-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Monday, March 29, 2010

Kenali Ulama’mu : al Allamah al Habib Umar ibn Muhammad ibn Salim ibn Hafiz, ulama’ besar Hadhramaut, Yaman.

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلي وسلم على سيدنا محمد وعلى آله

al Habib Umar al Yamani
Pendahuluan



           Kita masih lagi berada pada rihab bulan maulid yang bercahaya. Buat kali ini, marilah kita  sama-sama merenung dan mengingati  tokoh yang telah banyak memberikan sumbangan dan jasa yang besar dalam mentarbiyah dan mengajak umat Islam untuk mengenali Nabi, menghormati dan menyayangi Baginda. Maka dengan rendah diri saya mempersembahkan biodata ulama yang tak asing lagi dalam dunia Islam al Habib Umar ibn Muhammad al Yamani, yang saya ringkaskan dari laman web beliau. Saya sudahi kalam ini dengan kata-kata Syeikh Abu Madyan al Ghausi:
tidaklah keseronokan iu melainkan dengan bersama al fuqara'
merekalah (pada hakikatnya) Sultan-sultan, para ketua dan pemerintah-pemerintah 
* Kelahiran.

        Beliau lahir di Bandar Tarim, negeri Hadhramaut, Yaman menjelang subuh Isnin 4 Muharram 1383H bersamaan 27 May 1963M. Beliau menetap dan membesar disana. Beliau diasuh dengan pertarbiyahan solihah oleh ayahandanya dalam suasana ilmu, iman dan akhlak yang mulia. Pada usia yang masih muda beliau sudah pun menghafaz al Quran.


    * Menuntut ilmu


Beliau menpelajari ilmu-ilmu agama dan mendalaminya dari ulama Tarim, iaitu :

   1.Yang paling utama ayahandanya yang mulia, Mufti Tarim: Habib Muhammad ibn Salim ibn Hafiz.
   2. Habib Muhammad ibn Alawi ibn Syihabuddin
   3. Habib Ali al Masyhur ibn Muhammad ibn Salim
   4. Habib Salim ibn Abdullah al Syatiri
   5.Habib Zain ibn Ibrahim ibn Semait
   6.Al Musnid Al Allamah al Habib Ibrahim ibn Umar ibn Uqail.
   7.Mufti Syeikh Fadhl ibn Abdul Rahman Ba Fadhl,
   8. Al Arif al Allamah Abdul Qadir ibn Ahmad al Saqqaf
   9. Al Musnid al Syeikh Muhammad Yasin al Fadani
  10.Al Allamah Muhaddith al Haramain al Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki
, dan ramai lagi
(رضي الله عنهم ).

        Beliau mula memulakan amal dakwah ketika berumur 15 tahun, disamping terus dengan kegiatan menuntut ilmu dan talaqqi.

         Apabila tentangan dan keganasan tentera Soviet semakin memuncak, pada awal tahun 1402H/1981M beliau berpindah ke Baidha’, Yaman. Dalam keadaan yang getir sebegitu, beliau tetap meneruskan pembelajaran dengan ulama’ disana, disamping melakukan dakwah ke sekitar al Baidha’ dan al Hadidah.

        Dalam perjalanannya menuntut ilmu, beliau sering berulang-alik menjejaki berapa tanah yang subur dengan pohon ilmu dan makrifat, terutamanya Makkah dan Madinah. Di sana beliau tidak melepaskan peluang untuk menuntut dengan ulama’ terkemuka disana.

          Kemudian setelah pulang, beliau berpindah ke Sultanah Amman, sebelum menuju ke Bandar Syahr, Hadhramaut. Pada kedua tempat ini, beliau menghabiskan waktunya untuk mengajak para pemuda bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, dan memberi pendekatan dan perhatian kepada mereka dalam urusan keagamaan.


    * Kepulangan ke Tarim

          Akhirnya beliau pulang semula ke kampung halaman, Tarim. Di situlah juga beliau mula mengasaskan Kompleks Pengajian Agama Dar al Mustafa, Tarim pada 1414H/1994M. Dengan komitmen untuk mewarisi pusaka Nabawi (al Quran dan Sunnah), maahad ini telah dibina dengan beberapa misi :

   1. Pengajaran ilmu-ilmu syariat dengan sanad yang muttasil dengan prosedur tahqiq dan cara warisan, dengan bantuan kaedah-kaedah moden dan gambaran realiti untuk memudahkan praktikal.

   2. Pembersihan jiwa-jiwa dengan mengikhlaskan niat, penyucian hati dan pembentukan akhlak mulia.

   3.Meninggikan himmah keazaman dan semangat dalam penerangan agama dengan cara yang baik dan menyampaikan kebaikan kepada semua semaksima yang mungkin.



          Selepas bermulanya program talaqqi di Dar al Mustafa untuk beberapa lama, sempurnalah perasmian rasmi bangunan kompleks pada hari Selasa 29 Zul Hijjah 1417H bersamaan 6 Mei 1997. Semenjak itu, Dar al Mustafa sentiasa menerima kedatangan para pelajar dari segenap dunia.

           Beliau adalah di antara rijal yang dipilih olehNya untuk menyampaikan nasihat-nasihat dan pengajaran-pengajaran agama dengan amat bersungguh-sungguh. Beliau telah mengadakan pelbagai majlis-majlis ilmu di Tarim, terutamanya pengajian setiap Isnin di dataran umum di tengah Bandar yang dihadiri oleh ratusan penuntut, para kekasih dan orang awam.

           Selain itu, beliau juga mengadakan ziarah-ziarah keagamaan di sekitar Yaman, disamping mengajar di universiti, maahad dan persatuan-persatuan. Beliau juga aktif dalam menghadiri dan membentangkan kertas kerja pada Muktamar-muktamar Islam sedunia. Beliau juga sering menyampaikan kuliah agama dalam rancangan-rancangan televisyen.


    * Permusafirannya

          Beliau meluangkan masa untuk bermussafir ke seluruh dunia tiada lain, melainkan untuk menyampaikan dakwah kepadaNya. Di antara Negara yang diziarahinya ialah Syam, Mesir, Sudan, Kenya, Tanzania, Pakistan, Malaysia, Indonesia, Singapura dan lain-lain. Beliau juga mengambil manfaat dengan menhubungkan sanad ilmu dengan ulama di tempat berkenaan.


    * Karangan beliau

           Beliau mempunyai banyak koleksi ceramah dalam bentuk audio dan video disamping pelbagai jenis kitab, antaranya:

    * Is’af Tolibi Ridha al Khalq Bi Bayan Makarim al Akhlak
    * Al Zakhirah al Musyrifah, ia telah diterjemah ke dalam banyak bahasa.
    * Al Dhiya’ al Lami’ bi Zikri Maulid al Nabi al Syafi’
    * Al Khitab al Islami fi Muassasat al Diniah
    * Khuluquna
    * Syarh Manzumah al Sanad al Alawi, dan banyak lagi.
 

      وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

      والحمد لله رب العالمين


Ujang 24 March 2010, 21:15:43






About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan