بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
قال الإمام العلامة ابن الوردي في لاميته :
وَدَعِ الذِّكْرَى لأَيَّامِ الصِّبَا * فَلأَيَّامِ الصِّبَا نَجْمٌ أَفَلْ
Berkata al Imam al Allamah Ibn al Wardi رحمه الله تعالى
1. Jangan kau ingati (ulangi) hari mudamu yang penuh dengan babak kejahilan, kerana hari-hari itu ibarat bintang yang telah tenggelam.
Berkata Syeikh al Alim Abu Ali al Banjari al Nadwi al Maliki, dalam mensyarahkannya:
[Jangan kau ingati (ulangi) hari mudamu] ertinya: jangan kau suka mengingati babak-babak kebodohan dan segala tindakan yang kurang wajar yang engkau lakukan di masa mudamu (kerana ditakuti kau akan mengulangi maksiat tersebut). Biarlah hari-hari itu berlalu dan tak perlu diingati lagi, kerana mengingatinya akan menimbulkan rasa bodoh dan kembali kepada alam kanak-kanak.
Sebaliknya, hendaklah kamu merancang untuk masa depan yang lebih cemerlang dan teratur, (dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.)
Kata Syeikh lagi: [Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja] ertinya:
Inilah nasib orang yang bergelumang dalam kemaksiatan. Kegembiraannya telah hilang, kemanisannya telah berganti dengan kepahitan. Banyak penyakit (zahir dan batin) yang menimpa dirinya kerana banyak terlanjur mengerjakan dosa.
Sekarang yang dihadapinya hanyalah kehidupan yang penuh dengan segala penyesalan. Ibarat kata. Apa yang hendak dilaksanakan kalau nasi sudah jadi bubur.
Namun baginya masih ada peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala, dengan bertaubat dari dosa dan kesalahan yang dilakukannya itu. Allah Taala masih menerima taubat hambaNya selama rohnya masih belum sampai ke halkum. Bertaubatlah segera sebelum terlambat! Bertaubatlah segera sebelum nyawa terpisah dari tubuh!
Saya berkata: [Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja] bermaksud:
Wahai diri ingatlah! Semanis-manis maksiat yang kau lakukan dahulu, ketahuilah ianya terlalu sedikit dan amat sementara. Sedangkan dosanya tertampung di atas bahu-bahumu hari saban hari, hingga kini tidak diketahui adakah sudah terampun dosanya… sedangkan azabnya amat pedih tak berbaloi dengan nikmat ini yang amat sekejap dapat dirasa..
Justeru tinggalkanlah terus perbuatan ini! Masih belum terlewat lagi. Yakinilah rahmatNya sentiasa terbuka luas kepada para hamba-hamba.
Rujukan: Ya Bunayya, oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam, Cetakan Khazanah Banjariah,2004
إِنَّ أَحْلَى عِيْشَةٌ قَضَيْتَهَا * ذَهَبَتْ أَيَّامُهَا وَالإِثْمُ حَلّ
2. Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja. Semua kegembiraan itu telah hilang, sedangkan dosanya masih tetap dalam tanggunganmu.
Berkata Syeikh al Alim Abu Ali al Banjari al Nadwi al Maliki, dalam mensyarahkannya:
[Jangan kau ingati (ulangi) hari mudamu] ertinya: jangan kau suka mengingati babak-babak kebodohan dan segala tindakan yang kurang wajar yang engkau lakukan di masa mudamu (kerana ditakuti kau akan mengulangi maksiat tersebut). Biarlah hari-hari itu berlalu dan tak perlu diingati lagi, kerana mengingatinya akan menimbulkan rasa bodoh dan kembali kepada alam kanak-kanak.
Sebaliknya, hendaklah kamu merancang untuk masa depan yang lebih cemerlang dan teratur, (dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.)
Kata Syeikh lagi: [Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja] ertinya:
Inilah nasib orang yang bergelumang dalam kemaksiatan. Kegembiraannya telah hilang, kemanisannya telah berganti dengan kepahitan. Banyak penyakit (zahir dan batin) yang menimpa dirinya kerana banyak terlanjur mengerjakan dosa.
Sekarang yang dihadapinya hanyalah kehidupan yang penuh dengan segala penyesalan. Ibarat kata. Apa yang hendak dilaksanakan kalau nasi sudah jadi bubur.
Namun baginya masih ada peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala, dengan bertaubat dari dosa dan kesalahan yang dilakukannya itu. Allah Taala masih menerima taubat hambaNya selama rohnya masih belum sampai ke halkum. Bertaubatlah segera sebelum terlambat! Bertaubatlah segera sebelum nyawa terpisah dari tubuh!
.........
Saya berkata: [Semanis-manis kehidupan yang engkau lalui dengan maksiat, sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja] bermaksud:
Wahai diri ingatlah! Semanis-manis maksiat yang kau lakukan dahulu, ketahuilah ianya terlalu sedikit dan amat sementara. Sedangkan dosanya tertampung di atas bahu-bahumu hari saban hari, hingga kini tidak diketahui adakah sudah terampun dosanya… sedangkan azabnya amat pedih tak berbaloi dengan nikmat ini yang amat sekejap dapat dirasa..
Justeru tinggalkanlah terus perbuatan ini! Masih belum terlewat lagi. Yakinilah rahmatNya sentiasa terbuka luas kepada para hamba-hamba.
Rujukan: Ya Bunayya, oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam, Cetakan Khazanah Banjariah,2004
Ujang1230
12/06/10 @ 734pm
0 ulasan:
Post a Comment