-Pengumuman-

Baru-baru ini saya telah mengasaskan sebuah blog bertemakan Bahasa Arab. Jadi sesiapa yang berkelapangan, jom singgah sebentar di blog bahasa saya di; http://studyarab.blogspot.com/

Ahlan wa Sahlan!

Pages

Tuesday, February 23, 2010

FASAL 2 : KELAHIRAN DAN NASAB KETURUNAN SERTA KELUARGA RASULULLAH صلى الله عليه وآله وسلم SECARA AM.


بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم



1)    Nasab Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
  • Keturunun Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم dari sebelah ayahanda;  Abdullah ibn Abdu Muttalib ibn Hashim ibn Abdu Manaf ibn Qusay. 
  • Keturunan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dari sebelah bonda; Aminah binti Wahab ibn Abdu Manaf ibn Zuhrah.
  • Nasab Abdullah bertemu dengan nasab Aminah pada Zuhrah dan Qusai, dimana ayah kedua-duanya ialah Kilab.  
 
Tertulis disini: Tanah perkuburan Maala di Mekah.di sana terdapat Kubah (yang dibawahnya maqam) Sayyidah Aminah dan Sayyidah Khadijah. Pada sebelah kirinya pula Kubah Saidina Abdul Muttalib dan Saidina Abu Talib serta lain-lain keturunan BaniHasyim (keluarga Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.)

 



 Makam Sayyidah Aminah binti Wahab , bonda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.

 Makam Sayyidina Abdullah bin Abdul Muttalib , ayahanda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.



Nasab Rasulullah  صلى الله عليه وآله وسلم






     Ketahuilah bahawa semua nenek moyang Baginda semenjak Abdullah dan Aminah hingga ke zaman Nabi Adam adalah termasuk dalam golongan yang terselamat pada hari kiamat, dengan dijauhkan dari azab seksa neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Hal ini kerana mereka tergolong sebagi ahli fatrah yang terselamat. Antara golongan ahli fatrah yang terselamat iaitu salah satu dari golongan ;

1.    Golongan yang dikurniakan hidayah Allah untuk mentauhidkanNya dari cahaya hati mereka, tanpa menganut man-mana ajaran Nabi sebelumnya.

2.    Golongan yang menganut agama yang dibawa oleh Nabi terdahulu.



3.    Golongan yang tidak mensyirikkan Allah dan tidak mentauhidkanNya serta tidak menganut sebarang agama Nabi sebelumnya. Mereka tidak mengasaskan agama sendiri dan tidak sampai kepada mereka ajaran Nabi sebelumnya. Bahkan kekallah mereka dengan arus kehidupan secara semulajadi. Kategori inilah merupakan golongan yang menepati istilah ahli fatrah yang sebenar dan ketetapan bagi mereka ialah terselamat dari sebarang azab (pada hari kiamat). FirmanNya;


Berkata Imam Zurqani di dalam Syarah al Mawahib al Ladunniyah; kedua ibu bapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tergolong dalam kategori yang ketiga kerana tidak mendapat sebarang seruan dakwah Nabi-nabi terdahulu disebabkan zaman mereka yang terkemudian. (oleh itu mereka adalah di antara individu-individu yang terselamat dari azab neraka kelak tanpa syak,tidak seperti dakwaan  sebahagian pengkaji Islam mutakhir ini.)







2)    Kelahiran dan kewafatan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم

    Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم  telah dilahirkan di kota Makkah yang aman, pada waktu subuh hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun Gajah, bersamaan 12 April 571M.

    Baginda wafat di Toibah (Madinah al Munawwarah) pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal 11H bersamaan 8 Jun 633M.  Jasad Baginda yang mulia telah disemadikan di bilik isterinya, Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها . 
 
Gua Hira'


Gua Hira'

3)    Sirah Nabawiyah secara ringkas.

    Ketika genap umur Baginda صلى الله عليه وآله وسلم 40 tahun, Jibril mendatangi Baginda dengan membawa wahyu kenabian ketika Baginda sedang mengasingkan diri di Gua Hira’. Peristiwa ini berlaku pada hari Isnin 17 Ramadhan tahun ke 41 kelahirannya. Maka ketika itu umurnya ialah 40 tahun Qamariah 6 bulan 8 hari, iaitu bersamaan 6 Ogos tahun 610M.       

    Baginda صلى الله عليه وآله وسلم tinggal di Makkah selepas perutusan (sebagai Rasul) selama 13 tahun dan menetap di Madinah selama 10 tahun. Baginda wafat di sana semasa berumur 63 tahun tiga hari jika mengikut tahun Qamariyyah dan 61 tahun 84 hari jika mengikut tahun Syamsiyyah.

4)    Putera-puteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم .

    Kesemua putera dan puteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم wafat semasa hayat Baginda melainkan Fatimah yang wafat 7 bulan selepas kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Mereka ialah;



5)    Isteri-isteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Isteri-isteri Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ada 12  mengikut urutan iaitu ;


    Isteri-isteri Baginda صلى الله عليه وآله وسلم adalah orang yang dimuliakan oleh Allah dengan sebaik-baik kedudukan. Mereka digelar  Ummatul Mukminin (ibu segala orang yang beriman). Hal ini kerana kesabaran dan ketabahan mereka hidup dengan penuh payah getir bersama-sama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam membantu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan mengembeling tenaga dalam urusan dakwah dan risalah.

 Makam Sayyidah Aisyah binti Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم

 

Makam Sayyidah Khadijah al Kubra isteri pertama Rasulullah
  صلى الله عليه وآله وسلم

    Pada peristiwa takhyir, iaitu pemilihan dimana Allah memberi kata dua kepada Ummahat al Mukminin,  sama ada sanggup hidup sukar dengan Baginda atau mereka dilepaskan dengan cara yang baik; mereka kesemuanya bersetuju untuk bersama Baginda sebagaimana perkataan Aisyah dalam hadith sohih;
بأنهن كلهن اخترن الله ورسوله واليوم الآخر
Sesungguhnya mereka semua telah memilih Allah dan Rasulnya serta Negara Akhirat.

    Selepas perkara itu, Allah mengharamkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم untuk mentalaq mereka dan menggantikan mereka dengan perempuan lain. FirmanNya;


Hadis al Ifk dan pembebasan Sayyidah ‘Aisyah dari tuduhan.

    Selain itu wajib ke atas setiap muslimin mengi’tiqadkan bahawa ibunda kita yang benar lagi mulia; Sayyidah A’isyah binti Saidina Abu Bakar al Siddiq, terlepas dari dakwaan munafiq bahawa kononnya beliau telah berlaku curang dengan seorang sahabat Nabi. Sesungguhnya perlepasan beliau dari tuduhan ini telah diterangkan didalam al Quran. Justeru ijma’ ulama bersepakat bahawa; sesiapa yang mengingkarinya atau berasa syak terhadap kenyataan ini maka dia telah kufur kerana dia telah mendustai ayat-ayat al-Quran.

6)    Bapa saudara dan ibu saudara Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

    Berkata pengarang Matan Aqidah al Awwam al Allamah al Sayyid Ahmad al Marzuqi رضي الله عنه  :
حمزة عمه وعباس كذا      عمته صفية ذات احتذا
Ertinya; ‘‘ Hendaklah setiap orang yang mukallaf mengetahui bahawa jumlah bapa saudara Nabi صلى الله عليه وآله وسلم (dari sebelah bapanya) seramai 12 orang; di antaranya  ialah Hamzah dan Abbas.


    Manakala jumlah ibu saudara (dari sebelah ayahanda Baginda صلى الله عليه وآله وسلم) seramai 6 orang; salah seorang dari mereka ialah Sofiyah yang patuh kepada Allah dan RasulNya.’’ 
 
Maqam Sayyidina Abu Talib

    Penulis (al Sayyid Ahmad al Marzuqi) menyebut Hamzah dan Abbas sebagai bapa saudara Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan Sofiyyah sebagai ibu saudaranya secara terang kerana ulama bersepakat mengenai keIslaman mereka bertiga. Terdapat perselisihan ulama’ tentang keIslaman ibu saudara Nabi صلى الله عليه وآله وسلم; Atikah dan Arwa. 

Bapa dan ibu saudara Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:


   .....................

0 ulasan:

Post a Comment

About Me

My photo
Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan