dan semangat dalam penerangan agama dengan cara yang baik dan menyampaikan kebaikan kepada semua semaksima yang mungkin.



          Selepas bermulanya program talaqqi di Dar al Mustafa untuk beberapa lama, sempurnalah perasmian rasmi bangunan kompleks pada hari Selasa 29 Zul Hijjah 1417H bersamaan 6 Mei 1997. Semenjak itu, Dar al Mustafa sentiasa menerima kedatangan para pelajar dari segenap dunia.

           Beliau adalah di antara rijal yang dipilih olehNya untuk menyampaikan nasihat-nasihat dan pengajaran-pengajaran agama dengan amat bersungguh-sungguh. Beliau telah mengadakan pelbagai majlis-majlis ilmu di Tarim, terutamanya pengajian setiap Isnin di dataran umum di tengah Bandar yang dihadiri oleh ratusan penuntut, para kekasih dan orang awam.

           Selain itu, beliau juga mengadakan ziarah-ziarah keagamaan di sekitar Yaman, disamping mengajar di universiti, maahad dan persatuan-persatuan. Beliau juga aktif dalam menghadiri dan membentangkan kertas kerja pada Muktamar-muktamar Islam sedunia. Beliau juga sering menyampaikan kuliah agama dalam rancangan-rancangan televisyen.


    * Permusafirannya

          Beliau meluangkan masa untuk bermussafir ke seluruh dunia tiada lain, melainkan untuk menyampaikan dakwah kepadaNya. Di antara Negara yang diziarahinya ialah Syam, Mesir, Sudan, Kenya, Tanzania, Pakistan, Malaysia, Indonesia, Singapura dan lain-lain. Beliau juga mengambil manfaat dengan menhubungkan sanad ilmu dengan ulama di tempat berkenaan.


    * Karangan beliau

           Beliau mempunyai banyak koleksi ceramah dalam bentuk audio dan video disamping pelbagai jenis kitab, antaranya:

    * Is’af Tolibi Ridha al Khalq Bi Bayan Makarim al Akhlak
    * Al Zakhirah al Musyrifah, ia telah diterjemah ke dalam banyak bahasa.
    * Al Dhiya’ al Lami’ bi Zikri Maulid al Nabi al Syafi’
    * Al Khitab al Islami fi Muassasat al Diniah
    * Khuluquna
    * Syarh Manzumah al Sanad al Alawi, dan banyak lagi.
 

      وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

      والحمد لله رب العالمين


Ujang 24 March 2010, 21:15:43






About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan