أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على خاتم النبيين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan setengah yang memberi manfaat bagi orang yang kemasuki syaitan itu, bahawa dibacakan atas air yang suci akan al Fatehah dan ayat al Kursi dan lima ayat daripada awal surah
(قل أوحي إلي أنه استمع نفر من الجن) Hingga sampai kepada (كذبا), iaitu:-
(Surah al Jinn, ayat 1-5)
Kemudian dipercikkan dengan air itu akan muka orang yang kemasuki syaitan itu, nescaya siumanlah ia dengan izin Allah.
Diambil dari Mujarrabat al Fawaid fi al Silat wal ‘Awaid, hlm: 38, cetakan: شركة مكتبة ومطبعة مصطفى بابي الحلبي وأولاده بمصر
0 ulasan:
Post a Comment