oleh al Allamah Dr Ali Jumaah, Mufti Mesir
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه أهل السعادة والنجاة وسلم تسليما كثيرا، أما بعد
Dewasa ini kita banyak dikejutkan dengan tsunami aqidah yang semakin berleluasa sehingga telah berjaya merobekkan dinding-dinding pertahanan Iman dan kesatuan masyarakat kita yang tercinta. Antara fitnah ilmiyah terbaru yang cuba dicetuskan golongan ini yang popular dengan gelaran 'wahabi' adalah dengan mendakwa kononnya ibu bapa Nabi kita صلى الله عليه وآله وسلم adalah kafir dan akan diazab di akhirat kelak.
Saya al haqir sebenarnya amat bersedih kerana orang yang mendirikan propaganda ini tidak lain adalah orang yang terkenal dan dahulunya dipercayai ketelusannya dalam bidang ilmu. Malangnya mereka termasuk di dalam golongan yang terkesan dengan fahaman wahabi ini yang menyalahi jumhur majoriti ulama' lantaran tafsiran mereka tarhadap Al Quran dengan megikut hawa nafsu, tidak dengan kupasan ulama'.
Yang lebih dikhuatiri bagi saya ialah para pendakwa ini merupakan pensyarah dan pegawai institusi kerajaan yang mungkin akan mempengaruhi lebih ramai anak belia dan para pelajar yang kemudian hari hanya tahu mengkafir dan merendahkan kedudukan orang-orang yang mempunyai kedudukan disisi Allah dan RasulNya. Bagaimanakah mereka berkata mahu membebaskan Palestin, Selatan Thai serta negara-negara Islam lain yang masih dijajah kini, tetapi mulut mereka terlalu busuk menghina kekasih-kekasih Tuhan dan menyakiti RasulNya dengan tkalam dan tulisan-tulisan mereka. Bagai manakah akan datangnya pertolongan Allah jika begini usahanya?! Bagaimana?!
Terpaksa saya lontarkan nama pendakwa disini, moga-moga orang-orang jahil seperti saya ini dapat mengetahui individu-individu yang benar-benar membawa Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah atau hanya pendakwa semata-mata; bagi menjaga iman yang soheh dan benar berteraskan fahaman salafus soleh, bukan pendapat individu tertentu sahaja. Mereka yang disebut sebentar tadi ialah Ust. Farid Ravi, pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabnagsa Selangor (KUiS)
Moga-moga Allah membuka bagi kita pinta hidayah dan taufiq. Ya Allah selamtkanlah dan jagailah iman kami dari kesesatan!
1) Ayat Al Quran
Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad di dalam Tobaqat al Kubra, dikeluarkan juga oleh al Bazzar, al Tabrani dan Abu Nu’aim di dalam Dalail al Nubuwwah, daripada Ibnu Abbas RA berkata:
“Dan (keturunan Rasulullah itu adalah keturunan) dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Rasulullah SAW sebagai seorang Nabi.”
Ibnu Abbas RA mentafsirkan firman Allah ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang Nabi ke sulbi Nabi seterusnya ke dalam sulbi dari kalangan para sajidiin (yang sujud dan beriman kepada Allah).
Maka dapatlah diketahui bahawa Rasulullah SAW dilahirkan daripada benih insan-insan yang beriman dan mendirikan solat dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS.
Dalil ini juga telah dipakai oleh Imam Baijuri di dalam Hasyiah, pada menyatakan keimanan ayahanda dan bonda serta seluruh nenek-moyang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
2) Hadith
Diriwayatkan dari Watsilah ibn al Asqa’ bahawa Rasulullah bersabda :
‘‘ Sesungguhnya Allah Taala telah memilih Nabi Ismail di antara kalangan anak-anak Nabi Ibrahim, Allah telah memilih Bani Kinanah di antara anak-anak Nabi Ismail, Allah Taala telah memilih kaum Quraisy dari kalangan Bani Kinanah, Allah Taala telah memilih Bani Hasyim di antara kaum Quraisy, dan Allah Taala telah memilih daku dari kalangan Bani Hasyim.’’
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya Juz 4 m/s 107, Imam Muslim dalam Sohehnya juz 4 m/s 17-82
Diriwayatkan daripada bapa saudara Nabi iaitu al Abbas, beliau berkata, Rasulullah bersabda :
‘‘Sesungguhnya Allah telah menciptakan segala makhluk ini, dan Dia menciptakan daku daripada yang terlebih baik di antara segala makhluk, dan daripada sebaik-baik kurun mereka,
Kemudian Allah memilih kabilah-kabilah dan dijadikan daku daripada sebaik-baik kabilah. Kemudian Allah Taala memilih rumah-rumah maka dijadikan daku dari sebaik-baik rumah mereka. Maka aku adalah sebaik-baik jiwa dari kalangan mereka dan sebaik-baik rumah dari kalangan mereka.’’
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, juz4 m/s165 dan Imam Tirmizi dalam Sunannya, juz5 m/s 584. Kemudian Allah memilih kabilah-kabilah dan dijadikan daku daripada sebaik-baik kabilah. Kemudian Allah Taala memilih rumah-rumah maka dijadikan daku dari sebaik-baik rumah mereka. Maka aku adalah sebaik-baik jiwa dari kalangan mereka dan sebaik-baik rumah dari kalangan mereka.’’
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah menyifatkan keturunan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم itu dengan ‘yang suci’ dan ‘yang baik,’ dan kedua-dua sifat ini menafikan sama sekali sifat kufur dan syirik; sebagaimana firman Allah Taala ketika menyifatkan orang-orang musyrikin :
........................................
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله في كل لمحة ونفس
عدد ما وسعه علم الله
Diambil sepenuhnya dari fatwa Mufti Mesir al Allamah Dr Ali Jumah (moga-moga Allah merahmatinya) di dalam kitabnya al Bayan al Qawim Litashih Ba'dhi al Mafahim
0 ulasan:
Post a Comment