بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد أفضل رسل الله وآله وأصحابه ومن واله
Perkara aqidah bukanlah suatu yang boleh dipandang sebelah mata. Ia merupakan teras agama yang menjadi pra syarat penerimaan amalan seseorang di sisi Allah. Pada hari ini, kita melihat umat Islam tidak lagi sependapat. Mereka berpecah kerana mengikut pegangan aqidah yang disangka benar. Semua umat Islam mengaku diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi siapakah ahli Sunnah yang sebenar ?
Memandangkan kontroversi akidah[1] yang semakin kronik saban hari, maka saya al haqir, berusaha untuk menerangkan serba sedikit tentang Aqidah yang sohih ini untuk memberi kefahaman umum tentang aqidah yang diperakui oleh ulama’ muktabar mengikut jalan Rasulullah dan salafus soleh. Moga-moga walaupun tidak banyak, ia dapat memberi kita ilmu dalam membezakan yang hak dan batil….
Katakan Ya pada Ahli Sunnah katakan, Ya pada al Asyai’rah!!
………………………….
a) Pengenalan pengasas; Imam Abu al Hasan al Asya’ri.[2]
Al Syeikh al Imam Abu al Hasan al Asya’ri al Basri dilahirkan pada tahun 260 Hijrah di Basrah, Iraq iaitu setelah 55 tahun kewafatan Imam al Syafie. Beliau merupakan pemimpin bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, imam bagi ahli-ahli kalam, pendokong Sunnah Rasulullah. Pembantu agama yang mahir dalam bidang keilmuan, dan orang yang giat berusaha memelihara kesucian akidah umat Islam. Wafat al Imam pada tahun 324 Hijrah di Baghdad, Iraq.
Beliau berguru dengan beberapa masyaikh sezaman dengannya, antaranya Abu Khalifah al Jumha, Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahhab al Jubaie, Zakaria al Saji dan Sahl bin Nuh.
Pada asalnya beliau adalah seorang yang telah diasuh untuk menggantikan ayah tirinya sebagai penyambung dakwah sesat muktazilah, tetapi Allah telah menyelamatkannya dengan nur hidayahNya.
Beliau terkenal dengan sifat-sifat yang mulia sesuai dengan kedudukannya selaku hujjah para ulama’. Masyhur dengan kecerdikan yang luar biasa dan amat mendalami segenap bidang ilmu. Selain itu beliau mudah mesra dan pandai bergurau senda dengan sahabat handai. Seorang yang qanaah (memadai) terhadap yang sedikit.
Memadailah kata al Baqilani menunjukkan keilmuannya: 'sebaik-baik keadaanku ialah apabila aku dapat memahami kalam al Asya’ri.' Karangan-karangannya yang banyak dan beraneka jenis menunjukkan ketinggian ilmunya! Antaranya:
- Al Luma’ fi al Rad ala Ahli Bida’
- Maqalaat Islamiyyin
- Al Ibanah
- Kitab al Sifaat
b) Pengenalan pengasas; Imam Abu Mansur al Maturidi.
Namanya Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur, ulama’ besar Iraq dan salah seorang Imam dan ketua ilmu kalam (tauhid). Maturid adalah nisbah kepada di perkampungan di Samarqand.
Di antara guru-gurunya ialah Nasr bin Yahya al Balkhi yang merupakan gurunya pada ilmu Feqah dan Kalam.
Seorang Imam yang bermazhab Hanafi dan mempunyai pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan Imam Abu Hanifah.
Beliau mempunyai manhaj sendiri di dalam pendapat-pendapatnya dan perbincangan, bagaimanapun kebanyakannya sama dengan pendapat Imam al Asyari.
Pada zamannya dengan berkat kesungguhan beliau, masyarakat telah mula membuka mata tentang kesesatan muktazilah dan telah mengingkari fahaman salah ini.
Method aqidahnya ialah dengan bersandarkan dengan 2 sandaran ;
- Naqal (Al Quran dan Hadith)
- Akal
Jika bersalahan antara keduanya maka Naqal dan syara’didahulukan dari akal.
Wafat syeikh yang agung ini pada tahun 323 Hijrah.
Kedua-dua mazhab ini berkaitan dan mempunyai maksud yang sama. Inilah yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam konteks masyarakat Malaysia method al Asya’ri lebih popular di kalangan umum.
c) Mazhab Al Asya’ri
Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah adalah kaedah-kaedah yang telah disusun oleh Imam Abu Hasan al Asya'ri dan Imam Abu Mansur al Maturidi. Hakikat Initipatinya telah ada sejak zaman Rasulullah lagi, tinggal lagi kedua-dua Imam adalah yang bertanggungjawab menyusunnya dalam bab-bab yang kemas seperti yang kita ketahui hari ini. Hal keadaannya sama seperti perkembangan ilmu-ilmu yang lain.[3]
Method atau manhaj Imam Abu Hasan digelar al Asya’ri, manakala manhaj Imam Abu Mansur digelar al Maturidi. Semua Imam Mazhab, ulama hadith, ulama’ tafsir dan usul itu berlandaskan I’tiqad ini. Ini ditegaskan oleh kata Qadhi Besar Tajuddin Abdul Wahhab as Subki bahawa kesemua ulama’ Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali berada di bawah akidah yang satu iaitu berada di bawah naungan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beriman kepada Allah dengan jalan Syeikh Sunnah iaitu Abu al Hasan al Asya’ri.
Ketahuilah[4], bahawa Abu al Hasan tidak mereka-reka pendapat yang baru, tidak juga menubuhkan mazhab yang lain, tetapi beliau hanya sebagai insan yang memperakui mazhab-mazhab ulama’ salaf dan penyambung pegangan sahabat Rasulullah.
Al Mayurqi berkata: Abu al Hasan bukanlah orang yang pertama bercakap dengan lisan ahli Sunnah tetapi beliau merupakan pendokong dan penolong mazhab yang dikenali (diyakini dan diamalkan) di kalangan salafus soleh dan menambah hujah dan keterangan tanpa mendatangkan rekaan baru dan mazhab yang tersendiri. Cuba kita lihat mazhab penduduk Madinah disandarkan kepada Imam Malik, lantaran dari itu sesiapa yang mengikut mazhab ahli Madinah dipanggil Maliki. Sedangkan Imam Malik hanya berjalan di atas manhaj orang yang sebelumnya. Demikianlah keadaannya dengan Abu al Hasan al Asya’ri tanpa ada perbezaan di antara kedua-duanya.
Al Qabisi berkata : tidaklah Abu al Hasan melainkan salah seorang daripada sejumlah besar dari penolong-penolong kebenaran.
Syeikhul Islam Izzuddin bin Abdus Salam (yang merupakan Imam besar mazhab Syafie) telah menyebut bahawa: Akidah Abu Hasan terhimpun di dalamnya (pegangan) ulama’ mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kata-kata beliau ini disepakati oleh ulama’ mazhab Maliki di zamannya iaitu Abu Amru bin al Hajib dan Syeikh mazhab Hanafi: Jamaluddin al Hasiri.
Kesimpulan yang didapati daripada kata-kata ulama’ dan kitab-kitab penulisannya, mencerminkan bahawa di antara manhaj utama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah;
v Menjadikan al Quran dan al Sunnah sebagai manhaj yang utama (serta ijma’ dan qias sebagai sumber sekunder.)
v Menolak keras dan menjauhi perbuatan-perbuatan bidaah (seperti menyamakan Allah dengan makhluk.)
v Berpegang kepada hadith-hadith soheh dan lain lain lagi.
Rujukan:
- Al Jauharah fi Syarh al Jauharah oleh Syeikh Abdul Aziz al Khatib al Hasani al Dimasyqi.
- Imam Abu Hasan al Asya’ri oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki al Rembawi.
- Mukhtasar Jiddan karangan Sayyid Ahmad Zaini Dahlan
- Mujaz tarikh al Nahwu oleh Ustaz Taufiq bin Umar Baltoh Ji al Dimasyqi.
05.11 . 2009, 08:33:10 pm
Ujang1230
[1] Ingin saya ingatkan disini bahawa permasalahan aqidah bukanlah permasalahan masyarakat seperti rempit, dadah, samun dan lain-lain masalah yang berbentuk akhlak lahiriah, tetapi penyakit-penyakit aqidah ialah seperti menyamakan Tuhan denan makhluk dan mengatakan adanya wahyu lain selepas kewafatan Rasulullah; yang mana kesemua ini berkaitan dengan soal keimanan dan tauhid. Bukan akhlak dan perangai sosial.
[2] Terjemahan dan ringkasan dari kitab al Jauharah oleh Syeikh Abdul Aziz al Khatib. Ms 12-16
[3] Contohnya ilmu Nahu, penggunaannya seperti baris rafa’ pada fael dan nasab pada mafu’l bih sudah ada sejak zaman Rasulullah malah sebelum itu, tetapi tanpa menggunakan istilah-istilah dan bab-bab tertentu. Hinggalah pada zaman Imam Abu al Aswad al Duali, dengan perintah Saidina Ali, merupakan orang pertama yang mengasaskan baris-baris (harakat) itu secara tulisan serta meletakkkan istilah-istilah dan bab-bab baru dalam ilmu ini, yan belum pernah wujud di zaman sebelumnyai. Lihat muqaddimah kitab Mukhtasar Jiddan karangan Sayyid Ahmad Zaini Dahlan dan Mujaz tarikh al Nahwu oleh Ustaz Taufiq bin Umar Baltoh Ji al Dimasyqi.
[4] Petikan dari Imam Abu Hasan al Asya’ri oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki, ms 18-20

0 ulasan:
Post a Comment