-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Thursday, October 15, 2009

Promosi: Madrasah Ahli Sunnah wal Jamaah



MAAHAD AS SOFA merupakan sebuah pusat pengajian peringkat menengah yang dikelolakan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (No.Pen.0202/04/9). Maahad ini memberikan penekanan kepada pengajian ilmu agama dalam Bahasa Arab, pengajian Bahasa Arab yang efektif dan hafazan ayat-ayat al Quran.
Bagi mencapai matlamat tersebut, maahad ini mengaplikasikan kaedah pengajian tradisi ulama’ yang belajar secara menghafaz matan-matan ilmu dan ayat-ayat al Quran. Di samping itu juga, para pelajar turut diajar dengan mata pelajaran akademik oleh guru-guru yang berkelulusan dan berpengalaman.
  
Kaedah pengajian ini disediakan khusus bagi para pelajar yang benar-benar berminat untuk menguasai ilmu agama dan Bahasa Arab secara mendalam dan jitu bagi memastikan pelajar keluaran Maahad ini mampu memikul tanggungjawab sebagai ahli profesional Islam yang hebat.

FALSAFAH : “Membentuk llmuwan Islam Yang Profesional, Bertaqwa dan  Terbilang”

OBJEKTIF :·        Mengaplikasikan disiplin pengajian ilmu Islam yang mantap berdasarkan kaedah tradisi unggul ulama’ silam
·       Melahirkan pelapis ulama’ yang benar-benar menguasai Bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam di samping mempunyai akhlak yang mulia sehingga mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menangkis segala fahaman yang batil
·       Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan cekap dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman
·       Membentuk generasi pelajar yang mampu membawa masyarakat kembali menghayati keindahan Islam dan mengamalkan corak murni kehidupan seorang Muslim sejajar dengan al Quran dan Sunnah
·       Memacu kemodenan dan pembangunan melalui ilmuan  Islam yang profesional dan berwawasan.


PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN :

1. TINGKATAN 1 / I’DADI
2. TINGKATAN 4 / THANAWI 1


    ( dan seterusnya mengikut perubahan sesi persekolahan bagi tahun baru )

SUBJEK YANG DITAWARKAN :



TING

HIFZ AL QURAN

AKADEMIK

I’DADI / THANAWI

TING 1 / I’DADI 1

Juzu’ 1
hingga 6

·Bahasa Melayu
·Bahasa Inggeris
·Bahasa Arab
·Pendidikan Islam
·Sains
·Matematik
·Kemahiran Hidup
·Sejarah
·Geografi

·Nahu (Matan al Ajrumiyyah)
·Tauhid (Aqidah al Awam)
·Hadith (Arba’un al Nawawiyyah)
·Feqah (Safinah al Najah)
·Sirah (Nur al Uyun)
·Insya’
·Mutala’ah

TING 4 / THANAWI 1

Juzu’ 1 hingga 7

SPM
·      Bahasa Melayu
·      Bahasa Inggeris
·      Bahasa Arab Tinggi
·      Pendidikan al Quran dan Sunnah
·      Pendidikan Syariah Islamiah
·      Sains
·      Matematik
·      Sejarah

·      Tauhid (Jala’ al Afham)
·      Tafsir (Sofwah al Tafasir)
·      Feqah (Nail al Raja’)
·      (Tasawwuf) Bidayah al Hidayah
·      Sirah (Nur al Uyun)
·      Hadith
     (Syarh Arba’in al Nawawiyyah)
·      Ulum Hadith (al Qawaid al Asasiyyah fi Mustolah al Hadith)
·      Ulum al Quran (al Qawaid al Asasiyyah fi Ulum al Quran)
·      Usul Fiqh (Syarh Manzumah al Waraqaat fi Usul al Fiqh)
·      Nahu dan Saraf
     (Tuhfah al Saniyyah)
·      Insya’ dan Mutala’ah







SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
 
TINGKATAN 1 / I’DADI    
·       Sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam peperiksaan UPSR
·       Berminat dan mampu menghafaz al Quran
·       Mahir membaca al Quran dan menulis jawi

TINGKATAN 4 / THANAWI 1
·      Memiliki asas Bahasa Arab
·       Mahir membaca al Quran dan menulis jawi
·       Berminat dan mampu menghafaz al Quran



KELEBIHAN YANG DISEDIAKAN

Sistem pengajian bersanad. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian kitab yang disediakan akan dianugerahkan sanad dan ijazah. Pengambilan ilmu secara talaqqi. Berpeluang mengikuti Majlis Khatam Sohih al Bukhari pada setiap bulan Rejab.

·       Hafiz al Quran
Berpeluang menghafaz al Quran sehingga berjaya menjadi seorang al Hafiz di bawah bimbingan guru al Quran yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri.


·       Kemahiran Berbahasa
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.


·       Penterjemahan
Pelajar yang berkebolehan akan dibimbing untuk menjadi penterjemah dan penulis buku.


·       Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri serta berpengalaman


·       Program Bersama Ulama’ Dunia Islam
Pelajar-pelajar berpeluang bertemu, mendengar ceramah dan belajar dengan ulama’ terkenal dari Timur Tengah dan Nusantara yang sering mengadakan program ziarah dan dakwah ke madrasah ini.


·       Sistem Pentarbiahan Mengikut Salafussoleh
Pelajar ditarbiah membudayakan akhlak salafussoleh dan mempraktikkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan wirid secara konsisten dan sistematik.


·       Biasiswa
Pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan bersungguh-sungguh. Diberi keutamaan kepada golongan yang kurang berkemampuan. 


·       Perpustakaan
Kemudahan perpustakaan yang dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan.


·       Kelas Komputer
Pelajar berpeluang mengikuti kelas komputer dan mempelajari kemahiran yang disediakan.


·       Kemudahan Penginapan
Penginapan yang selesa dan mempunyai panorama yang indah.


·       Penyediaan silibus berdasarkan  KBSM Kementerian Pelajaran Malaysia dan pengajian Islam tambahan disusun berdasarkan idea dan seliaan pakar-pakar berikut :
-      Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki (Pakar Hadith dari Makkah al Mukarramah)
-      Al Mufassir Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki (Pakar Tafsir dari Makkah al Mukarramah)
-      Al Muhaddith Sayyid Muhammad Abdul Ba’ith ibn Ibrahim al Kitani (Pakar Hadith Mesir)
-      Al Usuli Dr. Umar Kamil (Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam di Arab Saudi dan Wakil Hubungan Antara Maahad as Sofa dan Universiti al Azhar)
-      Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan).

SENARAI  YURAN  DAN  KEPERLUAN  SEKOLAH  SESI  2009

A.         Bayaran  Yuran  Persekolahan
               


Jenis  Yuran

Bulanan
(RM)

Tahunan
(RM)

Keseluruhan
(RM)

Jumlah
(hari pendaftaran )

Pendaftaran



300.00

300.00

Persekolahan

120.00



120.00

Makan

225.00



225.00

Asrama

45.00



45.00

Komputer

10.00



10.00

Hemat Diri


100.00


100.00

Cagaran


200.00


200.00

Jumlah

400.00

300.00 (1X)

300.00 (1X)

1000.00

B.            Keperluan Persekolahan / Asrama


BIL.

PERKARA

TING. 1

TING. 4

1

Buku Kerja Akademik
1.1       Bahasa Melayu
1.2       Bahasa Inggeris
1.3       Mathematics
1.4       Science
1.5       Sejarah
1.6       Geografi
1.7       KH (Perdagangan)
1.8       Pendidikan Islam
1.9       Pend. Syariah Islamiah
1.10    Pend. Al Quran & Sunnah
1.11    Buku Kerja Bahasa Arab
1.12    Buku Kerja Bahasa Arab Tinggi

RM4.20
RM4.20
RM4.20
RM7.95
RM4.20
RM4.20
RM6.90
RM5.00
RM7.90

RM4.50
RM4.50
RM4.50
RM7.95
RM4.50
RM5.00
RM5.00
RM8.50

2

Buku Tulis ( 20 buah x RM0.70 )

RM14.00

RM14.00

3

Buku Amali / Nota ( 5 buah x RM1.80 )

RM9.00

RM9.00

4

Exam. Pad A4 ( 2 x RM2.00 )

RM4.00

RM4.00

5

Buku Peraturan Sekolah

RM5.00

RM5.00

6

Buku Peraturan Asrama

RM3.00

RM3.00

7

Rekod Kemajuan Hafazan Pelajar

RM8.00

RM8.00

8

Kad Perpustakaan

RM2.00

RM2.00

9

Kad Makmal Komputer

RM2.00

RM2.00

10

Baju Rasmi ( lelaki )

RM40.00

RM40.00

11

Baju Rasmi ( perempuan )

RM45.00

RM45.00

12

Set Cadar Sekolah

RM35.00

RM35.00

13

Ahli Koperasi Sekolah

RM5.00

RM5.00

14

Yuran Peperiksaan

RM10.00

RM10.00

15.

Kad Matik Pelajar



16

Baju ‘T’ Sekolah Lengan Panjang (P)



17

Baju ‘T’ Sekolah (L)



18

Kopiah Rasmi



19

Samping Maahad



20

Track Bottom Maahad




                                 Jumlah  ( lelaki )
                                                ( perempuan)

RM185.75
RM190.75

RM181.45
  RM186.45

Sekian, terima kasih.
“MEMBENTUK  ILMUAN  ISLAM  YANG  PROFESIONAL, BERTAQWA  & TERBILANG”
(AZDIYAH  BT. OTHMAN)
Pengetua
Maahad  As  Sofa.
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH :
Pelajar Lelaki
·       Baju Melayu Moden warna Kelabu Terang
·       Seluar Panjang Hitam
·       Songkok Hitam
·       Kasut Hitam

Pelajar Perempuan
·       Baju Kurung Kelabu Terang
·       Kain Susun Hitam
·       Tudung Labuh Putih
·       Kasut Hitam

PAKAIAN ASRAMA:
Sopan dan Menutup Aurat
PERMOHONAN :

Permohonan dibuka sekarang. Sesi pendaftaran pelajar baru akan bermula pada 10 Januari 2009. Pengambilan pelajar adalah terhad. Pelajar yang berminat bolehlah mengisi borang yang disediakan bagi memohon Borang Permohonan Kemasukan Maahad as Sofa kepada:
BORANG PERMOHONAN MASUK :

PENDAFTAR
MAAHAD AS SOFA
Kompleks Yayasan Sofa
71350 Kota
N.Sembilan Darul Khusus


Atau,
Menghubungi terus:

Talian kami: Tel/ Faks : 06 445 0363 / Cik Nurul Huda : 019 384 9676













Maha Suci Allah dari menyerupai makhluk-makhluk.

Mukhalafatuhu lilhawadith

بسم الله الرحمن الرحيم
             وبه نستعين على أمور الدنيا والدين وصلى الله على سيدنا محمد المبعوث رحمة للعالمين  وعلى آله وصبه أجمعين

    Di antara sifat-sifat Allah yang wajib kita imani ialah bersalahan (Zat, sifat-sifat dan pentadbiran) Allah Taala dengan makhluk-makhlukNya, sesuai dengan firmanNya:
                    لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيْرُ 

‘‘Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiran)Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.’’ (al Syura: 11)

Tanpa berlengah lagi disini saya berbesar hati untuk mengenengahkan pendapat-pendapat ulama’ yang berkaitan dengannya:
                .......................0.........................

1) Telah berkata Syeikh Mahmud Khattab al Subki di dalam Ittihaf al Kainaat:
وَقَدْ قَامَ  إِجْمَاعُ السَلَفِ وَالْخَلَفِ عَلَى أَنَّ مَن اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ  تعالى فِي جِهَةٍ فَهُوَ كَافِرٌ

Dan telah berlaku ijma’ ulama’ Salaf dan Khalaf, bahawa sesiapa yang beri’tiqad bahawa Allah Taala berada di suatu arah adalah kafir,” sebagaimana yang dijelaskan oleh al Hafiz al Iraqi  رحمه الله .
Ini bersesuaian dengan  dengan pendapat Imam Abu Hanifah, Malik, Abu Hasan al Asya’ri dan al Baqilani.

2) Imam al Tohawi رضي الله عنه   berkata di dalam kitabnya yang Aqidahnya yang masyhur:
I’tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah yang berada  di atas jalan Feqah Islam  seperti Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf dan Muhammad ibn al Hasan  ضي الله عنهم , Maha Suci Allah daripada mempunyai sempadan, penjuru, anggota, peralatan dan Dia tidak dikuasai oleh arah yang enam (atas, bawah,kiri, kanan,hadapan dan belakang ) seperti perkara ciptaanNya.     


Al Istiwa’.

Adapun perbahasan mengenai istiwa’ iaitu duduk seperti di dalam ayat :
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرِشِ اسْتَوَى
Iaitu (Allah) yang beristiwa’ di atas arasy (menurut cara yang layak baginya)”

Maka tafsiran ulama’ terhadap  istiwa’ ialah:

1)  Imam Abdullah bin Alawi al Haddad berkata dalam kitabnya Aqidah Islam:
“Dia (Allah) beristiwa’ di atas ArasyNya mengikut rupa yang difirmankanNya, dengan makna  yang dikehendakiNya dan dengan keadaan yang layak dengan kemuliaan kebesaranNya, ketinggian kemuliaanNya dan keagunganNya.”

Berkata pensyarah kitab ini Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki :
    (Allah beristiwa’) dengan sesuatu  yang layak bagiNya sebagaimana pegangan Ahli Salaf. Mereka mensucikan Allah daripada sesuatu yang tidak layak dengan kebesaran Allah disamping menyerahkan maknanya kepada Allah. Tidak sebagaimana sebahagian golongan yang mentafsirkan dan mengharuskan Allah berada di atas Arasy dalam keadaan duduk sebagaimana raja yang bersemayam di atas singgahsananya.

    Ini kerana, seseorang insan tidak mampu untuk menentukan kadar Allah. Seseorang manusia yang tidak akan mampu untuk menentukannya. Maka sebagai mengambil jalan yang lebih selamat, kita menyerahkan  sahaja urusan ini kepada Allah Taala dan inilah pegangan Ahli Salaf (ulama’ pada abad pertama,kedua dan ketiga ).

    Manakala Ahli Khalaf (ulama’ selepas abad ketiga) mentakwilkan maknanya dengan pengertian yang selayaknya dengan kebesaran Allah Taala. Maka makna istiwa’ disisi mereka ialah memerintah dan memiliki Arasy.    

2) Imam Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki  رضي الله عنه   berkata mengenai istiwa’ di dalam kitabnya Qul Hazihi Sabili:

Istiwa’ Allah adalah yang layak dengan keagungan, ketinggian dan kebesaranNya. Maka beriman  dengan istiwa’ adalah wajib, meskipun tidak mengetahui hakikat sebenar Arasy dan cara Allah beristiwa’ . Apabila telah jelas petunjuk yang menerangkan bahawa Allah suci dari mendiami sesuatu, suci dari sebarang tempat, arah dan perkara-perkara yang lazim  dialami oleh sesuatu yang baru (makhluk), maka wajiblah istiwa’Nya  di atas Arasy itu tidak membawa makna istiqrar (tinggal) dan tamakkun (menetap). Bahkan, hendaklah dii’tiqadkan dengan makna yang layak bagi keagungan Allah Taala.   

3) Imam al Ghazali رضي الله عنه  berkata:
Manakala lafaz-lafaz yang terdapat di dalam al Quran dan Sunnah, iaitu lafaz-lafaz yang membawa kemusykilan yang zahirnya menyebabkan orang menyangka bahawa Allah Taala bersifat dengan suatu gambaran makhluk, mempunyai jisim dan selanjutnya seperti bersemayam , datang, turun, tangan, kaki, gambar dan seumpamanya, maka wajib bagi yang mendengarnya, mengi’tiqadkan beberapa perkara:

I.  Menyucikan Allah Taala dari berjisim dan rentetan-rentetannya.

II. Membenarkannya iaitu mengi’tiqadkan secara pasti bahawa lafaz-lafaz ini membawa maksud yang      layak dengan kebesaran dan keagungan Allah. Sesungguhnya apa yang yang telah Allah sifatkan     mengenai diriNya dan yang telah disifatkan Rasul-rasulnya adalah sesuatu yang benar dan hak     berdasarkan apa yang difirmankan olehNya dan makna yang dikehendakiNya.

III. Mengi’tiraf dan mengakui kelemahan diri bagi  sesiapa yang tidak memahami hakikat maknanya dan      tidak mengetahui pentakwilannya, di samping beri’tiqad bahawa makna-makna ayat ayat yang disembunyikan ini dan diselindungkan rahsia-rahsianya itu, tidaklah terselindung daripada Rasul,           Siddiqin, sahabat-sahabat yang besar, para wali dan ulama’ yang mantap ilmunya.
            Sesungguhnya           terselindung makna-makna ini daripadnya disebabkan kelemahannya dan kekuatannya yang sedikit.Maka tidak seharusnya  dia mengukur kemampuan dirinya dengan kemampuan orang lain.

IV. Menahan diri dari menyelenggarakan lafaz-lafaz tersebut dengan menafsir, menukar ataupun      mengosongkannya (ketika membaca al Quran). Maka tidak boleh menukar sedikitpun dari lafaz-lafaz tersebut dengan lafaz lafaz      lainnya. Begitu juga, tidak boleh ia diterjemahkan kepada bahasa lain sekalipun terlaksana maknanya.      Tetapi cukuplah diucapkan lafaz tersebut dengan sighahnya (ucapannya) sahaja sebagaimana yang       didatangkan di dalam al Quran.

             Oleh yang demikian, para Salaf telah membekukannya dan mendiamkan diri tanpa mentafsirkannya. Bahkan, cukup dengan menyebut lafaznya  sebagaimana diturunkan.

     Yang paling tepat adalah sebagaimana yang mereka nyatakan, kerana tempat yang paling berhak untuk berhati-hati ialah pentakwilan Zat dan sifat-sifat Allah Taala. Anggota yang paling berhak untuk  ditahan dan diikat ialah lisan kita dari mengucapkan sesuatu yang mempunyai bahaya yang besar.
Apakah kemerbahayaan yang lebih besar dari kekufuran???



Rujukan ; AQIDAH ISLAM oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki. Halaman 25-29. Cetakan Koperasi al Sofa. 2009 .Ampang. Selangor
  

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan